Tuesday, 5 May 2015
PENGENDALI FAMILIA MYVI CLUB (FMC) BUKAN AHLI PUTERI UMNO TEGAS KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA.
Pergerakan Puteri UMNO menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan pengendali laman Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana.
Penafian itu dibuat Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Berikutan dakwaan itu, beliau meminta pihak berkuasa agar segera menyiasat dalang di belakang laman berkenaan yang dilihat telah memburuk-burukkan nama Puteri UMNO sekali gus cuba menyembunyikan perbuatan jahat mereka.
“Saya sudah merujuk nama pengendali laman berkenaan dan mendapati tidak mempunyai rekod di dalam senarai ahli Puteri UMNO Gombak seperti yang didakwa.
“Malah, wajah dipaparkan yang mendakwa sebagai pengendali laman itu turut tidak dicam ahli Puteri UMNO Gombak sendiri. Saya memberi amaran kepada mana-mana ahli FMC yang terlibat di dalam insiden Sabtu lalu agar segera tampil dan memberi kerjasama demi menyelesaikan isu ini.
“Beberapa dakwaan yang mengatakan mereka dilindungi orang dalam juga seharusnya disiasat selain diambil tindakan sewajarnya,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia Online.
Menurut Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, tindakan mengheret nama Puteri UMNO dilihat sebagai usaha pihak tidak bertanggungjawab itu menyelamatkan diri.
Menurut Mas Ermieyati berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan kerana mahukan keadilan serta pembelaan terhadap keluarga mangsa.
Teringat suatu ketika dulu insiden seorang mahasiswi UUM dihina dengan kata-kata lebih 10 kali LISTEN LISTEN LISTEN Sharifah Zohrah Jabeen dimana memang jelas dia ahli KIMMA tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh Presiden KIMMA dengan menyatakan dirinya sudah dipecat hanya disebabkan video klip dan kisah itu menjadi viral dan menerima kritkan dan kutukan keras dan pedas dari rakyat.
Begitu juga agaknya kisah ini ... sebab dah menjadi viral seluruh negara sehingga rakyat mengetahui kisah ini tiada yang tidak berang, geram dan marah akan pelumba-pelumba haram MyVi dari FMC sehingga beberapa menteri datang melawat keluarga mangsa .. fikir secara logik sudah pasti tidak mau mengaku ahli parti yang didokongi .. kalau ya pun menjadi ahli Puteri UMNO. akan diberitahu tiada ada kena mengena dengan parti, sebab bukannya suruhan dan arahan UMNO pun mereka terlibat dalam perlumbaan haram.
Jadi isu sama ada pengendali laman FMC ini ahli Puteri UMNO atau tidak, adalah isu picisan dan remeh temeh .. tidak perlu ada sifat terlalu takut dan cuak serta digemabr gemburkan sehinggakan nampak tunggul kayu reput disangkakan hantu jembalang, hanya disebabkan mala petaka ini sudah menjadi viral dan buah mulut rakyat.
Puteri UMNO kena belajar bersifat dingin dan tenteram .. jangan mudah melatah dan melenting dengan isu remeh temeh, sebab penafian bukan ahli Puteri UMNO tidak akan mengikis persepsi betapa sememangnya pengendali laman FMC seorang ahli Puteri UMNO Bahagian Gombak .. perlu ingat ... politik sekarang ini ialah politik cara mana mengurus tadbir persepsi sebaik mungkin .. penafian ketika terbenam dalam pemikiran rakyat begitu kental tidak akan mengubah sekelip mata apa yang rakyat fikirkan .. sebab ianya sudah terpasak begitu padu dan kukuh sekali dalam suasana jiwa rakyat memberontak marah dengan tragedi DUKE.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Orang vigil lilin free d papa kut
ReplyDeleteWan Azizah, Anuar Beraheem dan Nurul Izzah wajar dipecat Dari PKR
DeleteHahaha.......pkr jahat....umno baik....hidup anakcucu kamu susah kamu tak peduli masih nak fitnah hina org lagi kamu siapa nak pecat org??? Party ni diwujudkan oleh keluarga mrk ,takut ke dgn keluarga anwar??? Jgn ingat anwar dlm penjara kamu org nak hina kacau anakbini org sesukahati. Masih ada kami tuntuk hak dan keadilan buat rakyat yg ingin mengubah kehidupan masa depan yg lebih baik.
DeleteSia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati
ReplyDeleteTulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.
Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.
Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.
TULANG BADAK (TB)
MURTABAK WAVES
SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)
PKR telah mensabotaj PAS di Rompin. Harap ahli2 PAS menyokong calon bebas di Pmtg Pauh
ReplyDeleteWan Azizah diramal kecundang memandangkan sambutan amat dingin dari pengundi pmtg pauh pada setiap kempen dan ceramah diadakan. Yg sedihnya paling ramai pun sekitar 20 orang yg hadir.
ReplyDeleteJurucakap fmc ...macai haramjadah pkr...gambar drmonstrasi bersih nk campak kemana....mcm.bang non gak kantoi berjubo salah orang lain....fmc klab jubo haramjadah elok satu kandang dng anwar aljibori di sg buloh nnti...kepala jubo bertemu dng macai jubo......jubo ooo jubo fmc ni...
ReplyDelete