Monday 6 April 2015

BEKAS KETUA MENTERI SABAH MERANGKAP TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SABAH KECAM TUN MAHATHIR SEBAGAI PEMIMPIN KETINGGALAN ZAMAN.



Kritikan yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dikatakan mempunyai agenda tersirat.

Dakwaan itu dibuat, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak dalam entri terbaru di blognya yang mempersoalkan tindakan Dr Mahathir.

Tulisnya, bekas Perdana Menteri itu berhak untuk menyuarakan pandangan, tetapi beliau tidak boleh memaksa orang lain menerimanya.

Selain itu, beliau menyifatkan apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir tidak lagi sesuai dengan perkembangan semasa.

“Pandangan dan pendekatan yang dibawa oleh Tun Mahathir mungkin sesuai pada eranya, tetapi mungkin tidak sesuai pada zaman ini,” ujarnya.

Jelas Salleh lagi, bagi sesebuah negara demokrasi pendapat Najib juga harus dihormati oleh semua pihak termasuk Tun Mahathir sendiri.

“Semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, tidak semua keputusan beliau dipersetujui oleh ahli-ahli parti, tetapi terus menyokong keputusan itu atas dasar dan prinsip menghormati keputusan ketua nombor satu,” tambahnya.

12 comments:

  1. Anwar lagi ketinggalan Zaman. Yg suka sangat nepotism tu Zaman jahiliyah Arab yakni Zaman Abu jahal Dan Abu lahab

    ReplyDelete
  2. Jeff lg ketinggalan. Org cerita GST dia asyik cerita ternakan.

    ReplyDelete
  3. Jika dibandingkan pentadbiran Tun Dr Mahathir dengan pentadbiran Najib, kita akan dapati ekonomi Malaysia berkembang pesat semasa pentadbiran Mahathir.

    Semasa pentadbiran Najib, eknomi negara merosot, hutang luar negara Malaysia telah meningkat mendadak sebanyak tiga kali ganda kepada RM740 bilion dalam suku ketiga tahun 2014 daripada RM196 bilion pada akhir 2013 dan berlaku kebocoran dan ketirisan wang kerajaan setiap tahun ! Akibatnya kerajaan BN memaksa rakyat membayar cukai GST untuk membayar hutang kerajaan !

    Kita menyokong Tun Dr Mahathir mempersoalkan pentadbiran Najib kerana berbagai skandal berlaku semasa pentadbiran Najib yang amat merugikan rakyat dan negara ini seperti pembunuhan Altantuya, 1MDB, Skandal PKFZ, Komisyen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta, skandal lembu dll.

    Mahathir menujukan pelbagai soalan kepada Najib, mengapa pula kroni-kroni Najib sibuk campur-tangan? Adakah mereka terlibat dengan pelbagai skandal?

    Sepatutnya Najib bersemuka dengan Mahathir dan berbahas secara terbuka supaya rakyat boleh menilai Najib dan Mahathir. Mengapa Najib berdiam diri apabila disoal oleh Mahathir? Mengapa orang lain yang perlu bercakap bagi pihak Najib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I

      ...................
      In a written reply to William Leong (PKR - Selayang), Finance Minister Datuk Seri Najib Razak attributed the spike to "new definitions" for external debts in 2014.

      Almost two-thirds of the increase was due to foreigners holding on to Malaysian bonds, now considered as part of the external debts.

      ............................
      Najib also said as of December 2014, the country's debts stood at RM582.8 billion, or 54.5% of the gross domestic product (GDP).

      Of the total, 97.1% or RM566.1 billion is domestic debt, while the balance of RM16.8 billion or 2.9% are offshore loans.

      "The federal government's debt position remains manageable and (is) categorised as a moderate-indebtedness country," he said.

      ........................


      - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysias-external-debt-tripled-to-rm740-million-last-year

      Delete
  4. Pemimpin BN hidup mewah dan kaya raya di Sarawak dan Sabah sedangkan rakyat hidup miskin. Mengapa jurang perbezaan antara pemimpin BN dan rakyat terlalu luas? Tun Mahathir dan kita semua berhak bertanya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepimpinan melalui tauladan .... anak2 dia yang kayaraya kena mulalah bersedeah kpd fakir miskn dulu ... kemudian org akan ikut la

      Delete
  5. Semasa ditampok kuasa tiada siapa berani lawan DrM, orang yang sama dahulu mencium tangan sekarang berani mengilas tangan sebab DrM bukan boss lagi begitulah senario dalam parti satu ni berpaut pada boss adalah wajib walau dahannya dah merekah esok bila patah mereka berpaut pulak pada dahan baru...begitulah seterusnya demi habuan dunia

    ReplyDelete
  6. Madey tidak ketinggal zaman........kamu yang ketinggalan zaman........itu sebab Sabah tak maju2.Madey mempertikaikan kenapa orang yang diarah membunuh Altantuya dihukum gantung.......ini zalim.......Sirul akan mati teraniaya......fikirlah dengan waraS....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko lah yang layak menjadi Ketua Hakim Negara !!!!

      Delete
  7. Hahaha......
    Sarawak masih jauh ketinggalan kenapa??? Mana zaman modern yg di war2 kan. Negara maju rakyatnya mundur.... itukah kemajuan kemodernan zaman technologi??? Memang mrk ni tak boleh jadi pemimpin dan tak akan dpt majukan malaysia hanya pandai dirikan jln bangunan berbillion di habiskan tetapi rakyatnya maju kebelakang curang kekayaan semakin besar! Apakah ini yg rakyat mahu????

    ReplyDelete
  8. Hidup Mahadir... hidup mahadir...hidup mahadir..
    hidup umno baru....
    walaupun umur 90 th tapi masih relevan....
    Turunkan najib ganti rosmah.... rosmah lebih relevan dari najib....
    kalau rosmah jadi PM rakyat mesia akan kaya semuanya sebab rosmah pandai cari duit dan simpan duit...najib suka boros...rosmah pandai kontrol....mesia akan terus maju dan disegani negara walaupun RM dah jatuh nilai...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...