Monday 4 May 2015

DUA GELAGAT DAN SENARIO YANG BERBEZA ... PARA PESERTA FLASHMOB BN MALU TUTUP MUKA SEDANGKAN PESERTA FLASHMOB PAS BANGGA TAYANG MUKA



Pelik sungguhlah sejak kebelakangan ini,  hampir setiap peserta flashmob BN bantah tindakan kerajaan PR Pulau Pinang naikkan harga rumah dan jual tanah harga tinggi sebab nak untung cepat yang diadakan di Seberang Jaya, Pulau Pinang sempena PRK Permatang Pauh, para pesertanya mesti tutup muka.

Apakah mereka ini pemalu dan segan sehingga enggan wajah mereka dikenali umum????

Sepatutnya ada sifat dan jiwa bangga kerana memperjuangkan sesuatu atas kepercayaan dan keyakinan ianya betul dan benar.

Sebagai penyokong parti pemerintah tidak perlu ada perasaan gusar sebaliknya berasa megah dan bangga tetapi tidaklah sampai lupa diri.

Gelagat pemalu tutup muka ini lazimnya dilakukan oleh penyokong dan pendokong parti pembangkang sebab ada rasa khuatir akan menrima tindakan dan tekanan dari pemerintah. Ini sudah menjadi terbalik pula.

Penyokong dan pendokong PAS dengan bangga tanpa segan silu menunjukkan muka mereka ketika melakukan flashmob hari ini di Simpang Leban Condong, Rompin, Pahang bantah GST kerana membebankan rakyat terutamanya warga luar bandar dan peneroka rancangan Felda sempena berkempen PRK Rompin untuk calon PAS dan menjadi sebaliknya pula kepada penganut dan pendakap BN.

13 comments:

  1. Gambar Nurul Izzah Di Kuil Hindu, Viral Di Media Sosial
    Posted on Monday, May 04 @ 21:33:58 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


    

    Permatang Pauh – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar hari ini mengemparkan para pengundi di Permatang Pauh apabila menyertai upacara keagamaan di salah sebuah kuil Hindu di Prai.

    Paling mengejutkan apabila anak kepada Anwar Ibrahim itu turut kelihatan seperti memberi hormat kepada dewa masyarakat hindu di kuil tersebut.

    Gambar Nurul bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer itu kemudiannya dimuat naik di media sosial Facebook sehingga menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.

    Penguna media sosial kemudiannya mengecam tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai usaha terdesak pimpinan PKR bagi memancing undi masyarakat India di Permatang Pauh.

    Ada juga yang menyifatkan tindakan Nurul itu toleransi dalam agama kerana mengambil pendekatan liberal Islam.

    Namun SuaraTV tidak dapat memastikan sama ada Nurul Izzah turut menyertai upacara penyembahan atau hanya sekadar memberi hormat kepada sami kuil tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DS Anwar Ibrahim ialah bekas timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden parti United Malays National Organisation. Selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bergelumang dalam sarang penyamun dan perompak. Anwar tahu cara menyamun dan merompak. Anwar akhirnya belot pada tahun 1998. Anwar tidak mahu lagi bersama gerombolan penyamun dan perompak. 

      DS Anwar menubuhkan PKR. Parti berkembang subur dan banyak langau mula menghampiri. Azizan dijadikan kambing hitam. Kemudian Sepol. Semua utk membunuh pengaruh DSAnuar Ibrahim. Bila dipenjara DSW Azizah memikul tugas PKR. 

      Mat Sabu, Hishamudi Rais, Tian Chua dan ramai lg berdiri teguh dibelakang PR. Kini ramai yg mengaku pejuang refomasi tulen. Tp dalam hati bertujuan menghancurkn PKR. Jadi berhati2 melayan pengkhianat PKR yg berselindung disebalik nama reformist.

      Delete
  2. Babi Masih Haram Dimakan!!!!!!!

    Dalam amalan Nepotism Politik PKR, Anak - anak boleh diheret dalam kancah Politik untuk raih undi simpati!!!
    Kenapa Daging Babi Haram? Ianya daging jugak. Sama macam daging lain? Mungkin itu pertikaian yang boleh digunakan oleh anak beranak Si Ketua Penipu tu jika ianya ada kaitan dengan mereka.

    Jika kita lihat dari satu sudut, Si Nurul Izzah tu semalam cuba nak menjustifikasikan amalan Nepotism Politik Longkang yang diamalkan oleh kaum keluarga dia di Permatang Pauh.

    Kata Si Nurul Izzah tu, budaya 'Politik Anak Beranak' yang menjadi amalan PKR selama hari ini bukannya Nepotism Politik yang didakwa oleh sesetengah pihak terhadap mereka sebelum ini.

    Sebaliknya, Si Nurul Izzah kata pembabitan ahli keluarga dia didalam Politik pada ketika ini merupakan satu 'Warisan Perjuangan' yang telah ditinggalkan oleh Si Ketua Penipu tu kepada dia.
    "Saya boleh katakan begini, dalam mana-mana perjuangan memang ada warisannya. Sudah pasti kalau kita nak meneruskan perjuangan, tentunya kita mahu anak-anak kita mewarisi idea-idea perjuangan tersebut. Tentunya kita mahu anak-anak kita memahami kenapa pegang kepada prinsip itu," katanya.
    Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah tu membuktikan bahawa dia cuba nak menutup kemaluan dirinya sendiri yang sekarang ni sudah terdedah kepada khalayak umum.

    Dan dalam masa yang sama, percubaan untuk menutup kemaluan tersebut, Si Nurul Izzah tu mula pusing cerita, dan mengaitkan isu berkaitan dengan syarikat GLC yang didakwa ianya sebagai amalan Nepotisme.

    Pusing - pusing, Si Nurul Izzah ni cuba nak tutup amalan Nepotisme Politik yang diamalkan oleh kaum keluarganya daripada dijadikan persoalan. Sedangkan isu Nepotisme Politik itu yang ditentang selama hari ini.

    Jelas, Nurul Izzah tu cuba nak memesongkan perhatian rakyat dan mengelirukan mereka dengan maksud Nepotisme Politik itu sendiri dengan mengaitkan isu lain demi untuk menjaga kepentingan Politik dirinya sendiri. Bukannya untuk kepentingan rakyat!!

    ReplyDelete
  3. Jangan jadi mula2 hadir sesi touch d dog tahun 2014. Lepas tu yg diminta simpang akan hadir sesi touch d babi.

    Sampah masyarakat ni. Elok halau Dari Pmtg Pauh jenis keluarga macam ni. Aku takut taufan dan banjir menimpa Pmtg Pauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANJING ITU HARAM. BILA SENTUH...AMBIL AIR DAN LUMPUR DAN SAMAK. ISLAM KATA BOLEH. POMPUAN ISLAM PELUK JANTAN ATAS PENTAS PUN HARAM. POMPUAN PELUK LCW PON HARAM. BOLEH SAMAK KE?

      Delete
    2. Ramai orang umno makan babi. Puak umno Sabah jadikankan babi makanan harian sbb mereka bukan Islam.

      Delete
  4. Kah kah kah...

    Hilang akal ke apa nak bg undi ke Makcik kipas satay kajang..baik undi rosak atau jangang kuar pg undi...

    Biarlah juak2 nepotism dengan penyokongnya...tapi akar umbi reformist jangang sekali undi gang gila kuasa nepotism

    Biar penyokong pkr yg beribu tu undi pkr..Ahli PAS pun perlu boikot sebab Anuar anti hudud

    ReplyDelete
  5. Anonymous said...
    Flasmob BN mengalahkan pompuan pakai hijab... putri UMNO pun tak macam tuh...gender songsang kot...Ingat!! flash mob BN termasuk GST tapi masuk kat poket YB menglembu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lari topic. Orang cerita pasal Anak Anuar yg fius otak

      Delete
  6. NURUL IZZAH BERSUARA, PERTAHAN MARUAH KELUARGA!!!

    AHKIRNYA!!! Baru semalam Si Nurul Izzah tu bersuara selepas puak - puak PAS di Pulau Pinang tu membuat siri bantahan terhadap pencalonan ibunya yang bertanding di Permatang Pauh.

    Jika sebelum ini kita dah desak agar Si Nurul Izzah tu bersuara demi mempertahankan maruah keluarganya sendiri. Maka baru itulah Si Ahli Parlimen Lembah Pantai ni bukak mulut.

    TAPI sayang. Bila setiap kali Si Nurul Izzah ni bukak mulut, sudah pasti 'Bau Longkang' jugak yang akan dapat kita hidu. Kenyataan yang dia buat hanya sekadar memalukan diri dia sendiri.

    Dalam satu kenyataan yang disiarkan semalam, Si Nurul Izzah tu cuba nak menutup kainnya yang dah terlondeh apabila puak - puak PAS Pulau Pinang tu tetap berkeras untuk menolak PKR di Permatang Pauh.

    Kata Si Nurul Izzah, PAS tetap akan memberikan sokongan kepada pencalonan PKR walaupun timbul bantahan dari kalangan ahli - ahli PAS diperingkat akar umbi di Pulau Pinang tu sendiri.
    "Kami mendapat arahan sangat jelas daripada hierarki Pas yang kesemua pucuk pimpinan Pas menyokong penuh kami dan kami tidak mahu membangkitkan lagi perkara ini," katanya pada sidang akhbar hari ini.
    Hah! Sekarang korang nampak tak apa yang sedang dinyatakan oleh Si Nurul Izzah ni? Nampak tak betapa Si Nurul Izzah ni seorang manusia yang jenis tak reti nak sedarkan dirinya sendiri?

    Si Nurul Izzah tu kata, dia mendapat arahan dari kalangan hieraki pemimpin - pemimpin PAS yang tetap akan menyokong PKR. Maknanya, arahan tu datang dari kalangan pemimpin tertinggi PAS.

    Tapi persoalannya sekarang ni, Si Nurul izzah tu nak mintak undi dengan siapa? Adakah dia nak menagih undi dari kalangan pemimpin - pemimpin PAS yang duduk diperingkat atasan tu?

    Atau, adakah dia nak mintak undi dari kalangan ahli - ahli PAS yang buat demonstrasi tu sebelum ini? Kalau setakat dia dapat 'arahan' dari kepimpinan PAS Pusat je, baik tak payah!!! Bukannya diorang yang mengundi di Permatang Pauh tu nanti!!!

    ReplyDelete
  7. Hendakkan undi sanggup berbohong, fitnah dan membuat kemungkaran.

    ReplyDelete
  8. Pihak yg atas tu buat kerana duit dan tak ikhlas,tp yg geng pr tu free dah ikhlas utk mewakili rakyat teraniaya

    ReplyDelete
  9. Yg tutup muka kaki belot nak duit klau taknanti member kenal tu yg kaki cari harta dunia

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...