KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Friday, 1 May 2015

KENDURI KAHWIN ANAK NAJIB DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI TANPA MELIBATKAN WANG RAKYAT AKUI PEGAWAI PERDANA MENTERI.




Setelah pelbagai dakwaan dan spekulasi, seorang pegawai kepada perdana menteri menegaskan bahawa majlis kenduri kahwin keluarga itu langsung tidak menggunakan wang rakyat.

Majlis anak Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk orang kenamaan di KLCC, ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengantin lelaki.

“KLCC itu adalah majlis yang diminta oleh pihak lelaki, untuk tetamu meraikan sahabat-sahabat dia (keluarga Daniyar Kessibayev dari Kazakhstan).

“Walaupun dihos oleh keluarga perdana menteri tetapi diminta oleh keluarga lelaki. Tidak hanya minta tetapi ditanggung oleh keluarga pihak keluarga lelaki,”kata Rizal Mansor,

Justeru, katanya, perkahwinan itu tidak seharusnya menjadi isu dan bersifat peribadi untuk dikongsi dengan semua pihak seperti di tempat lain.

Selain acara di KLCC, acara lain majlis perkahwinan Nooryana Najwa turut diadakan di Seri Perdana, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) dan kawasan Parlimen Najib di Pekan, Pahang.

Tiada gambar dilapor dibenarkan diambil untuk program untuk orang kenamaan di KLCC.

“Kenapa tertutup (di KLCC)? Sebab (takut) orang kata bermewah-mewah, bermegah-megah.

“Kalau (hendak) bermegah-megah, kita buat live (langsung) di TV, kita panggil media untuk buat liputan. Kerana kita tak mahu tunjuk dekat oranglah kita buat tertutup,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan untuk majlis itu walaupun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkannya sebagai “perkahwinan abad ini”.

“Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-bungaan (ketika majlis perkahwinan anaknya),” kata Mahathir kelmarin.

Rizal juga berkata perunding perkahwinan yang menguruskan majlis itu juga ‘bijak’ mengatur perbelanjaan sehingga sesuatu yang murah berjaya nampak seperti mahal.

Beliau juga berkata mereka juga cuba berjimat dengan menyewa dan tidak membeli barang yang diperlukan.

“Iya (disewa), betul dan (ia) terserah pada kreativiti perunding perkahwinan,” katanya tanpa mendedahkah jumlah kos majlis itu.

Rizal, pegawai Najib sejak mula beliau menjadi perdana menteri, berharap orang ramai dapat berlaku adil terhadap keluarga perdana menteri.

“Saya ambil tanggungjawab ini sebab saya kasihan. Saya tahu keadaan sebenar.

“Tidak seperti mana yang orang cakap, jadi saya rasa baik bagi kenyataan daripada pihak saya. Saya baca komen yang tidak adil untuk PM dan keluarga,” katanya.

“Tidak elok menghukum seseorang tanpa mengetahui perkara sebenar.”

20 comments:

  1. Replies
    1. saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
      pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
      gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
      kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
      nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
      melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
      hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
      angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
      ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 177.juta
      bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
      apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
      jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
      ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
      demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
      atau silahkan buktikan sendiri..

      Delete
  2. Jangan nak kelentong nanti tak panjang jodoh...kamu ingat orang percaya.....

    ReplyDelete
  3. Boleh percaya ke dengan kerabat penyamun ni??? Dia kata tak menggunakan duit rakyat sebab dia dah anggap duit rakyat tu duit dia...kahkahkah

    ReplyDelete
  4. 1000000% pun xleh percaya..hanya Allah swt aje yang tahu...di mahsyar u jawab lah nanti...wallahualam

    ReplyDelete
  5. Hati kalau dah hitam berulat mmg susah nk terima kebenaran. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati dh hitam berulat macai umngok dikelentong....pukul percaya je le kan ....kahkahkah ...

      Delete
    2. Apa???? Kebenaran....kahkahkah perompak nak cerita pasal kebenaran???? Kihkihkih 20:57 ko ni tak sihat ke...baik ko pergi makan ubat cepat kahkahkah

      Delete
  6. Apa hal plak dengan majlis kawin gst....ghosmah say thank you ..... bukan isu ssgt pun pasal majlis tu yg 1MDB lagi besorrr isu......undur jer la.....

    ReplyDelete
  7. Korang nak fitnah jadah apa pun korang punya pasal...hidop BN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN penyamun duit rakyat berlesen.

      Delete
  8. Pas pkr bapak segala penipu....
    Semua kaki kencing rakyat...
    hidop BN...kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya orang bodoh bebal percaya cakap perompak duit rakyat.

      Delete
    2. GRO Melayu kat KL yang harga MYR100 orang Singapore bayar SGD 37 je. Murahnye betina melayu!!

      Delete
  9. Pkr dap parti anak beranak cucu cicit kaki kelentog
    mcm haram jadah...
    aku cuma u-turn je..
    pemuda pas pp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang cerdik pandai semua dah keluar umno yang tinggal hanya specis bebal dan dungu je...boleh dibeli dgn beras sekampit ,gula sekilo,minyak sebotol, susu expired 2 tin, Kain pelikat sehelai...kihkihkih...kesiannya

      Delete
  10. Ohhhhhhh....ooooii.....mad mssslannn.......dihubungi j

    ReplyDelete
  11. Kenyataan ni sikit habuk pun aku tak percaya...jenis penyamun...suruh org lain buat cover....jenis bangang dpt rasuah ni pun bercakap lah bg pehak penyamun...sapa tak tahu hidup depa ni...klu tak menyamun mana nk dpt mewah mcm ni

    ReplyDelete
  12. Negara nak maju kena buang umno. Singapura buang umno. Brunei masuk Malaysia pun tak mahu kerana tak percaya kat umno.

    ReplyDelete
  13. Lagi Isu Panas ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete