Sunday 5 April 2015

PENIAGA UPTOWN SHAH ALAM KECEWA DENGAN AZMIN ALI KERANA GAGAL TUNAI JANJI BANGUNKAN SEMULA TAPAK PERNIAGAAN YANG MUSNAH DALAM KEBAKARAN




Peniaga Uptown Seksyen 24 Shah Alam kecewa dengan pentadbiran Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali kerana masih belum memajukan tapak perniagaan mereka seperti yang dijanjikan sejak enam bulan lalu sehingga menyebabkan kerugian besar.

Wakil peniaga, Hassan Nuruddin berkata, sehingga hari ini projek bangunan sementara Uptown masih belum siap walaupun kerajaan negeri berjanji untuk menyiapkannya pada Februari selepas tapak mereka musnah dalam kebakaran Oktober tahun lalu, namun ditangguh sehingga Mac dan kemudian Mei ini.

"Semasa lawatan, menteri besar membayangkan pembangunan semula boleh disiapkan hanya dalam masa dua bulan dari tarikh kejadian.

"Namun sehingga kini perjalanan projek tersebut amatlah mendukacitakan," katanya ketika ditemui pemberita di Shah Alam, hari ini.

Katanya, masalah semakin teruk apabila peniaga yang terpaksa menumpang sementara di kawasan tapak letak kereta mengalami kerugian besar disebabkan khemah yang mudah rosak dan musnah ketika cuaca hujan ribut.

Hassan yang berniaga jam sejak 9 tahun lalu berkata, mereka juga tidak dibekalkan keperluan elektrik dan hanya bergantung kepada mesin 'generator', selain menanggung kos sewa tapak yang tinggi.

Katanya, masalah itu menyebabkan mereka rugi hampir 50% daripada pendapatan terdahulu kerana hasil keuntungan yang tidak menentu memandangkan jumlah pengunjung tidak lagi ramai seperti sebelumnya.

"Kerisauan peniaga semakin meruncing apabila bulan Ramadan yang semakin hamper tiba kerana bulan puasa diibaratkan seperti musim menuai bagi kami," katanya.

Uptown Shah Alam musnah terbakar pada 15 Oktober tahun lalu, menjejaskan 189 peniaga kedai Blok B dan FB.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan peruntukan pembinaan bangunan sementara RM3.5 juta dan projek bangunan kekal sebanyak RM18 juta.

Namun, Hassan berkata, peniaga kecewa bangunan sementara itu sehingga kini hanyalah satu khemah sementara (marquee tent) tanpa 'partition' dan pemasangan lantai yang masih tergendala.

"Beberapa mesyuarat dengan UPENS (Unit Perancang Ekonomi Negeri) amat mendukacitakan kerana tarikh menyiapkan projek bangunan sementara ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

"Tiada maklumat jelas daripada pihak UPENS dan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) tentang perjalanan dan jadual kerja projek yang diterima peniaga," katanya.

Sehubungan itu, katanya peniaga Uptown merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Azmin esok menggesa kerajaan negeri segera menyiapkan pembinaan khemah sementara untuk keselesaan peniaga.

"Kami amat berbesar hati sekiranya beliau sudi datang sendiri turun padang meninjau tapak projek pembangunan yang boleh dianggap sangat mengecewakan dan diragui ketelusannya.

"Hal ini bertepatan dengan manifesto yang diperjuangkan oleh kepimpinan menteri besar yang mahukan ketelusan dalam pentadbiran," katanya.


PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DI PEDULI ... HIDUP AZMIN ALI!!!! ... KAMI TERAMAT SAYANG AZMIN ALI!!!! ... JANJI DI TEPATI!!!!

14 comments:

  1. Pade muko demo.

    ReplyDelete
  2. Pelakun hot 80an Ron Jeremy yg juga penyokong keadilan

    Peter North
    Pelakun superstar 80an

    ReplyDelete
  3. Nmpaknya dlm keadaan sekarang keluarga anwar dah tak relevan lagi...tapi semangat reirrmasi terus kukuh berbanding PKR yg rosak kerana nepotism, kronism keluarga dan pendewaan makhluk yg Skg dikandang SG Buloh.

    Hanya Azmin penyelamat PKR. Anuar can go to hell

    ReplyDelete
  4. Salam YB Azmin,

    Keluarga Anwar merosakkan PKR. Tolong jatuhkan mama kipas satay kajang.

    Hidup reformasi, mampos Anuar

    ReplyDelete
  5. Azmin Ali lahir di Singapura pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981). Beliau menyambung pelajaran beliau di University of Minnesota, Amerika Syarikat. Beliau berjaya mendapat master pada usia 24 tahun beliau juga adalah anak angkat Tun Dr Mahathir namun terus setia dengan DSAI sejak awal reformasi pada tahun 1998 hingga sekarang.

    Macai ado?ngee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
  6. Sewa bertahun x byr..untung atas angin ribu2 sebulan bg org lain meniaga, bila terbakar suruh kerajaan bantu. Majoriti org kelantan..cibai muka takde malu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelantan cibai mne2 ade.. dlm kerajaan berlambak . .. meniaga pun berlambak . . Merempat sana sini di negeri pkr dan dap cari mkn.. sbb negeri sendiri ceramah kuat keja malas.

      Delete
    2. Betul tu..golongan parasit. Punca sewa uptown jd beribu sebulan. Sorang control byk tapak, yg jd mangsa golongan benar2 nk meniaga. Kelantan pemalas pulak x keje, kawin dgn bini keje bagus2, pagi2 htr bini pg keje, htr anak gi sekolah. Petang ambik bini. Cukup bln pau duit bini.

      Delete
    3. Peniaga kurang ajar.mcm gangster lebih.tak bagi orang parking kat tempat dia walaopon kosong,mcm bapak dia punya.

      Delete
  7. Jom kita fitnah Azmin. Biar Selangor jatuh ke tangan umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita korek segala kelemahan Azmin. Biar nampak buruk dan hina. Mudah nnt nak tumbangkan dlm pru 14. Wahai pengikut khalid jom ganyang Azmin dan pkr.

      Delete
  8. Tahniah rakyat sgor...dapat pemimpin kencing rakyat (pkr)...ko yg pilih ko sendiri tanggung...padan muko

    ReplyDelete
  9. Budget RM3.5juta tapi hanya utk bersih kawasan, diri khemah dan buat lantai. Kroni sapa yang dapat projek ni. Untung besar oooooo..........

    ReplyDelete
  10. Hahaha......
    Hanya pandai minta.......bila senang lagak mcm org kaya!!!! Kerajaan umpama bank utk mrk ni jadi kaya dan senang...... habis berjuta utk perniagaan mrk tetapi apa pulangan utk kerajaan????? Cukai tak bayar minta memanjang ...jual pula mahal2 untung riban2 apa kerajaan dapat???? Siapa bayar cukai siapa punya wang kamu org pandai minta sj....nak untung besih sj..... org lain berniaga semua guna wang sdr lagi mahu bayar cukai. Patut niaga boleh untung tiada rugi sebab ada msk tiada keluar.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...