Monday, 11 May 2015

NIAT MURNI LAGI IKHLAS PERTAHANKAN TRANSAKSI PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI AFDLIN SHAUKI KENA BELASAH KAW-KAW DARI PEMINATNYA.


Tujuan murni lagi ikhlas selebriti Afdlin Shauki mempertahankan pembelian tanah oleh Tabung Haji dari 1MDB mendapat kecaman hebat dari para peminatnya.


Perkongsian dari group jemaah haji saya dari seorang jemaah.

To all hajjah2.haha ceria pagi ni.

Dergar k lagunya.rahimah rahim tu.peminat kak ida masa kecil hingga kini.haha

JANGAN POLITIKKAN TABUNG HAJI,BUKAN TABUNG HAJI BELI TETAPI ANAK SYARIKAT TABUNG HAJI BELI TUJUAN PELABURAN DALAM PERNIAGAAN HARTANAH


Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.


Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.
Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.


Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan.

Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?


THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.


Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?


Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang harus diambil.


Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan.

Salahkah jika sebuah agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?

Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j. THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun.

Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.


Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM 9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya. Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.


Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.


Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?


Jika THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.


Ada dakwaan yang mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah dan dijual kepada THP dengan harga yang lebih mahal. Untuk pengetahuan, dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan kita maka kita boleh beli.


Bagaimana pula dengan anak orang kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.


Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.


Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka. Mohon sebarkan
Ini pula yg tel atwah ni terima dari hal ehwal.

Sebab Afdlin Shauki mohon bantuan sebarkan pandangan beliau maka Omak Kau pun sahutlah seruan tersebut demi meraikan dan hormati perbezaan pendapat dan kepelbagaian.

22 comments:

  1. Seronok la omak jdi btu api..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeff Ulu yam tak komen? Sila komen banyak2 OK. Post kat sini dgn blog Wfauzdin.

      Mungkin Jeff sedang sibuk membuat amalan yg baik baik

      Jamal
      PAS for All
      PAS Batu Road

      Delete
  2. 1.afdlin orang umno mesti sokong najib.
    2.yang tak sokong Kebanyakkan ahli pkr & pas
    , jadi semua hal kaitan najib dia akan tentang.
    3.Tiada pelaburan tiada keuntungan. Zakat telah siap dibayar. Kalau tak mau dividen, masuk duit kat bank saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeff Ulu yam tak komen? Sila komen banyak2 OK. Post kat sini dgn blog Wfauzdin.

      Mungkin Jeff sedang sibuk membuat amalan yg baik baik

      Jamal
      PAS for All
      PAS Batu Road

      Delete
  3. Ni sampah ni...artis ckp pasal politik, tukang-tukang komen perasan bagus. Sampah2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeff Ulu yam tak komen? Sila komen banyak2 OK. Post kat sini dgn blog Wfauzdin.

      Mungkin Jeff sedang sibuk membuat amalan yg baik baik

      Jamal
      PAS for All
      PAS Batu Road

      Delete
  4. Saya cadangkan TH hanya tukang simpan duit. Semua urusan haji perlu bayat sepenuh. Tabung haji tak perlu lagi bayar dividen.
    Untuk pelaburan TH tubuh syarikat lain. Untung atau rugi tertakluk pada peniagaan semasa.

    ReplyDelete
  5. Jeff Ulu yam tak komen? Sila komen banyak2 OK. Post kat sini dgn blog Wfauzdin.

    Mungkin Jeff sedang sibuk membuat amalan yg baik baik

    Jamal
    PAS for All
    PAS Batu Road

    ReplyDelete
  6. Kalau betul jual beli apa pasal nak dijual pula, gelabah tak tentu arah, kalau tulus tak perlu takut, terangkan dengan jelas pada pendeposit, kalau amanah tak perlu takut, patut pengerusi sendiri boleh buat report pada polis dan sprm untuk buat siasatan kepada TH sendiri untuk menunjukan kebenaran atas pelaburan TRX itu, baru betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kecoh tu yang patut buat report..tabung haji buat report nak buat apa?? Mana ahli parlimen pembangkang? Mana lawyer bijak pandai pkr, dap? Mana??? Pergilah buat report polis..

      Delete
  7. segala fitnah..adu domba dan kata2 yg kesat kemudian disifatkan sebagai sebuah "pertanyaan" ..lalu tatkala dijawab mereka pun berpaling kerana hakikatnya golongan yg kufur lagi sombong itu bukan mencari sebuah "kebenaran" tetapi mereka dambakan segala fitnah ..adu domba..dan kata2 mereka yg kesat itu diakui sebagai sesuatu yg "haq" (kebenaran)...dan mereka kekal berkata TH bailout 1MDB dan melakukan pecah amanah...demikianlah betapa buruknya seketul hati yg berada didlm dada golongan ini...mereka juga "bertanya" berkenaan perihal najib membunuh altantuya..kemudian mereka berpaling tatkala Najib menyandarkan pengakuannya dengan lafaz "wallahi wabillahi watallahi" bahawa dia tidak terlibat dlm mesteri kematian simati..mereka "bertanya" juga akan perihal anwar yg dituduh meliwat..lalu mereka berpaling setelah mendapati jawapan pada pertanyaannya amat bertentangan sekali dari apa yg mereka mahukan..kaum yahudi juga "bertanya" akan pembuktian Nabi Isa a.s tentang kerasulannya..kemudian kaum yg terkutuk ini berpaling darinya...lalu apa manfaatnya kamu wahai golongan yg kufur "bertanyakan" seribu satu persoalan yg kemudiannya kamu berpaling darinya andai ia tidak "tunduk" kepada kemahuanmu ..kamu redha pada sesuatu yg menguntungkan tetapi memfitnahkan dan berpaling andai ia menjadi duri kepadamu...ini bukan hakikat "kebenaran"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala2nya dari Allah Ostad. Kadang2 sesuatu kejadian itu untuk menyedarkan kita bahawa tidak semua yang kita fikirkan betul itu betul pada hakikatnya. Kemelut TH menjadi pengajaran kepada yang mahu belajar. Ada berjuta manusia melihatnya dari perspektif masing2 dan tak serupa. Dan pada akhirnya Allah Yang Maha Adil akan memperlihatkan yang mana benar yang mana salah pada orang yang mahu berfikir.Pada yang tak mahu menerima hakikatnya terus la begitu tanpa mahu mengaku dan berubah.Wallahualam.

      Delete
    2. benar kata saudara...amin

      Delete
  8. Hye korang..maaflah..Amar bukan nk cakap apa..act takdelah susah sgt nk beli kereta baru ni..What app je Proton/Perodua ke 0142264506.Insyaallah Amar bantu.Tak perlu duit2 booking segala.Amar tak nak.Amar da 7 tahun pengalaman jual kereta baru.Terutama proton dan perodua.Ingat no Amar 0142264506.Satu Malaysia Amar boleh hantar kereta.Ingat ... nak beli kereta baru..atau nk tanya proses dia mcm mana what app Amar di 0142264506.Ingt yea..hehehe.
    Lagi pun..bg yg berniaga,tapi bermasalah buat loan,yg blacklisted ke..Amar cuba bantu yea.
    Nak trade in kereta atau tak mampu nk bayar bulanan kereta dan nk elakkan blacklisted,bgtau Amar yea.maaf guna cara mcm ni.penat korg baca..hehehe

    ReplyDelete
  9. Macam ini .kita jual semua tanah th dan th tak payah melabur apa bidang pun ,sedangkan kos haji meningkat, bagi aku cadangan ia macam kurangkan kos haji, aku yakin macai pkr pun tak boleh kurangkan kos haji memakin meningkat dan tak boleh bagi tambung haji dividen pada penabung

    ReplyDelete
  10. bodohlaaa yg tulis n yg sokong org yg menulis, 1mdb masih disiasat jbtn audit, maksudnya wujud ragu2 n kontroversi disitu, ngn kate lain 1mdb ni adlh tempat yg shubhah untuk melabur sedangkan ade tmpat lain yg boleh melabur dngn pulangan yg lebih bnyak n stabil, tabung haji bg balik tanah tu pd 1mdb n amik balik duit yg dah dibayar dulu, tabung haji dpt balik duit tu n bole dilaburkan kat tmpat lain yg lebih baik n x shubhah dan 1mdb dpt balik tanah tanpa perlu jual kat syarikat swasta cina, bodoh sngt smpai susah nak faham ni kenapalaa~kalau betol tabung haji jual tanah tu pd cina namanya win2 la pd 1mdb n tabung haji, ngn kate lain untung la najib n kroni dia, dpt bantu setel utang 1mdb n tabung haji dpt untung lima juta yg shubhah, bodoh, n buta hati la yg tulis ni, da jd cmni pun x nmpak lg ke!! harga minyak naik xbetol! subsidi minyak da abez! gst dikenakan pd rakyat! duit epf nak kne tahan! skrg tabung haji plak! n ko masih x nmpak lg! same de ko buta atau korng yg menyokong ni bodoh~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahai kawan .. urusan 1mdb diaudit oleh lembaga jabatan audit adalah berkait pada urusan perjalanan akaunnya (sama ada berlaku penyelewengan) bukan terhadap segala aset yg sedang dicairkan oleh 1mdb..dan urusan TH adalah terbatas pada urusniaga pencairan aset oleh 1mdb..syubhah yg kamu maksudkan tidak diberatkan pada TH ..agaknya kau ni lebih pandai dari sipemegang amanah

      Delete
    2. kalau kau berurusan berjualbeli dengan pihak non muslim .. apakah kau akan diberatkan pada urusan mereka ? sedang dlm urusan kamu dengannya tiada berlaku penipuan dan paksaan dan saling menyetujui pada kedua belah pihak..apakah kamu akan berada didlm keadaan bersyubhah..andai manfaat dan keuntungan yg dapat kepada si non muslim itu ia gunakan untuk perkara2 yg haram (mabuk..zina..berjudi..bertilik nasib ..dll) .. kenapa TH kamu beratkan kepada permasalahan 1mdb ?

      Delete
    3. kalau kau berurusan berjualbeli dengan pihak non muslim .. apakah kau akan diberatkan pada urusan mereka ? sedang dlm urusan kamu dengannya tiada berlaku penipuan dan paksaan dan saling menyetujui pada kedua belah pihak..apakah kamu akan berada didlm keadaan bersyubhah..andai manfaat dan keuntungan yg dapat kepada si non muslim itu ia gunakan untuk perkara2 yg haram (mabuk..zina..berjudi..bertilik nasib ..dll) .. kenapa TH kamu beratkan kepada permasalahan 1mdb ?

      Delete
  11. Hanya pada istilah maka di spin la ke sana sini. Yang benernye 1MDB perlu bayar interest RM 190 juta lebih kurang dengan segera. Tiba2 ewaah .TH nak beli pulak dengan harga RM 190 juta. Suatu kebetulan je. Berbaik sangke la ye. Satu kebetulan yang sangat tidak di sangka. Percahaya lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. andai TRX tidak dipunyai oleh TH ia pasti akan dimiliki oleh pihak lain..dengan harga yg barangkali adakah kamu sipengadu domba akan berkata pihak itu "bailout" dan melakukan pecah amanah dlm urustadbirnya...selepas ini GLC mana pulak yg akan kamu fitnahkan...dan sesudah siempunya blog membina prasangka buruk bahawa TH membailout 1MDB...mengapa kini dipanggil transaksi ?... setelah kamu lumurkan satu lagi sesalan dan rintihan kepada golongan yg kufur nikmat itu ..inikah yg kamu faham sebagai "meraikan perbezaan pendapat"

      Delete
  12. Mat gemok ni janganlah masuk campur hal politik. Kau orang seni. Nanti bila orang benci susah jugak tau. Berkarya saja dan hasilkan kerja yang bermutu tinggi! Takut sokong punya sokong, bila dah tua nanti nyanyok!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...