KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 10 May 2015

SAYA TIDAK AKAN LETAK JAWATAN TEGAS NAJIB.



Dato' Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
  
Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota UMNO terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
  
"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini hari ini.
  
Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.
  
Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden UMNO.
   
Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".              
   
Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.
   
Justeru, kata Najib takkan satu suara lebih besar daripada suara yang didengarnya daripada hadirin dan juga rakyat di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan pagi tadi serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.
   
Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

31 comments:

  1. Kalau letak jawatan tak dapat la lagi nak menyusahkan rakyat.

    Kesian kat Hj Din.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa nak turun.
      Guan eng pun tak turun walaupun partinya tak ikut perlembagaan. Dan di anggap parti tak sah. Dan tendang ahli yang menentangnya.
      Hadi pun tak turun walaupun ada ahli suruh turun.
      Nuar pun sama . Bila ahli cari dia kat tropicana , dia halau.
      Dah duduk sedap kat atas tak kan nak turun

      Delete
    2. Tun Madey yang nasihat turun
      kita ikut aje

      Delete
    3. sekurang kurangnya DAP x lesapkan duit rakyat.

      Delete
    4. hahaha.......
      tak nak letak jawatan tak apa bukan sy yg susah pun .....!
      yg susah rakyat kebanyakkan dan dah tahu pun tak nak turun sebab dah siapa tak tahu gila jawatan dan kuasa malah boleh hidup free senang lenang satu keluarga malah saudara pun ikut dapat habuan .
      tetapi rakyat mana yg mana masih sokong mu terus pegang jawatan pm tu!!!!! bukan ke hanya rakyat umno je ....yg sokong tapi rakyat malaysia kebanyakkan tak sokong pun!!!! benci lagi ada kalau mu terus memerintah malaysia boleh jahanam negara ini.

      Delete
    5. Silaka punya PM..letak jawatan lah tongong sebab semua rakyat benci ko lah bengap silaka tongong.

      Delete
    6. lu mau letak lu punya pasat. lu tak mau letak pon lu punya pasat.
      wa tatak helan ma

      lu mau letak wa tatak lugi
      lu tak mau letak wa tatak untong
      wa tatak helan ma

      Delete
    7. Apek....wa sokong lu! Caya samalu! Itu politicians semua mau wang kuasa pangkat saja maa....mana parti pon sama maaaa....Babun ka pakatan ka semua sama....lagi mau ssembanggg??? Heee..

      Delete
    8. Parti yang menerintah britain cuma dapat 37% undi popular.tak ada pulak rakyatnya buat demontrasi suruh turun.
      Tak macam malaysia. Mungkin rakyat britain lebih matang dalam politik bebanding dgn malaysia yang lebih besifat hooligans.

      Delete
    9. Saya mau mengucapkan terima ksih g tidak terhingga, serta penghargaan & rasa kagum yg setinggi-tingginya kepada AKI JEYAPATI , saya sudah kerja sebagai TKI selama 5 tahun di singapore, dengan gaji lebih kurang 2.5jt/bln, tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari, apalagi setiap bulan harus mengirim ortu di jawa, sudah lama saya mengetahui roomnya AKI ini, juga sudah lama mendengar nama besar aki, tapi saya termasuk orang yg tidak terlalu percaya dengan hal ghoib, jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng Saja.
      tetapi kemarin waktu pengeluaran 8924 , saya benar2 tidak percaya & hampir pingsan, angka yg diberi aki 8924 ternyata tembus, awalnya saya coba2 menelpon, saya bilang saya terlantar di singapore, tidak ada ongkos pulang, terus beliau bantu kasih angka 8924 setelah saya bantu mahar 8 juta.mulanya saya tdk percaya,mana mungkin angka ini keluar, tapidengan penuh pengharapan saya pasangin kali 100 lembar, sisa gaji bulan januari, ternyata meledak….!!!
      dapat BLT 750jt, sekali lagi terima kasih banyak AKI JEYAPATI, saya sudah kapok kerja jadi TKI, rencana minggu depan mau pulang aja ke sukabumi.buat aki,saya tidak akan lupa bantuan& budi baik aki.HUBUNGI AKI JEYAPTI DI NO INI 0852-4228-0055. KLIK TOGEL 2D 3D 4D 6D DISINI

      Delete
  2. Apabila pemegang amanah mengingkari amanah maka berlakulah kekecohan dan berakhir dengan kehancuran.

    Rakyat amanahkan duit rakyat mereka salah guna bail-out syarikat kroni. Akibatnya negara tanggung hutang berbillion.

    Rakyat amanahkan mereka syarikat rakyat (kerja kerajaan) mereka khianat ambil anak dan saudara bukan kerana kelayakan. Akibatnya servis kerajaan lembap dan mengecewakan.

    Rakyat amanahkan mereka ipt mereka khianat pilih awek lawa lawa atau anak kenalan dan saudara yang gagal periksa masuk course sukan sedangkan wakil masa sekolah pun kalah. Akibatnya sukan Malaysia merudum.

    Rakayat amanahkah mereka maktab mereka khianat memilih anak dan saudara bukan kerana kepandaian akibatnya akhlak dan bahasa inggeris anak didik di tahap mengecewakan.

    "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad ) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang diamanahkan kepadamu, sedang kamu mengetahui (Al Anfaal : 27)

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya....mat sabu apa kelulusan?? heee

      Delete
  3. Dia tidak akan meletakan jawatan sebab Rosmah tak bagi,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak letak jawatan lagi baik.
      banyak boleh buat bahan kempen

      Delete
    2. Kalau najib letak jawatan kurang2 nya dia tak bagi pada bini jadi pm, macam anwar itu bagi bagi bini mb untuk kesenangan rakyat pr itu. Senang anwar meliwat jambu di selangor ini

      Delete
  4. sama jer ngn firaun..mne penah mngaku salah...alahai..bnyak lgi la kumpulan wang nk kna tibai...42billion!!!!! kalah madey

    ReplyDelete
  5. Lagi lama lagi lemah lah malaysia ni dgn najib memimpin negara....ahli parlimen kena ambil peranan ni klu tak mahu malaysia ni diJAHANAMkan dek perbuatan najib ni bersatu lah wahai ahli parlimen demi malaysia tercinta dr perbuatan seorang maanusia yg tidak tahu mentadbir....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ganti dgn AI sekalipun....apa jaminan keadaan akan menjadi lebih baik?

      Delete
  6. Kalu aku letak jawatan mampus lh aku...alang2 menyeluk jamban biar sampai ke pangkal lengan baru satu badan aku bau taik ...ni muka cilaka mne ada harga diri punye ... nk mati tegak dgn jwtn nye kut ...makin hari cakap pun dh merapu ...dh termakan sumpah lakhnat agaknye ...hee

    ReplyDelete
  7. klu ltk jwtn x dpt la naik jet lg

    ReplyDelete
  8. Bertambah teruk lah kita rakyat di bawah pentadbiran Najib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabor...
      tiga empat tahun lagi ok la tur.

      Delete
    2. hahaha.....
      mana gi ostat unknown penyokong kuat umno!!!
      jahanam malaysia rakyat malaysia pasti humban mu tu gi mongolia.
      biar mongolia jaga hidupnya disana.....!

      Delete
  9. 'Selagi 'rakyat' menyokong beliau utk menerajui kepimpinan negara'...rakyat mana yg sokong dia..? Ada lagi ker yg sokong dia..? Ker dia syok sendiri..
    .oh lupa..kak mah cincin sokong dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling lambat pun lepas pru 14
      bukan lama sangat pun

      Delete
    2. Kalau aku letak jawatan, Anwar keluar aku pulak ke dalam. Tak nak lah!!!

      Delete
  10. Najib takkan letak jawatan. Bagus. Aku suka. Biar dia berkhidmat sampai habis penggal. Kemudian lepas pilihanraya kalau menang biar dia sambung lagi. Sekurang-kurangnya kita tahu perangai dia Siapa nak ganti dia kalau dia letak jawatan? Orang no.2 lagi bahaya. Suku sakat dia taklah lah kaya sangat. Jadi kalau dia jadi PM dah kena tolong sedara mara untuk bertambah kaya. Hishamuddin. Tak payahlah. Dia pun belum kaya sangat . Bini dia tentu nak lawan Rosmah. Habis duit kita. Jadi jawabnya tidak ada sorang pun yang boleh mengganti PM sekarang dan sekali gus memperbaiki ekonomi dan kedaulatan negara. Kalau kira durian sebakul, suka tak suka PM sekarang ialah musang King, yang lain tu layak buat tempoyak dan ditenyeh-tenyeh dengan timun, petai dan jering. Walau apa pun Allah swt sahaja yang tahu segalanya. Dunia politik melayu ameno ni memang gila dan tak kenal soal pahala dan dosa!! Yang kena tembak dah ade, yang kena kerat dah ade, yang hangus dah ade dan yang kena penjara dah ade tak tau ape lepas ni.

    ReplyDelete
  11. Nk jawap yg tanya di atas. Tanya mat sabu kelulusan apa? Mat sabu kelulusan sejarah umno & geng perompak nye. Khoo kay kim & zainal kling pun takut nk debat dgn nye. Haha

    ReplyDelete
  12. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

    ReplyDelete
  13. Salamm..udahlah najib letak lah jawatan. jgn menyusahkan rakyat dan negara..ingatlah najib jika kamu menyusahkan org lain sesama makhluk maka allah swt akan menyusahkan kamu di akhirat kelak.dan pesanan terakhir nabi muhammad saw..jgnlah kita menyakiti seseorang .jika kita menyakiti seseorang maka org lain pula yg akan menyakiti kita pula..ingatlah najib rakyat tidak bodoh tapi mike lah yang bodoh..mana mike nak letak muka nanti..ingatlah janganlah kita menanguk kesenangan di atas org lain dgn memerah titik peluh serta keringat org lain demi kesenangan mike...ingatlah allah swt tidak pernah kejam pada hambanya ...cuma hambanya saja yang kejam terhadap nya. ..kalau kita takut akan allah kita tak buat benda yang dilarang olehnya..jika kita buat juga benda yang allah swt larang maka orang itu tidak takut pada allah dan juga perintahnya..ingatlah di akhirat kelak balasan kepada orang yang memakan duit haram amat berat hukumnya ..saya berpesan bukan untuk kesemua malah utk diri saya sendiri juga...sbb kita sesama manusia haruslah saling ingat mengingati..sok mati allah swt tak tanya..dulu masa kita hidup kita ni parti politik mana sapa wakil rakyat kita..sapa menteri besar kita dan sama perdana menteri kita...allah hanya bertanya apakah yang kita kerjakan semasa kita hidup dan ke jalan manakah kita mendapat harta benda ..dan ke jalan manakah kira membelanjakan harta kita itu...

    ReplyDelete
  14. Salamm..udahlah najib letak lah jawatan. jgn menyusahkan rakyat dan negara..ingatlah najib jika kamu menyusahkan org lain sesama makhluk maka allah swt akan menyusahkan kamu di akhirat kelak.dan pesanan terakhir nabi muhammad saw..jgnlah kita menyakiti seseorang .jika kita menyakiti seseorang maka org lain pula yg akan menyakiti kita pula..ingatlah najib rakyat tidak bodoh tapi mike lah yang bodoh..mana mike nak letak muka nanti..ingatlah janganlah kita menanguk kesenangan di atas org lain dgn memerah titik peluh serta keringat org lain demi kesenangan mike...ingatlah allah swt tidak pernah kejam pada hambanya ...cuma hambanya saja yang kejam terhadap nya. ..kalau kita takut akan allah kita tak buat benda yang dilarang olehnya..jika kita buat juga benda yang allah swt larang maka orang itu tidak takut pada allah dan juga perintahnya..ingatlah di akhirat kelak balasan kepada orang yang memakan duit haram amat berat hukumnya ..saya berpesan bukan untuk kesemua malah utk diri saya sendiri juga...sbb kita sesama manusia haruslah saling ingat mengingati..sok mati allah swt tak tanya..dulu masa kita hidup kita ni parti politik mana sapa wakil rakyat kita..sapa menteri besar kita dan sama perdana menteri kita...allah hanya bertanya apakah yang kita kerjakan semasa kita hidup dan ke jalan manakah kita mendapat harta benda ..dan ke jalan manakah kira membelanjakan harta kita itu...

    ReplyDelete