Tuesday, 5 May 2015

BERITA MENAMBAH SESAK NAFAS RAKYAT .... BETUL KE TOL BAKAL NAIK LAGI??????



Belum pun rakyat rasa reda sesak nafas, disebabkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu, satu lagi kejutan merobek saku rakyat bakal berlaku apabila dikhabarkan kadar tol pula akan dinaikkan.

Sumber-sumber memberitahu, sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol pada Ogos ini.


Adalah difahamkan, kadar itu melibatkan kenaikkan sekitar 50 hingga 100 peratus.


Bagaimanapun, kadar kenaikkan itu bergantung sepenuhnya kepada kemampuan kerajaan untuk memberi subsidi kepada syarikat konsesi.


Tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM458 juta peruntukkan bagi pembayaran 20 syarikat konsesi sebagai pampasan untuk tidak menaikkan kadar tol.

Bagaimanapun, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar pada 2015 mengikut Perjanjian Konsesi.


Kadar kenaikan tol yang dibenarkan adalah pada sekitar 0.50 sen hingga RM2.


Berdasarkan perjanjian konsesi 2015, 20 syarikat konsesi yang dibenarkan menaikkan kadar tol ialah adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk), dan Storm Water Management and Road Tunnel (Smart), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya).


Turut dibenarkan Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas). Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).


Kenaikkan itu turut melibatkan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga), dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Apakah sumber ini sahih atau pun sekadar khabar angin sepoi-sepoi bahasa untuk menyemarakkan berita sensasi, hanya pihak berwajib perlu berikan respon demi pencerahan dan kebenaran.

Jika ditanya rakyat tidak kira dari kelompok anutan politik mana dan kedudukan serta status sosial mana sekali pun sudah pasti akan membantah keras.

Harap-harap ini hanyalah khabar angin dari radio karat yang sedang berkumandang.

20 comments:

  1. Selepas seminggu ditahan, bekas model yang bertindak menayangkang payudaranya di tempat awam apabila gagal membayar hidangan nasi ayam, dibebaskan mahkamah majistret hari ini selepas abangnya membayar wang ikatjamin RM7,000.

    Persana Avril Sollunda, 32, dibenarkan keluar selepas abangnya membayar wang ikat jamin.

    Ketika meninggalkan bangunan mahkamah, wanita berasal dari Tuaran, Sabah itu menjadi tumpuan media massa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Show free legs otak

      Delete
    2. Hahaha....inilah manusia bila ada masalah otak pun jadi gila.
      Naik tol berita bagus!! Kan omakkau sokong umno??? Bukan ke pkr dap tak mampu dan tolak pas.
      Kan rakyat masih byk sokong gst maka naik tol bagus biar bayar lebih kayakan lagi umno mcm tu baru brim bagi byk lg.
      kroni minta mesti mahu beri kalau tidak najib turun..... anjing juga rupanya....ingat pa sj anjing. Inilah tiada yg paling berkuasa ada lg yg lebih berkuasa. Anda anjing???
      Melaunglah kalau tidak masakan kamu anjinh.

      Delete
  2. Patut PKR bawa model tu kat Pmtg Pauh. Sure menang

    ReplyDelete
    Replies
    1. DS Anwar Ibrahim ialah bekas timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden parti United Malays National Organisation. Selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bergelumang dalam sarang penyamun dan perompak. Anwar tahu cara menyamun dan merompak. Anwar akhirnya belot pada tahun 1998. Anwar tidak mahu lagi bersama gerombolan penyamun dan perompak. 

      DS Anwar menubuhkan PKR. Parti berkembang subur dan banyak langau mula menghampiri. Azizan dijadikan kambing hitam. Kemudian Sepol. Semua utk membunuh pengaruh DSAnuar Ibrahim. Bila dipenjara DSW Azizah memikul tugas PKR. 

      Mat Sabu, Hishamudi Rais, Tian Chua dan ramai lg berdiri teguh dibelakang PR. Kini ramai yg mengaku pejuang refomasi tulen. Tp dalam hati bertujuan menghancurkn PKR. Jadi berhati2 melayan pengkhianat PKR yg berselindung disebalik nama reformist.

      Delete
    2. Mat Sabu, Hishamudi Rais, Tian Chua bukan orang yg refomasi tulen, mereka bertiga ini penipu tak penah memakai baju juctise for papa 1998, mat sabu ini gelar ds anwar ibraham sebagai aljuburi, mereka tak penah menasihatkan ds anwar supaya jangan memecat TS kahlid mb. Mat Sabu, Hishamudi Rais, Tian Chua Tak penah mehalang ds anwar supaya jangan melakukan perbuatan nepotism, sedang Tian chua ini tahu perbuatan ds anwar itu telah melangar perjuang sebenar pkr anti nepotisma dan anti kronisma .
      Sekali saya bertanya pada ahli pkr apakah kita melupakan perjuangan kita untuk menentang nepotisma dan kronisma, mana sumpah dan janji ds anwar menghapuskan nepostima dan kronima ada pada umno itu, saya berasa jijik perbuatan ds anwar lupakan perjuang gerakan anti nepotism dan anti kronisma dan ds anwar telah melakukan nepotisma pada parti pkr itu

      Luahan hati .Penah memakai baju

      Justice for papa 1998

      Delete
  3. Kat bawah ni pun patut PKR bawa kempen

    Polis tahan wanita dipercayai kurang siuman berjalan bogel di ibu kota

    Published: 11 February 2015 11:55 PM


    Rakaman video wanita Indonesia yang berjalan bogel di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, Jumaat lepas, seperti dimuat naik dalam YouTube. – 11 Februari, 2015.
    Polis menahan seorang wanita warga Indonesia, dipercayai kurang siuman, yang berjalan dalam keadaan bogel di ibu kota, Jumaat lepas.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata wanita berusia lingkungan 20-an itu kemudian diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan mental.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari Jumaat lepas, wanita itu berjalan dari Masjid Negara ke Kampung Attap sambil menanggalkan pakaiannya satu persatu.


    "Kami mendapat maklumat berkenaan daripada polis trafik yang bertugas ketika kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Beliau berkata hasil siasatan ke atas wanita berkenaan, polis mendapatinya mengalami tekanan perasaan sehingga menyebabkan dia bertindak sedemikian.

    Baru-baru ini sebuah video berdurasi 12 saat menjadi viral di laman sosial WhatsApp yang memaparkan seorang wanita bogel berjalan di tengah-tengah jalan raya di ibu kota. – Bernama, 11 Februari, 2015.

    ReplyDelete
  4. Salam 1rasuah ,

    Bagaimana acuan begitulah kuihnya.

    Belajar lebih kurang result setakat 3A SPM dahhh dapat masuk IPT.

    Di IPT pun lebih main dari belajar, banyak install game, download lagu dan movie daripada buat asignment. Banyak consult balak daripada lecturer. Banyak pergi tomyam daripada library. Grad result super senior pun dapat tempat dalam kerajaan, kesian murid murid dan hamba rakyat.

    Dah dapat kerja bukannya kerja sangat pun, lebih kepada hobi kameralah, keretalah, bot kontrollah helikopter kontrollah, ada pula buat bisnes luar dan ada yang asyik online 90% kerja 10%.

    Dah pencen, makan duit pencen pergi masjid lebih mengumpat daripada buat ibadat, lebih menyombong asyik nak pulau orang tu orang ni daripada rendah diri, lebih banyak marah budak budak daripada mengajak mereka mendekati masjid, lebih banyak bersyarah daripada dengar syarahan sebab perasan ilmu banyak.

    Bila bangsa lemah dan miskin, salahkan cina, guana demer. Heee

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenek kipas bukti jelas hujah hang kantoi, nenek kipas pelajar terbaik di universiti siap dapat pingat. Namun gagal sebagai ahli parlimen permatang pauh, gagal sebagai presiden pkr, gagal sebagai adun kajang.
      Setakat pencapaian terbaik tapi terbukti flop lebih baik bill gate, stive jacobs, google, Facebook Tiada degree tapi berjaya.

      Delete
  5. yg bodoh tetap bodoh hingga kena sembelih..
    yg pandai terus pandai...pandai menipu...dan pandai merompak duit rakyat

    ReplyDelete
  6. Omak kau cukup2 lah menabur fitnah tu.
    Sejak 1st mei berita omak kau harga petrol nik aku dah tak percaya propoganda omak kau. Omak kau buat naya pemandu kenderaan.
    Towkey cina petrol pump yg untung.

    ReplyDelete
  7. Tak kenyang2 lg ke menteri2 iblis ni.asik nk perah duit rakyat je...masing2 usia dh senja tak ingat mampos ke...

    ReplyDelete
  8. Ini untuk perhatian semua!
    1) Masa Sesak

    Dah tentu jammed.

    2)Masa Tidak Sesak!

    Selalu guna highway dari utara ke selatan(SIANG HARI). MESTI ADA KERJA REPAIR bebarapa kilometer di beberapa lokasi yang menrencatkan perjalanan. Jammed.

    Sepanjang tahun, sekali dua sahaja boleh guna highway terus ke kl atau ke utara tanpa gangguan. REPAIR TAK HABIS2.

    Kerja repair pun buat macam nak tak nak. Sesetengah tempat, hasilnya permukaan jalan sama taraf dengan jalan kampung juga! Sekali repair beribu atau berjuta tuh..

    Jammed x habis..

    Tolonglah sape2 angkat isu nih jangan dia kenakan gst plak kat tol nanti

    ReplyDelete
  9. Semua syarikat konsesi ada kaitan dengan cap keris, hanya di malaysia kerajaan tandatangani perjanjian tol berat sebelah, hanya di malaysia perniagaan kroni dijamin keuntungan berganda2, hanya di malaysia kalau syarikat kroni rugi kerajaan bayar balik, hanya di malaysia kemudahan asas rakyat menjadi mahal kerana diswastakan kepada kroni atas alasan meningkatkan mutu perkhidmatan....phuiiiii celaka sampai kiamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada sakit yg tak ada obat.
      Tapi apa pasal kita sakit hati dari dulu sampai sekarang. bukan kata nak baik. Tambah parah. Hoi. . .hati kami sakit ni ! ! !

      Delete
  10. alagapa dalam kuil, kalau termakbul keluarlah tahanan politik... gamaknya.
    tol mansuh, minyak turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pkr menang di p pauh bukan tol je free dan minyak muah.
      Selepas matahari terbit dari barat
      beras pun free bro.
      Tak percaya tanya omak kau !

      Delete
    2. Selepas matahari terbit dari barat dunia dah nak kiamat so cepat2 lah bertobat jgn bnyakkan fitnah.

      Delete
  11. Eloklah kadar tol naik. Kurang sesak lebuhraya. Harga barang-barang akan naik mendadak. Kurang orang balik kampung. Kampung tak sesak. Bila orang tak balik, meriah sikit cuti hari raya di bandar-badar besar. Pada habis seribu dua untuk hari raya elok bagi je kat ibubapa 7 atau 8 ratus. Kepala tak sakit, kereta tak haus. Ibubapa boleh belanja sakan. Orang Melayu dah lama hidup senang walau pun kurang berduit. Sekarang masa untuk susah beramai-ramai. Biarkan saje tak-tok ketua kaya raya dan joli katak. Taraf hamba tetap jadi hamba..

    ReplyDelete
  12. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI





    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...