Saturday, 6 December 2014
SELEPAS PAHANG KINI GILIRAN PERKASA PULAU PINANG PULA BERGOLAK.
Sebelum ini pada 16hb Ogos 2014 pimpinan Perkasa Pahang hadapi krisis perdana kepimpinan.
KUANTAN - Yang Dipertua Perkasa Pahang dan kesemua 19 ahli jawatankuasa (AJK) di peringkat negeri meletak jawatan hari ini selepas menghadiri satu mesyuarat tergempar.
Tindakan itu dilakukan berikutan Perkasa Pahang tidak bersetuju dengan pertubuhan itu yang didakwa mahu menjadi sebahagian dari badan politik dan terlibat dalam pembentukan pasukan khas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Yang Dipertuanya, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap berkata, para tiga dalam surat yang ditandatangani Ketua Penerangan Perkasa, Hassan Basri bertarikh 10 Julai lalu memaklumkan ‘Presiden bersetuju supaya Perkasa membuat kajian akan keperluan mengambil bahagian dalam pilihan raya umum ke-14 sebagai ‘Kuasa Penawar’.
Menurutnya, mereka sentiasa menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi tidak menjadi satu badan politik.
“Perkasa Pahang tidak dapat menerima sama sekali keputusan ini kerana perjuangan asalnya adalah untuk Islam, hak orang Melayu dan Institusi Raja-raja,” katanya kepada media.
Kini giliran dan tempias hilang keyakinan kepada Perasa sudah menular dan merebak kenegeri lain.
Pulau Pinang :- Lebih 30 pemegang jawatan Perkasa Pulau Pinang meletak jawatan sebagai membantah kepimpinan pengerusi negeri kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu itu.
Pada masa sama, Perkasa bahagian Permatang Pauh juga mahu pengerusinya Fadzil Shuib melepaskan jawatannya, kata ketua penerangannya Norhalim Abdul.
Peletakan jawatan kepimpinan Perkasa peringkat negeri dan bahagian itu ekoran penyingkiran Latifah Mohd Noor dari jawatan ketua Perkasa Wiranita awal minggu ini.
"Kami ingin menyatakan pendirian kami yang kami hilang keyakinan terhadap pengerusi. Beliau memecat Latifah sebagai Ketua Wanita kami tanpa memberi penjelasan munasabah.
"Dia tidak pernah diberitahu tentang itu sebelum penyingkirannya. Dia hanya mengetahuinya pada 1 Disember apabila dia nampak namanya tiada dalam senarai pemegang jawatan peringkat negeri.
"Apabila Perkasa negeri mengadakan mesyuarat dengan bahagian-bahagian pada hari berikutnya, namanya sudah digantikan dengan nama orang lain," katanya kepada pemberita malam tadi di Guar Perahu, Permatang Pauh.
Norhalim berkata mereka akan menghantar surat mengenai perkara itu kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada Isnin, bersama surat peletakan jawatan mereka.
"Tolong jangan salah faham. Kami masih ahli Perkasa.
"Kami hanya meletakkan jawatan kami kerana tidak puas hati kami dengan Fadzil... kami tidak setuju dengan tindakannya," katanya.
Beliau juga berkata, Fadzil perlu menjelaskan kepimpinannya yang lemah dan bukannya menuduh Latifah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua sayap wanita.
Norhalim berkata, menurut Ibrahim, Perkasa Pulau Pinang merupakan peringkat negeri yang paling teruk prestasinya.
Norhalim berkata Latifah, ahli Perkasa sejak 2008, berusaha mengaktifkan bahagian itu dan di bawah kepimpinannya, mesyuarat agung baru-baru ini dihadiri lebih 300 ahli - kehadiran paling tinggi antara semua bahagian Perkasa di negeri itu.
Latifah berkata beliau tidak gilakan jawatan dan dengan senang hati akan berundur sekiranya diminta dengan cara yang terhormat.
"Beritahu sahaja saya secara peribadi. Saya tak tamak. Saya rasa kecil hati apabila dituduh tidak menjalankan tugas dengan baik.
"Pengerusi berkata saya memecat mereka yang memegang jawatan apabila saya mengambil alih bahagian ini, tetapi saya hanya melantik empat ahli jawatankuasa... sayap yang melantik orang-orangnya sendiri," katanya.
Ketika dihubungi, Fadzil mengesahkan beliau menurunkan Latifah kerana dia tidak menjalankan tugas dengan baik sebagai ketua wanita Perkasa.
Katanya, oleh kerana tidak mahu terus membebankan Latifah, beliau memutuskan memberi jawatan itu kepada orang lain manakala Latifah dilantik ketua bahagian Permatang Pauh.
"Sebagai ketua Wiranita, dia terpaksa berdepan sayap parti dari 13 kawasan Parlimen. Banyak kerjanya.
"Dia tidak tetap dalam mengadakan mesyuarat dan menganjurkan program, atau dalam berhubung dengan sayap wanita. Jadi, saya tidak mahu dia terlebih beban.
"Saya kena ingat juga yang Permatang Pauh mungkin akan hadapi pilihan raya kecil dalam masa terdekat, dan akan ada banyak kerja yang perlu dilakukan di bahagian ini," katanya merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.
Anwar akan hilang kedudukannya di Parlimen sekiranya dia dipenjara lebih setahun.
Fadzil juga berkata, perlembagaan Perkasa memberikannya kuasa sebagai pengerusi untuk melantik atau menurunkan pemegang jawatan.
SEJAK KEBELAKANGAN INI PERKASA CUKUP KUAT KRITIK NAJIB RAZAK SEBAGAI TUKANG PUKUL BAGI PIHAK MAHATHIR YANG MENJADI PENAUNG AGUNGNYA.
BELUM APA-APA ORGANISASI SENDIRI DAH GOYAH TUNGGUH NAK REBAH .. KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL JANGAN LAUTAN HENDAK DIDUGA... KALAU ORGANISASI SENDIRI TERUMBANG AMBING JANGAN PULA NAK BERKOKOK JANTAN NYARING INGIN MENJADI WIRA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Perkosa, Pukisem, pukipem, pekasam, pukasam, pekisam dan umano adalah adik beradik sama spt parti kencing rakyat dgn NGI plasma..... Dapigs duduk main buai di tengah2
ReplyDeleteini plot drana saja, bukan betol betol letak
ReplyDeletepuak puak pengikut Braheng ni lama tak buleh makan sedap, ada la meracau
esok lusa dapat makan sikit cool la tu, takdan jatoh matahari dah lompat masok pulak. Buang masa je layan kakas ni
drama je bukan sunggoh sunggoh
Perkase sebenarnya jambatan mainan politik org tertentu yg terputus tali dgn semua parti politik lain, maka dicari dahan utk berpaut dgn harapan Perkase jadi sebuah parti yg condong kpd kerajaan memerintah.....dan dapatlah jadi calon pilihanraya - ada makna tu. Ahli Perkase syok sendiri tak sedar nak kena main.
ReplyDeleteMacam lakonan parti komunis sahaja. Nasib baik presiden tidak bebas pegang pistol (pistol air tak tau laa), kalau tidak mesti macam Saddam. Tak suka je tembak!! Hamcur Melayu. Hancur!!!!
ReplyDeleteMatlamat x betul gitu lh jdnye, semua tu ahli umno tu, pasma tu pun ikut stail perkasa gak hasut ahli pas, puak2 yg lantik diri sendiri nk jd pemimpin ni lh rupanye ...katak dn payrol tu same je le ..hihihi
ReplyDelete