Monday 15 December 2014

SETAHUN LALU TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI RAZALI IBRAHIM MEMBERI PENGAKUAN DAN JAMINAN FELDA AKAN BERHENTI MELABUR DALAM SEKTOR HOSPITALITI .. AKHIRNYA JANJI DI KHIANATI




Ternyata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri penipu dengan ikrar janjinya setahun lalu

4hb November 2013 :- Gergasi perladangan negara akan berhenti daripada melabur dalam sektor hospitaliti selepas menerima kritikan ekoran pembelian kompleks apartmen bernilai £98 juta (RM497 juta) di London, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata, syarikat perladangan kelapa sawit itu kini hanya akan memberikan fokus kepada hotel milik mereka yang stabil dengan dua daripadanya terletak di dalam negara.

"Buat masa ini, Felda tidak merancang untuk membeli mana-mana hotel. Konglomerat itu hanya akan fokus kepada hotel sedia ada beroperasi," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen minggu lepas.

Felda kini memiliki tiga hotel - Hotel Seri Costa di Melaka dengan nilai belian berjumlah RM24 juta, Hotel Grand Borneo di Sabah bernilai RM86 juta, dan Apartment Service Plaza di Bayswater, London yang bernilai RM500 juta. Kesemuanya dibeli sejak setahun lalu.

Sejak 1990 menurut Razali, Felda melalui anak syarikatnya menguruskan enam kediaman di Perak, Terengganu, Johor, Pahang, dan Sabah.

The Malaysian Insider melaporkan berkenaan pembelian di London yang mengejutkan pemain industri dengan harga terlalu tinggi dibuat oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties. Lokasi berkenaan adalah popular di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di London.

Pengkritik berkata, Felda seharusnya melabur dalam bidang yang berkaitan kepakaran mereka iaitu pertanian berbanding hartanah mahupun pelancongan.

Menjelaskan pembelian tersebut, Razali berkata, Felda mahu bersaing dalam sektor pelancongan dalam dan luar negara sebagai usaha mengukuhkan perniagaan yang bukan menjadi teras mereka.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan telah memilih Melaka dan Sabah untuk industri pelancongan sebelum melebarkan sayapnya ke United Kingdom, yang dirasakan mempunyai potensi.

Sebelum itu Razali menegaskan pelaburan di London akan membuahkan hasil, namun tidak memberi sebarang anggaran.

"Kos membeli apartment adalah £98 juta (RM502 juta), namun perkiraan atas kertas adalah £115 juta dan menurut kajian kami, lokasi tersebut akan membawa keuntungan kerana kadar sewaan sebanyak 90% setiap bulan.

"Pelaburan adalah peluang untuk anak syarikat, namun saya tidak dapat menjawab sama ada pelaburan berkenaan akan memberikan keuntungan atau capex akan mencukupi," katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertanya kepada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad untuk mendapatkan "sebab sebenar" di sebalik keputusan Felda melabur sehingga hampir RM600 juta dalam sektor hospitaliti, dengan mengatakan syarikat perlu memaklumkan kepada peneroka yang berjumlah sejuta orang.

Isa mempertahankan pembelian hotel berkenaan dan mengatakan ia bukanlah isu luar biasa.

"Tabung Haji turut membeli beberapa unit bangunan di London," katanya.

Beliau turut berkata apartment berkenaan berada di kedudukan tertinggi dalam jaringan rangkaian enjin carian Google dan 75% adalah pembelian dalam talian.

The Grand Plaza adalah apartmen mewah terbesar di London yang mengandungi 198 unit meliputi 13 peringkat dengan keluasan lebih 105,044 kaki persegi.

Terletak berhampiran stesen keretapi bawah tanah Bayswater, ia mempunyai purata kadar diduduki sebanyak 90% setiap bulan.

Akhirnya Isa Samad tanpa segan silu langgar semacam aku janji Timbalan Menteri DiJabatan Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR 15hb Disember 2014: Anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation (FIC), membeli Grand Plaza Kensington Hotel di London baru-baru ini, dalam usaha untuk mempelbagaikan aset pelaburannya.

Pengerusi Felda Group, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pembelian itu membolehkan syarikat memaksimumkan pulangan pelaburannya bagi manfaat utama pihak-pihak berkepentingan.

"Ia merupakan pencapaian penting dalam sejarah syarikat sebagai batu loncatan pertamanya dalam mewujudkan jenama untuk Felda yang sebelum ini membeli Apartmen Berperkhidmatan Grand Plaza di Bayswater, kawasan tumpuan dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengunjungi London.

"Apartmen Berperkhidmatan Grand Plaza sesuai bagi keluarga atau mereka yang melancong dalam kumpulan, manakala Grand Plaza Kensington bertujuan menarik  pengunjung yang mencari penginapan mewah tetapi berpatutan.

"Tambahan pula, hospitaliti Malaysia sangat sedikit dan kami yakin kami dapat menarik rakyat Malaysia dan warganegara lain untuk menetap dengan kami dengan menawarkan perkhidmatan terbaik dan makanan Malaysia yang lazat," katanya dalam kenyataan.

Pembelian hartanah London merupakan yang pertama bagi FIC dan kedua bagi Felda, menjadikan jumlah hotel dan resort yang dimiliki oleh agensi kerajaan itu kepada 12.

Terletak di lokasi yang strategik, Grand Plaza Kensington merupakan hotel empat bintang dengan 62 unit bilik dan dua unit apartmen berperkhidmatan tiga bilik, terletak di Lexham Gardens dalam kawasan eksklusif Kensington dan Chelsea.

6 comments:

  1. Omak, kau tau dak "service/hopitality industry" menyumbangkan sebanyak 70% - 80% GNP untuk negara2 maju. dan pertanian hanya menyumbang sebanyak 10% - 20% , selebihnya dp indystri berkaitan pertanian,
    Kalau nak tanam sawait, padi, getah saja, sampai tua dalam keadaan miskin.

    rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_sector_composition

    ReplyDelete
  2. sah sah kat atas ni semua macai umnonok totok...

    ReplyDelete
  3. Kalau dah bangang tu, sampai ke mati pun bangang. Dulu kata FGV pegi listing pasal felda tak bole meniaga. Pasal apa skrg bole berniaga? Ni semua pasal nak dpat komison..,memang penyamun!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...