Tuesday 5 May 2015

APAKAH JANJI DI PRK TELUK INTAN AKAN DITUNAIKAN DALAM TEMPUH 9 BULAN JIKA BN MENANG SUDAH DITUNAIKAN SEPENUHNYA????




Pada 26 Mei 2014 lalu calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong telah melancarkan manifestonya yang antara lain berjanji untuk membina sebuah universiti di bandar itu dan berusaha menjadikan ikon kawasan berkenaan, Menara Jam Condong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Presiden Gerakan tersebut juga berjanji untuk menjadikan Teluk Intan sebagai hab pertanian moden, meningkatkan pelaburan, peluang pekerjaan untuk golongan muda serta mewujudkan lebih banyak zon WiFi dalam usaha mentransformasikan bandar tersebut.

Selain itu, beliau berikrar untuk menjadikan bandar Teluk Intan sebagai pusat makanan di Hilir Perak, membangunkan projek pembangunan bersepadu tepi sungai dan membina kompleks sukan bersepadu untuk golongan belia.

Mah Siew Keong juga berikrar, jika dipilih menjadi Ahli Parlimen di sini, beliau akan terus berjuang dan bekerja bersungguh-sungguh untuk membangunkan Teluk Intan selain memastikan potensi yang ada di kawasan ini direalisasikan sepenuhnya.

Jelas Siew Keong, beliau yakin mampu melaksanakan segala akujanji yang terkandung dalam mani­festonya itu antara 70 dan 80 peratus.

“Apa yang saya ikrarkan bukan direka-reka kerana semuanya saya rangka setelah membuat semakan dengan pihak-pihak terlibat me­ngenai bantuan yang boleh mereka salurkan untuk penduduk di kawasan sini.

“Ada peluang untuk dapat, baru saya berani suarakan. Saya tidak berani buat janji sedangkan realitinya ia tidak akan dapat dilakukan seperti yang selalu dibuat pembangkang,” katanya.

Tambah Siew Keong, melalui pengalamannya sebagai bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Ahli Parlimen Teluk Intan dari tahun 1999 hingga 2008, beliau yakin mampu membawa perubahan yang lebih baik untuk Teluk Intan.

“Saya memohon agar diberikan peluang untuk berkhidmat di kawasan ini sekali lagi. Saya berikrar akan melakukan yang terbaik untuk menjadikan Teluk Intan lebih maju dan membangun pada masa depan,” katanya.

Realitinya????  Apa sudah jadi dengan aku janji kencangnya itu??? Jangan katakan 70-80 peratus mampu ditunaikan ... 5 peratus pun belum nampak lagi sehingga kini ... kini di PRK Permatang Pauh calon BN pun taburkan pelbagai janji muluk,manis berlemak kepada rakyat.

Sudah lebih setahun PRK Teluk Intan berlalu ... adakah aku janji sudah ditunaikan kesemuanya seperti dijanji Zahid Hamidi????

Kini datang lagi ke Permatang Pauh berkata dalam nada dan skrip yang sama ... Adakah ingat rakyat Permatang poauh akan termakan umpan untuk kali kedua?????

17 comments:

  1. Dah nama pun munafik,janji dicapati lerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa omak kau tendar dah keluarkan bina uitm teluk intan omak kau jangan malu ia
      Uitm dah keluarkan tendar univesiti medicine uitm, Sila baca ini ia omak sebelum buat fitnah
      http://medicine.uitm.edu.my

      Delete
    2. Cer tanya sket janji pkr di selangor..
      dah 2 penggal..abok pon tarak...

      Delete
    3. Yang bukan penduduk teluk intan jgn buat kecoh boleh tak? Senah bangang, kalo ko nak tau UITM dah kenalpasti lokasi..pusat belia dahpun dibuka....bukan satu atau dua, tapi LIMA di sekitar teluk intan dan kawasan berhampiran...ahli Relawan dah lama dpt uniform baru sejak januari 2015...bukan hanya di Teluk Intan malahan sampai ke Bagan Datoh...projek tebatan muara sungai perak giat dijalankan sejak 2014...jalur lebar percuma telah disediakan dan bukan hanya di Teluk Intan malahan semua kampung2 dan taman perumahan dibawah parlimen teluk intan ternasuk kg bahagia dan sg manik...lain kali pegi tanya dulu penduduk tempatan ok? Jangan jadi mcm baghal main sondol tanpa FAKTA! -jamali padang tembak, teluk intan-

      Delete
    4. ada wifi percuma di kawasan azmin pun potong tak nak bayar, pesan pada azmin ia wifi percuma medan selera taman malawati dipotong sebab kerajaan selangor tak mampu banyar ia

      Delete
    5. Omak kau sila baca ini tendar bina universiti uitm dah keluarkan ia http://www.tenderdb.com/tender/universiti-teknologi-mara-no-tender-uitmpert2515-cadangan-perkhidmatan-menjahit-membekal-dan-menghantar-pakaian-seragam-pekerja-operasi-lelaki-wanita-uitm-shah-alam-puncak-alam-pun/

      Delete
  2. Hantu Raya pun pgng jnji dgn Tok bomoh..tnam kacang goreng sebiji,slagi x tumbuh x blk2 ler... Tp dgn geng Keris kontot ni, jnji bribu tp satu pun tunainye x ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menifesto bukan janji.
      Dah lupa ke ?

      Delete
    2. PAKATAN PEMBANGKANG SATU MALAYA MAIN BOMOH.
      ORANG TAK MAIN MANGKOK PUTIH DAH. DAH MAIN INTERNET.
      BILA NAK MAJUNYA ?

      Delete
  3. Selepas seminggu ditahan, bekas model yang bertindak menayangkang payudaranya di tempat awam apabila gagal membayar hidangan nasi ayam, dibebaskan mahkamah majistret hari ini selepas abangnya membayar wang ikatjamin RM7,000.

    Persana Avril Sollunda, 32, dibenarkan keluar selepas abangnya membayar wang ikat jamin.

    Ketika meninggalkan bangunan mahkamah, wanita berasal dari Tuaran, Sabah itu menjadi tumpuan media massa.

    ReplyDelete
  4. Tak tipu bukan UMNO/BN namanys. janji tggl janji atau janji di cepati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jadi lebuhraya rakyat, kelantan?

      Delete
  5. Rakyat didahulukan.
    GST di kemudiankan
    Beli Jet dikemudiankan.
    Ahli Parlinen naik elaun dikemudiankan.
    1MDB wang dipulangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je dgn wakil rakyat hang, pun sokong gak kenaikan ni...

      Delete
  6. Kajang lagu mana lebih setahun sudah, janji tidak ditepati.
    Kenaikan gaji kafa tipu.
    P.p lagi teruk janji macam2 tapi bil air naik, cukai pintu naik, cukai hotel dan rumah mampu milik bernilai rm 500,000.
    Siap bila adun pkr nak buat usul tiga kali reject.
    Acane..... Permatang pauh sendiri sudah 17 tahun di bawah suami isteri apa yang dibuat oleh mereka, kalau gah idaklah sekarang teruk dipulau.
    Bukankah omakau yang tunjuk sambutan hambar

    ReplyDelete
  7. Lupa omak kau tendar dah keluarkan bina uitm teluk intan omak kau jangan malu ia
    Uitm dah keluarkan tendar medicine Sila baca ini ia omak sebelum buat fitnah
    http://medicine.uitm.edu.my

    ReplyDelete
  8. Bangsa Melayu bukanlah termasuk dalam golongan bangsa-bangsa yang cerdik dan mempunyai jatidiri yang cemerlang seperti bangsa Yahudi, Jepun, Inggeris, German dan Vietnam. Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang lemah, mudah ditundukkan, mudah dicucuk hidung dan diheret kemana sahaja oleh si pemegang tali. Mudah digula-gulakan dengan sedikit wang, kain, baju, gula, garam, tembakau dan ganja. Tidak ada wawasan dan tidak memperjuangkan kepentingan anak cucu. Yang penting kepada umat Melayu ialah melayan kehendak perut dan benda dibawah perut. Ugama mereka juga sudah 'dimodified' mengikut selera ulamak yang berkuasa. Orang yang mempertahankan Al Quran dan Assunnah tidak ada tempat dalam masyarakat Melayu. Tidak hairanlah rumpun bangsa Melayu di Nusantara bergolak dan hanyut dalam kegilaan mencari harta dan pangkat. Tidak hairanlah rumpun Melayu di Indonesia satu ketika dulu boleh mengikut telunjuk Sukarno dan Aidit serta Subandrio, tak hairanlah Melayu Malaysia terus tercicir dalam serba serbi walau pun kononnya menjadi tuan kepada tanah yang tidak dimilikinya!! Allah sedang membiarkan Melayu hanyut dalam kancah kehidupan. Segelintir sangat yang yakin kepada janji Allah swt. Sedikit sangat Melayu yang percaya kepada syurga dan neraka dan sedikit sangat yang boleh membimbing umat kepada jalan yang benar. Dalam masa 500 tahun umat Melayu telah hilang banyak tanah dan kuasa sehinggakan bahasa mereka juga tiada nilai kecuali dalam bentuk paksaan. Panji-panji Islam kini sedang ditarik dari umat Melayu kerana mereka tiada tenaga dan komitmen untuk mengikut ajaran Rasullullah s.a.w. Sekain harap maaf.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...