Sunday 10 May 2015

IBRAHIM ALI BERANG RAKYAT PANGGIL DIA KATAK.


Dulu bukan main lagi rasa bangga apabila digelar katak .. sampai suruh panggil dia putera katak .. sekarang ni marah pula?????

Bila gelaran tersebut tidak memberi untung barulah nak berang .. pendirian ini pun dah macam katak sering melompat dan flip flop.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada portal media supaya tidak menggelarnya sebagai katak.

Beliau yang berang dengan panggilan itu, menegaskan terdapat orang lain yang lebih sesuai dengan panggilan itu, dan bukan dirinya.

Jelasnya jika panggilan itu ingin digunakan, ia sesuai dipakai oleh bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution.

“Saya tidak suka portal media menulis saya dengan gelaran kata. Janganlah media portal menuduh saya dan menulis berulang-ulang perkataan katak itu.

“Tulislah nama jawatan saya baik-baik, bukankah lebih elok. Saifudin Nasuition itu juga seharusnya dipanggil katak kerana lompat parti banyak kali, tapi tak panggil dia katak pun,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PERKASA.

Selain gelaran “katak”, Ibrahim turut meluahkan rasa kurang senang apabila dilabel bersifat perkauman.

Sebaliknya menegaskan apa yang dibangkitkan mengenai isu Bible dan Kalimah adalah bersandarkan fakta.

“Saya ada bukti dan video sebab itu saya cakap. Saya berani sebab saya cakap perkara yang betul,” tegasnya.

17 comments:

  1. Bukan lagi KATAK

    Itu kan KODOK

    Kodok biasa penyek di gelek keta myvi di jalanraya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katak adalah gelaran yang karpal beri pada yb yang melompat parti.
      Rasanya ramai. Ada umno ke dap. Umno ke pkr. Umno ke pas
      Juga pas ke pkr.mca ke pkr. Mca ke dap.
      Mereka nilah katak. Katak dan katak.

      Delete
    2. Anon 1330. Tapi raja katak ialah beghaem Ali. Hehe.

      Delete
    3. mana tak marah
      korang panggil katak aje
      patutnya raja katak

      Delete
    4. jenis ini siluman jadian kata orang indon

      Delete
    5. katak oh katak kenapa engkau marah....tolong sambung.....

      Delete
  2. Sama spesis dgn Anuar. Anuar dulu abim lepas tu umno la ni PKR

    ReplyDelete
  3. Betul lh kate datuk tu, kn elok dipanggil dgn gelaran yg baik2 ...datuk pun jgn lh nk divert gelaran x elok tu pulak kpd org lain ...hee

    ReplyDelete
  4. Janganlah ikut perangai sesetengah ostat amno yg suka panggil org lain dgn panggilan tidak baik spt kufur, jahil, bodoh dll. Jgn panggil org panggilan tak baik. Says pantang sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya yang suka paggil bodo ni satu ustat je. Korang pun tau

      Delete
  5. Ostat unknown

    ReplyDelete
  6. Hye korang..maaflah..Amar bukan nk cakap apa..act takdelah susah sgt nk beli kereta baru ni..What app je Proton/Perodua ke 0142264506.Insyaallah Amar bantu.Tak perlu duit2 booking segala.Amar tak nak.Amar da 7 tahun pengalaman jual kereta baru.Terutama proton dan perodua.Ingat no Amar 0142264506.Satu Malaysia Amar boleh hantar kereta.Ingat ... nak beli kereta baru..atau nk tanya proses dia mcm mana what app Amar di 0142264506.Ingt yea..hehehe.
    Lagi pun..bg yg berniaga,tapi bermasalah buat loan,yg blacklisted ke..Amar cuba bantu yea.
    Nak trade in kereta atau tak mampu nk bayar bulanan kereta dan nk elakkan blacklisted,bgtau Amar yea.maaf guna cara mcm ni.penat korg baca..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amar umno ke bukan. Klu bukan boleh klu umno sampai mampos aku tak caya.

      Delete
  7. Sebenarnya mulut org kita terlalu celupar. Macam2 gelaran dan maki hamun dilontar tanpa batas susila. Bahkan mencarut secara terang2an.
    Inikah yg dikatakan 'Bahasa melambangkan bangsa'?. Islam tak mengajar demikian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau rasa umngok ajar apa pula?

      Delete
  8. mulutnye pun dh sama mcm katak , pe lgi katak le tu, yg lucunye ,di bawah tempurung katak melalak,,,,

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...