Monday, 11 May 2015
WAKIL RAKYAT DAN HARAPAN RAKYAT DEMI MASA DEPAN NEGARA
Wakil rakyat atau pemimpin negara adalah orang yang memimpin sesuatu komuniti, daerah, negeri atau negara atas dasar mereka dipilih oleh rakyat itu sendiri.
Atas nama mereka sebagai pemimpin dipilih rakyat, mereka seharusnya sedar dan dapat merasakan apakah bentuk keadaan dunia yang sedang dihadapi kini, serta persiapan dan tindakan yang harus dipersiapkan kepada rakyat yang dipimpin di negara ini.
Mereka sebagai wakil rakyat yang berperanan sebagai pemimpin seharusnya tahu arah dan matlamat yang ingin dituju bagi kebaikan bersama.
Rakyat masih boleh memaafkan sekiranya ramai antara wakil rakyat kita yang kurang membaca ataupun tidak pernah langsung berketemu dengan pandangan-pandangan baru melalui pembacaan atau pemerhatian tajam.
Masih dikira boleh dimaafkan. Tetapi rakyat merasa gusar kini apabila terdapat agak ramai wakil rakyat yang tidak dapat meletakkan diri sebagai wakil rakyat menepati erti kata sebenarnya. Pendek kata rakyat amat tidak senang dan tenteram apabila berhadapan dengan tindakan wakil rakyat yang memalukan.
Walaupun tidak ramai yang berkelakuan yang tidak senonoh, namun rakyat akan melabelkan bahawa tindakan wakil rakyat adalah memalukan. Hanya disebabkan seekor kerbau yang membawa lumpur maka habis semua terpalit.
Disebabkan dua tiga ‘ekor’ kerbau ini yang melakukan tindakan yang tidak wajar dan patut sebagai seorang wakil rakyat, maka rakyat sedikit sebanyak akan menuduh bahawa kebanyakan wakil rakyat adalah bersikap demikian.
Dengan kemunculan dan kewujudan media sosial yang begitu meluas, tentulah apa saja perkara yang membabitkan wakil rakyat akan diketahui dengan cepat oleh rakyat. Apatah lagi yang berkaitan dengan perkara-perkara buruk seseorang wakil rakyat itu makin laju kisahnya menjadi viral riuh rendah gegak gempita seluruh negara.
Sejak kebelakngan ini terdapat wakil rakyat sama ada ahli Parlimen atau ADUN yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang wakil rakyat. Seolah-olah tidak memikirkan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
Ramai antara wakil rakyat yang memiliki hobi mencarut dan memaki hamun dengan kata-kata kesat dan lucah sebagai budaya mereka di Parlimen dan di DUN.
Membayangkan bahawa keadaan sedemikian seolah-olah sudah merupakan budaya yang sentiasa diamalkan oleh mereka setiap hari sama ada di rumah atau pun apabila berada di majlis-majlis.
Sesetengah wakil rakyat pula ada yang tidur semasa Parlimen bersidang.
Rakyat biasanya mengharap sesuatu yang murni daripada seorang wakil rakyat, sama ada dari segi tingkah lakunya ataupun percakapannya ataupun cara mereka berhubung dengan rakyat.
Sekiranya seseorang wakil rakyat itu tidak menampakkan penonjolan yang sedemikian maka pastinya mereka tidak akan mendapat penghormatan daripada rakyat.
Rakyat kadang-kadang tertanya-tanya dan agak bingung dan keliru melihatkan tingkah laku wakil rakyat yang kononnya berkelulusan tinggi tetapi cara hujah dan penyampaiannya di Parlimen tidak menggambarkan langsung sebagai seseorang berkelulusan tinggi.
Dan begitu jugalah dengan keadaan wakil rakyat yang tidak dapat menempatkan diri mereka sebagai seorang wakil rakyat yang tugasnya adalah merangka undang-undang negara di parlimen.
Rakyat pastinya mempersoalkan kredibiliti mereka sebagai penggubal undang-undang, dan rakyat sendiri masih merasakan bahawa mereka belum begitu layak untuk diberikan pengiktirafan sedemikian.
Sepatutnya apabila menjelang kurun ke-21 dinamakan zaman alaf baru, zaman digital dan zaman makluumat tanpa batasan, tidak ada lagilah wakil rakyat kita yang bersikap seperti sesetengah wakil rakyat pada tahun-tahun selepas mendapat kemerdekaan dahulu. Rakyat boleh memaafkan wakil rakyat berkenaan atas dasar bahawa mereka sememangnya golongan yang tidak mendapat pendidikan yang agak sempurna berbanding dengan sekarang.
Ramai yang hanya berkelulusan darjah 5 atau darjah 6 sekolah Melayu sahaja dan tentu sekali rakyat dapat memaafkan. Kini sudah ramai wakil parlimen kita yang berkelulusan tinggi, tetapi tidak menampakkan kemampuan untuk menggalas dan memikul status lulusan tinggi mereka. Tentulah keadaan ini amat malang sekali.
Antara faktor yang menyumbang kebanyakan wakil rakyat bersikap tidak sepatutnya adalah :
Pertama kurang membaca dan mentalaah. Mereka telah tidak diketemukan dengan fakta dan maklumat yang terkini yang sedang berlegar di dunia kini. Mereka mungkin tidak melibatkan diri mereka dalam ‘the knowledge society’ kini. Lantas mereka agak ketinggalan dan tidak berapa tahu apa yang berlaku dalam dunia kini.
Keduanya mereka hanya bertemu dengan watak-watak ‘yes man’ yang sentiasa mengangguk apa saja yang diperkatakan oleh mereka, walaupun fakta yang diperkatakan amat tidak munasabah. Hujah seseorang wakil rakyat itu menjadi tidak berasas sama sekali. Lantas wakil rakyat sedemikian adalah sentiasa dalam keadaan ‘syok sendiri’. Sentiasa berada di kawasan ‘zon selesa’.
Ketiga apabila berjuang hanya untuk diri sendiri. Menjadi wakil rakyat atau pemimpin hanya untuk populariti dan keuntungan diri semata-mata. Lupa yang menjadi wakil rakyat tujuannya adalah untuk berbakti dan menyumbang pada masyarakat.
Keempat .. Apabila bersembang punyalah kencang sampaikan Gunung Kinabalu boleh tumbang. Kata-kata yang dikeluarkan sesetengah wakil rakyat hanya dilepaskan dan diluahkan tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat.
Kelima ialah Agama dan moral diketepikan. Menjadi wakil rakyat atau pemimpin tetapi lupa nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan apabila menjadi seorang pemimpin.
Konklusinya, wakil rakyat dan pemimpin seharusnya peka dengan suara masyarakat semasa. Peranan mereka bukan sahaja dapat dilihat oleh rakyat Malaysia, tetapi memberikan gambaran dan imej yang akan diperhatikan oleh dunia luar.
Jika mereka berkhidmat dengan baik, rakyat juga akan senang hati dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan mereka. Mandat yang diberi oleh masyarakat bukanlah untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk menyumbang dan berbakti demi masa depan masyarakat dan juga negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Hye korang..maaflah..Amar bukan nk cakap apa..act takdelah susah sgt nk beli kereta baru ni..What app je Proton/Perodua ke 0142264506.Insyaallah Amar bantu.Tak perlu duit2 booking segala.Amar tak nak.Amar da 7 tahun pengalaman jual kereta baru.Terutama proton dan perodua.Ingat no Amar 0142264506.Satu Malaysia Amar boleh hantar kereta.Ingat ... nak beli kereta baru..atau nk tanya proses dia mcm mana what app Amar di 0142264506.Ingt yea..hehehe.
ReplyDeleteLagi pun..bg yg berniaga,tapi bermasalah buat loan,yg blacklisted ke..Amar cuba bantu yea.
Nak trade in kereta atau tak mampu nk bayar bulanan kereta dan nk elakkan blacklisted,bgtau Amar yea.maaf guna cara mcm ni.penat korg baca..hehehe
Sorang demi sorang umngok diam sampailah pok jib.begitu juga ngo-ngok penjilat....diam2 bukan bermakna pintar tapi malu kantoi kot....
ReplyDeleteBasri...basri....Bukan UMNGOk je yg senyap...dgn PR-PR skali segan silu mcm ayam kena kapur! Nk voice out lebih2 kang diri sendiri pon takat pass SPM je, mana tau ekonomi & undang2...ko tak caya? Tanya Jamal.
DeleteKalau kat dewan undangan negeri pun gagal ikut prosedur tanya soalan...inikan pulak dewan rakyat. Tiba2 nak dilantik sbg ketua pembangkang. Confirm x hadir atas alasan nak jaga cucu..kahkahkah.
ReplyDeleteSibuk politik 24 jam....sama je....masing2 cari salah orang lain, ye lah kan diri sendiri kan maksum anugerah Tuhan....betoi tak Mohd Zaidi?
DeleteMahfuz omar @ mr bean tukang lawak pas buang masa je dtg sidang parlimen. Bahas takde isi. Merapu. Wakil dap yg tak tau ckp melayu disyorkan duduk diam. Setiap kali berbahas, org x faham apa kau cuba beritahu. Hahaha
ReplyDelete