Saturday, 31 January 2015

KENYATAAN BUKAN REKAAN ... SUASANA STESEN MINYAK KETIKA DIUMUMKAN HARGA BAHARU RON97, RON95 DAN DIESEL.


Amat jauh berbeza pemandangan dan suasana disemua stesen minyak dulu dengan kini apabila kerajaan mengumumkan harga baharu petrol dan diesel.

Dulu sebaik sahaja rakyat mendapat tahu harga baharu minyak dipam terutamanya RON95, maka kesemua stesen minyak diseluruh negara termasuk dikawasan Felda dari apa jua jenama akan penuh sesak dengan kenderaan yang berlumba-lumba nak isi minyak dengan harga lama yang kadang kala berbeza sehingga 30 sen seliter.

Kini sudah terbalik ... bila di umukan harga baru minyak, rakyat akan meminggirkan semua stesen minyak melainkan jika dah terpaksa sebab akan mulai isi keesokan harinya kerana harga lebih murah ada masanya sehingga lebih 20 sen seliter.

Apakah trend ini akan berlanjutan atau akan kembali kepada suasana dan permandangan dulu???????

RON97 RM2.00, RON95 DAN DIESEL RM1.70 SELITER MULAI 1HB FEBRUARI 2015.



Harga runcit petrol RON95 diturunkan 21 sen kepada RM1.70 seliter. .. manakala RON97 (11 sen kepada RM2) dan diesel (23 sen kepada RM1.70) mulai tengah malam ini.


Harga bahan api itu ditetapkan mengikut sistem pengapungan terkawal sejak Disember tahun lalu.

Sistem apungan itu diperkenal selepas kerajaan memansuhkan sistem subsidi bagi menghadapi trend kejatuhan harga minyak mentah.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menulis tweet mengatakan: "Minyak turun lagi mulai 1 Februari. RON95 seliter RM1.70, diesel RM1.70 dan RON97 RM2. Wang lebih untuk belanja lain/tambah pelaburan!"

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan berkata, Putrajaya pada 21 November lalu memutuskan penetapan harga runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember.

"Harga baru bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang," katanya malam ini.

Beliau berkata, kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang bagi menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diingatkan mematuhi penetapan harga baru ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baru yang ditetapkan kerajaan ini," kata Hasan
Malek.

HI-TEA DAN DIALOG PASMA DI SHAH ALAM MENDAPAT SAMBUTAN AMAT HEBAT .. MELEBEHI JANGKAAN??????


Program:  Hi-Tea dan dialog PasMa.

Tarikh dan Waktu:-  31hb Januari 2015 bersamaan hari Sabtu dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.

Lokasi:- Restoran Sup Utara Power, Jalan Pinang 16/B, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

Para penceramah dan tetamu VVIP:-  1) Presiden PasMa YB Datuk Phahrolrazi Zawawi  2) Ahli Parlimen PKR Kuala Langat YB Abdullah Sani  3) ADUN Morib yang keahlian sebagai ahli PAS di gantung, YB Hasnol Baharuddin dan 4) Bekas Ahli Exco Kerajaan Selangor yang kalah bertanding sebagai ahli CEC DAP dan tidak dipilih untuk pertahankan kerusi DUN Pandamaran, Ronnie Liu Tian Khiew.

Kehadiran dan sambutan:-   Sendiri tengok dengan mata kepala sendiri, fikir dan nilai tanpa ada perasaan prejudis dan memihak tetapi berpaksi kepada realiti dan kebenaran.

Lagi para penyokong dan dalang PasMa mau mendabik dada sembang kencang kata mendapat sambutan yang cukup hebat???????

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... GUAN ENG TERUS TAMATKAN SIDANG AKHBAR APABILA DITANYA MENGENAI DEBAT DENGAN SETIAUSAHA AGUNG PAS.



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran PAS agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang di Butterworth.

Pemberita beberapa kali meminta Lim memberi responsnya terhadap cabaran Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Lim mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?'

Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Lim menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan 'terima kasih'. Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mustafa dilaporkan mencabar Lim berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin PAS itu menyelar Lim kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian.

Sebelum itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Pada khamis, Setiausaha Penganjur DAP Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan yang mempersoal sama ada Mustafa cuba membakar jambatan yang menghubungkan PAS dan DAP apabila beliau mencabar Lim untuk berdebat.

Beliau berkata cabaran Mustafa itu sama seperti melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap Umno yang menjadi musuh politik PAS.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.

SELEPAS MENJUARAI DENGGI TERTINGGI KINI SELANGOR GENGGAM PIALA BANKRAP TERTINGGI PULA.



Selangor merekodkan kes bankrap tertinggi dengan 6,668 kes daripada jumlah 22,305 kes yang direkodkan di seluruh negara, sepanjang tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri (gambar, kanan).

Beliau berkata Kuala Lumpur pula mencatat 3,279 kes diikuti Johor Baharu (2,699 kes), Pulau Pinang (1,579 kes) dan Kedah (1,076 kes).

Berdasarkan data yang dimiliki Jabatan Insolvensi, jumlah kes kebankrapan yang direkodkan sejak 1924 hingga tahun lepas adalah 265,564 kes dengan lebih separuh iaitu sebanyak 144,474 kes direkod sepanjang tahun 2007 hingga 2014, katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Nancy berkata peningkatan kes bankrap dilihat ketara sejak 2007 dengan 13,238 kes direkodkan dan didaftarkan, meningkat kepada 13,855 kes (2008), 16,228 kes (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 kes (2012) dan 21,987 kes (2013).

Antara punca bankrap ialah kes sewa beli kenderaan yang meningkat dengan ketara sejak 2007 hingga tahun lepas dengan mencatat 39,082 kes, katanya.

Ini diikuti pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi yang masing-masing mencatatkan 25,616 kes dan 24,041 kes untuk tempoh lapan tahun tersebut.

Nancy berkata pekerja sektor swasta merupakan golongan terbanyak yang menghadapi kes kebankrapan dengan sebanyak 47,403 kes direkodkan sepanjang 2007 hingga 2014 diikuti peniaga (17,024 kes), pekerja sendiri (9,837 kes), professional (5,295) dan sektor awam (3,959 kes), katanya.


PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI BANKRAP YANG TERTINGGI RAKYAT SELANGOR APA YANG MAU LAGI ... HIDUP AZMIN ALI!!!!

HARGA BAHARU MINYAK AKAN DIKETAHUI MULAI JAM 8 MALAM INI.



Orang ramai akan mendapat keuntungan melalui harga baharu minyak yang bakal diumumkan.

Itu bayangan yang diberikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berhubung penetapan harga baharu petrol dan diesel mulai esok.

Pengumuman penetapan harga baharu minyak untuk bulan Februari akan dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada jam 8 malam ini, kata Ahmad Maslan.

Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Penulisan Media Sosial Siri Pertama anjuran Penerangan Puteri UMNO di sebuah hotel di sini.

Dalam ucapannya, beliau berkata pemimpin UMNO perlu menggunakan pengaruh media sosial supaya orang ramai tahu apa yang mereka lakukan.

Ahmad Maslan berkata penggunaan media sosial ini adalah penting kerana zaman media tradisional sebagai arus perdana semakin tiba ke penghujungnya.

“Media sosial akan menjadi arus perdana. Pemimpin UMNO mesti celik media sosial supaya tidak ketinggalan dan menggunakan media ini untuk mendekati pengundi,” kata Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan dalam pada itu turut mengulas mengenai dakwaan kegiatan individu tertentu yang mensabotaj ekonomi negara dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui urusan mata wang negara bagi menaja dan menjalankan operasi media baharu untuk melancarkan fitnah terhadap kerajaan.

“Pihak (spekulator mata wang) yang melakukan perkara seperti mahu meniru apa yang dilakukan George Soros semasa kegawatan ekonomi 1998.

“Saya mengharapkan penyiasat segera daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Bank Negara mengenai perkara ini," tambah Ahmad Maslan.

Beliau juga berkata GST yang akan berkuatkuasa April nanti akan menurunkan sebahagian harga barang. Jika ada individu meningkatkan harga barang apabila ia sepatutnya diturunkan akan disiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

CERAMAH ANWAR DI SABAH SUDAH TIDAK SEPERTI DULU ... KURANG MENDAPAT SAMBUTAN?????


Kesemua gambar ini ini di cilok dari dinding laman sosial Facebook Presiden Parti KeADILan Rakyat sendiri YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Gambar-gambar DSAI selaku Ketua Umum KeADILan mengadakan ceramah di Kota Kinabalu, Sabah.

Kita tidak perlu menyorokkan kebenaran, menafikan hakikat dan menidakkan kenyataan betapa ceramah DSAI sejak kebelakangan ini sudah mula kelihatan tidak mendapat sambutan dan kelihatan suram jika dibandingkan ketika negara berdepan dengan PRU 13 lalu.

Dulu kalau di Sabah setiap ceramah DSAI diadakan ditempat yang luas dengan kehadiran ribuan warga tempatan kini seolah-olah cermah perdana sudah menjadi ceramah kelompok .. Inilah apa yang dapat dinilai dan di analisis tentang perkembangan terhadap sambutan rakyat terhadap ceramah-cermah DSAI pasca Langkah Kajang.

Apakah DSAI sudah mulai hilang seri auranya??? Merudum tarikkan karismanya???? atau sokongan kepada beliau sudah mulai mengucup dan menjunam????

Pihak pimpinan KeADILan perlu berlaku jujur untuk menerima hakikat yang pahit dan pedih ini .. jika keadaan begini berterusan maka wajarkan rakyat terus dimomokkan bahawa Putrajaya dalam genggaman pada PRU 14 nanti????

Ketika kemelut MB Selangor sudah sampai kekemuncaknya para penganalisis politik tanah air sudah pun memberikan amaran betapa kedudukan Pakatan Rakyat sudah tidak seperti dulu .. misi dan visi tawan Putrajaya sudah menjadi ilusi dan mimpi ... ini ditambah burukkan lagi apabila sudah ada semacam suatu langkah bagi mendera dan balas dendam kepada para anggota parti yang tidak memberikan sokongan kepada Azmin Ali selaku Timbalan Presiden.

Omak Kau pernah menyuarakan agar kepimpinan parti peringkat tertinggi harus lakukan sesuatu bagi merapatkan saf yang cukup kuat merekah parah .. Nampaknya, mungkin Omak Kau silap, kepimpinan KeADILan yang sedia ada seolah-olah beranggapan sudah memadai untuk menawan hati, minda dan jiwa rakyat atas landasan kebencian rakyat kepada UMNO sahaja.

Bukan sahaja kekuatan KeADILan sudah tidak seperti dulu, kesepakatan dalam Pakatan Rakyat pula semakin bercelaru dan berkecamuk dengan PAS dan DAP secara terbuka menyerang sesama mereka dengan kelahiran dan kewujudan PasMa pula sebagai penyumbang kearah kehancuran Pakatan Rakyat lebih pantas.

Boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dengan apa yang Omak Kau tulis ini .. hakikat yang tidak mampu dikambus lagi ialah sokongan rakyat kini kepada Pakatan Rakyat pasca Langkah Kajang sudah tidak seperti dulu ... jika masih menyimpan hasrat dan niat untuk tawan Putrajaya, nasihat Omak Kau lebih baik pendamkan sahaja jika kemelut kini tidak diselesaikan.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.


Friday, 30 January 2015

SETIAUSAHA AGUNG DAP, LIM GUAN ENG TIDAK LAYAK DUDUK DALAM MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT KATA SETIAUSAHA AGUNG PAS.



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak layak duduk dalam Majlis Pimpinan PR jika beliau juga dituduh berbohong berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan jika perkara itu berterusan, sudah tentu integritinya juga tercabar dan boleh dipertikai.

"Kalau isu ini tidak diselesaikan, dalam keadaan intergritinya tercabar sebagaimana saya dituduh tidak jujur, saya tidak layak duduk dalam pimpinan tertinggi PR.

"Begitu juga Guan Eng dalam dia dituduh berbohong, maka dia tidak layak duduk dalam majlis pimpinan tertinggi PR," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke semalam yang menggesa Mustafa memastikan pimpinan tertinggi Pas termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadiri mesyuarat Majlis PR untuk membincangkan isu tersebut daripada debat terbuka.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata lagi, Loke tidak perlu mengalihkan isu sebenar dan membabitkan pihak lain dalam isu itu.

"Kepada Loke, dia tidak payah berbelit. Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini.

"Oleh itu, carilah masa yang sesuai dengan ada penyaksian. Saya akan buktikan dia berbohong," ujarnya sambil menyifatkan Loke sebagai tidak faham isu sebenar.

Dalam perkembangan sama, Mustafa juga memuji ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang memahami cabaran beliau.

"Beliau faham isu ini adalah antara saya dengan Guan Eng dan tidak ada kena mengena dengan orang lain sama ada Pas atau DAP malah beliau cadangkan pertemuan diadakan untuk menyelesaikannya," katanya lagi.

KEADAAN BANJIR KILAT DI MIRI, SARAWAK YANG SHAHIDAN KASSIM SAMPAI SEKARANG MATI KUTU MEMBISU.




Kalau banjir besar melanda Kelantan baru-baru bukan main laju kencang dan garang menteri kitar semula Shahidan Kassim menyerang garang dengan pertuduhan yang banjir itu disebabkan pembalakan haram yang tidak terkawal.

Ini keadaan banjir di Sarawak sudah hampir masuk 1 minggu mengapa sepatah haram tidak terpacul dari mulut menteri kitar semula DiJabatan Perdana Menteri ini.

Nak katakan tidak berada dalam negeri mustahil sebab baru-baru ini ada berkokok cakap nak jadi orang tengah perbalahan antara Najib/Mahathir.

Agaknya kalau Sarawak dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat si Shahidan Kassim ini akan menyalak terpekik terlolong tak??????


Inilah bahananya kalau lantik menteri sekadar memiliki kebolehan kaki ampu bodek jenis cakap merapu.


Miri: Hujan lebat selama lebih satu jam menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini, dilanda banjir kilat selain berlaku kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama, hari ini.

Lebih teruk apabila hujan yang bermula pada 3.30 petang menyebabkan beberapa kenderaan terperangkap dan dimasuki air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan terjejas antaranya di Tanjong Lobang, Lopeng serta beberapa kawasan di sekitar pusat bandar dinaiki air.

"Jabatan Meteorologi Malaysia memang ada mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa bahagian di negeri ini termasuk di Bahagian Miri.

"Namun, hujan lebat kurang dua jam itu menyebabkan beberapa penempatan penduduk serta jalan raya utama dinaiki air," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

BEKAS SETIAUSAHA POLITIK IDRIS JUSOH DI JATUHKAN HUKUMAN PENJARA TIGA BULAN OLEH MAHKAMAH RAYUAN ATAS PERTUDUHAN HANTAR SMS UGUTAN DAN FITNAH KEPADA TIGAS BEKAS ADUN TERENGGANU.



Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 41, dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan selepas didapati bersalah atas pertuduhan menghantar SMS ugutan kepada tiga bekas wakil rakyat Barisan Nasional dan SMS fitnah kepada bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar Terengganu, pada 2009.

Keputusan Mahkamah Rayuan menerusi panel tiga hakim  yang dipengerusikan oleh Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menjatuhi hukuman tersebut atas empat pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak terhadap Dr Ahmad Ramzi.

Keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki turut menolak permohonan peguam Hisham Teh Poh Teik Abdullah yang mewakili Dr Ahmad Ramzi untuk menangguhkan hukuman.

Mahkamah memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan.

Hakim Mahkamah Sesyen dalam keputusannya sudah menimbang semua bukti dan keterangan sebelum membuat keputusan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Ahmad Ramzi didakwa mengugut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Mohd Ariffin Abdullah, bekas ADUN Permaisuri Abd Halim Jusoh dan bekas ADUN Ajil Datuk Rosol Wahid di Kampung Kubang Parit, di sini, antara 11.21 malam hingga 11.25 malam pada 13 April 2009.

Tertuduh juga didakwa memfitnah bekas SUSK Menteri Besar Terengganu Datuk Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS ugutan berkenaan melalui nombor telefon bimbit milik Wan Ahamad.

WAJAH TERKINI BEKAS PENGACARA TV3 DAN TV9, AZIZ DESA, YANG TERLANTAR DI HOSPITAL AKIBAT MASALAH BUAH PINGGANG KRONIK DAN KENCING MANIS.


Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3/TV9, Aziz Desa kini terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.


LANGKAWI: Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa kini terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.

Aziz atau nama sebenar Abdul Azid, 50, dimasukkan ke hospital berkenaan kali kedua sejak dua hari lalu selepas pengsan di rumah adiknya di Kampung Bayas, di sini.

Ketika ditemui, Aziz berkata, doktor mengesahkan masalah buah pinggangnya pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani proses heamodialisis dalam tempoh terdekat.

Walaupun ketika aktif dan cergas bertugas di Berita Harian terutamnya TV3 cukup ganas menyerang para pemimpin dari Pakatan Rakyat terutamanya TGNA dan TGHA namun atas sifat kemanusiaan mohon doakan dirinya cepat sembuh seperti sediakala.

GAMBAR NAIB PRESIDEN MIC DENGAN PISTOL TERSELIT DI PINGGANG SELUARNYA KETIKA DI HALANG 20 GENGSTER MEMASUKI BANGUNAN MIC TERSEBAR LUAS DI LAMAN SOSIAL..



Satu gambar menunjukkan seorang timbalan menteri Datuk M Saravanan dengan satu senjata api terselit di pinggang seluarnya menjadi perhatian meluas di Facebook hari ini.

Gambar berkenaan dirakam di luar ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu, yang menjadi tempat sidang media Saravanan.

Sidang media itu berlangsung dalam suasana yang dilaporkan tegang.

Sebelum sidang media itu, seramai kira-kira 20 orang individu yang didakwa diupah oleh pihak lawan Saravanan cuba menyekat beliau daripada memasuki bangunan berkenaan, yang menimbulkan kekecohan.

Gambar itu juga menunjukkan bahagian pemegang pistol yang diperbesarkan.

Saravanan berkata beliau memiliki lesen untuk pistol jenis Glock itu dan tidak pernah mengacukannya kepada sesiapa.

"Saya membawa senjata api berlesen sejak 15 tahun lalu atas sebab keselamatan. Tiada apa masalah. Saya perbaharui lesen setiap tahun.

"Senjata itu biasanya disimpan di dalam kereta saya.

"Tetapi pada hari itu, ia berada dalam sarung dan saya percaya dalam kekecohan itu kot saya bergerak sedikit yang mendedahkan hulu pistol tersebut.

“Saya tidak mengacukannya kepada sesiapa,” katanya.

Difahamkan pihak polis akan berbincang dengan timbalan menteri itu berhubung cara beliau membawa senjata api tersebut.

Menurut polis, senjata api tersebut perlu dibawa dengan amat berhati-hati untuk mengelakkan keadaan berbahaya seperti diragut dalam pergelutan atau sebagainya.

TUDUH KEHILANGAN MH370 SUATU KONSPIRASI PENGGUNA TWITTER DISIASAT



Akibat menulis tweet mengatakan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 merupakan satu 'konspirasi' dan bukannya kemalangan, seorang pengguna Twitter kini di dalam siasatan pihak polis selepas postingnya dipetik ketua polis yang mengarahkan siasatan dijalankan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam tweetnya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pengguna yang dikenali sebagai 'Fazel' di akaun Twitternya @ollie_mollie.

Khalid, yang menulis tweet di @KBAB51, memuatnaik 'screenshot' tweet Fazel dan memberi arahan: "PCIRC @PDRMsia Sila kesan dan siasat 'Fazel' di bawah ini"

PCIRC ialah singkatan bagi Police Cyber Investigation Response Centre atau Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis.

Dalam 'screenshot' itu, Fazel dilihat menulis tweet membalas mesej Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas MH370.

Fazel mengatakan, "@NajibRazak jib jib..it's not an accident, it's a conspiracy (ia bukan satu kemalangan, ia satu konspirasi)".

Bagaimanapun, akaun Twitter @ollie_mollie itu kini dipadamkan selepas beberapa pengguna Twitter lain mencabarnya memberi bukti wujudnya konspirasi dalam kes MH370 itu.

Pihak polis di akaun @PDRMsia kemudiannya bertindak balas kepada arahan Khalid dengan menjawab: "Tan Sri @KBAB51, tindakan sedang diambil oleh pihak PCIRC".

EDISI DAH KANTOI DAN DIHEBOHKAN DI MEDIA ARUS PERDANA BARU PIHAK YANG BERWAJIB NAK TURUN PADANG DATANG JENGUK!!!!


Setelah kena maki, ugut dan dedah oleh media arus perdana barulah nak turun padang .. kalau tidak tu buat pekak telinga butakan mata dan selubung hati dan jiwa buat tidak ambil kisah.

Inilah apa yang terjadi pada satu keluarga kisahnya di gegak gempitakan di akhbar arus media perdana mengenai 'HARI-HARI KAMI MAKAN SARDIN"

Sebab itu jangan nak berbicara berjiwa rakyat, perihatin rakyat, peduli rakyat dsb kalau perkara seasas dan semudah ini pun nak kena maki hamun dan diugut serta didedahkan di media arus perdana dan di riuh rendahkan di laman sosial baru nak bertindak dan tunjuk muka jenguk.

Rakyat dah naik muntah dan meluat mendengar laungan dan slogan apabila cakap tidak serupa bikin dan bikin jauh dari serupa cakap.

KINI GILIRAN PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG PAS KATA LIM GUAN ENG MENIPU DALAM ISU HUDUD.



Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan mendakwa Lim Guan Eng berbohong ekoran kenyataan pemimpin DAP itu isu hudud tidak pernah dibincang, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, Guan Eng berbohong mengatakan kedua-dua parti tersebut tidak pernah berbincang mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, padahal mereka pernah membincangkannya pada 2012.

"Pada 2012, iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, ada perbincangan mengenainya (hudud) yang bertempat di pejabat DAP di Kuala Lumpur.

"Ia dihadiri semua pemimpin tertinggi DAP termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan dari kerajaan PAS, diwakili saya, Datuk Mohd Amar Abdullah (Timbalan Menteri Besar Kelantan), Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan) dan (Setiausaha Agung PAS) Datuk Mustafa Ali sendiri.

“Tuduhan Guan Eng yang PAS tidak pernah bincang dengan DAP mengenai hudud tidak betul. Sebagai ahli Parlimen, saya juga pernah beri penerangan mengenai undang-undang ini kepada ahli Parlimen DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan ketua menteri Pulau Pinang itu yang sejak akhir-akhir ini terus menerus menyerang PAS, termasuk dalam isu pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Sementara itu, Takiyudin menyokong kenyataan Mustafa baru-baru ini yang menyifatkan Guan Eng bermulut celupar.

"Kenyataan itu adil apabila setiausaha agung DAP itu terus menyerang PAS. Itulah reaksi sewajarnya," katanya dipetik akhbar milik Umno itu.

Dalam masa sama, Takiyudin berkata PAS tetap akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun ditentang hebat DAP.

"Mereka tidak setuju, mereka perlu hormati PAS. Enakmen ini sudah ada sejak tahun 1993 lagi, sebelum wujudnya pakatan pembangkang pada tahun 2008," katanya.

OLD TOWN WHITE COFFEE KOPITIAM JUAL TOUFU PORK??????


Gambar resit Old Town White Coffee Kopitiam tertera tulis  "toufu pork" sudah agak lama juga berlegar di laman sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram.

Dilontarkan soalan bukankah Old Town White Coffee Kopitiam sudah mendapat sijil halal dari Jakim mengapa ada jual pork (babi)?????

Mohon pihak terbabit memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran .. enggan menuduh yang bukan-bukan yang boleh ditakrifkan sebagai fitnah.

DAP PARTI YANG CUKUP TERKENAL PANTANG DICABAR AJAK BERDEBAT ENGGAN PULA BERDEBAT BILA DI CABAR PAS.



GEORGETOWN - DAP secara tidak langsung menolak cabaran pemimpin Pas untuk berdebat dengan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mencabar Guan Eng untuk berdebat melanggar protokol parti bersekutu dalam PR.

"Beliau (Mustafa) sendiri mengetahui jawatan Setiausaha Agung DAP adalah jawatan tertinggi dalam DAP manakala jawatan Setiausaha Agung Pas pula adalah lantikan Presiden Pas dan kedua-dua jawatan tersebut tidak setaraf dalam struktur pimpinan PR walaupun namanya sama," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media, semalam.

AKHIRNYA JABATAN IMIGRESEN AKUR DESAKAN RAKYAT .... GANTUNG MODUL BAHARU BIOMETRIK, VISA PEKERJA ASING BESTINET.



Jabatan Imigresen menggantung sistem pemprosesan visa dan pemeriksaan kesihatan biometrik pekerja asing, yang mencetuskan kontroversi kerana pengarah syarikat yang diberi kontrak tersebut rapat dengan Putrajaya.

Penggantungan itu dua minggu selepas Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) dan pemeriksaan kesihatan biometrik itu berkuat kuasa, tetapi dikritik oleh agensi pekerja asing yang mengancam berhenti menghantar pekerja ke Malaysia.

Para operator mengadu mengenai kenaikan yuran secara mendadak di bawah FWCMS, daripada RM15 kepada RM250, yang diberi Putrajaya kepada Bestinet Sdn Bhd.

Dalam satu pekeliling bertarikh 26 Januari, Jabatan Imigresen berkata penggantungan berkuat kuasa serta-merta dan visa permohonan pekerja asing akan dilakukan di kaunter seperti amalan sebelumnya.

"BioMedical dan eVDR (FWCMS) yang berkuat kuasa pada 15 Januari 2015 akan digantung berkuat kuasa serta merta," menurut kenyataan itu, merujuk dua modul utama di bawah FWCMS - bio-perubatan dan permohonan secara elektronik bagi Visa Dengan Rujukan (eVDR).

"Sehubungan itu, permohonan visa dengan rujukan di kaunter imigresen kini berjalan seperti biasa."

Pekeliling itu ditandatangani Pengarah Jabatan Pekerja Asing Farah Adura Hamidi, yang mengesahkan arahan tersebut.

Beliau memberitahu, arahan menggantung penggunaan kedua-dua sistem itu datang daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi enggan mengulas lanjut.

"Jabatan Imigresen merupakan pelaksana, manakala yang membuat polisi ini ialah kerajaan. Jadi, kami menerima arahan ini daripada mereka (KDN) dan kami hanya bertindak ke atasnya," kata beliau.

FWCMS adalah laman web dikendalikan Bestinet yang juga akan mengendalikan antara lain, permohonan kuota pekerja asing, Pas Lawatan Kerja Sementara Elektronik (ePLKS) dan insurans mereka.

Semua pusat pemeriksaan kesihatan di negara asal pekerja juga terpaksa menggunakan sistem Bestinet itu.

Kontrak FWCMS dan pemeriksaan biometrik diberi kepada Bestinet, firma IT yang pengarahnya termasuk bekas menteri dalam negeri, Tan Sri Azmi Khalid dan bekas pengarah Jabatan Buruh, Datuk Tengku Omar Tengku Bot.

Pengkritik, termasuk kerajaan asing, mempersoalkan sistem biometrik itu, membangkitkan masalah kos tambahan dan isu keselamatan terhadap maklumat pekerja.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung menimbulkan kebimbangan terhadap monopoli sistem itu, dan berkata maklumat yang disimpan berkaitan kawalan sempadan dan imigresen adalah sensitif dan boleh mengancam keselamatan serta kedaulatan negara.

Mereka juga memberi kata putus kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jawapan bagaimana kontrak itu diserahkan kepada Bestinet.

"Bestinet bukan sahaja akan mendapat keuntungan besar melalui monopoli eVDR dan sistem biometrik, syarikat itu juga akan menyebabkan peningkatan kos untuk mengambil pekerja asing.

"Apabila kenaikan kos tidak dipantau, ia akan mendedahkan pekerja asing kepada risiko eksploitasi dan pemerdagangan manusia," kata Johari dan Lee.

Nepal dan Indonesia, yang menghantar beratus-ratus pekerja asing ke Malaysia setiap hari melahirkan kebimbangan para pekerja perlu membayar kos tambahan dan masih belum memberi keputusan muktamad mereka terhadap sistem itu.

Syarikat pengambilan pekerja di Nepal mengisytiharkan akan menghentikan penghantaran pekerja baharu ke Malaysia sehingga kerajaan Nepal membuat keputusan muktamad.

Agensi pekerjaan Indonesia dilaporkan sebagai berkata yuran terlalu tinggi adalah beban besar kepada rakyat mereka mencari pekerjaan atau belajar di Malaysia, dan juga mengancam berhenti menghantar pekerja ke Malaysia.

Mereka berkata Malaysia sepatutnya membincangkan perkara itu dengan kerajaan Indonesia sebelum pelaksanaan sistem baharu, sambil menambah ia satu bentuk eksploitasi terhadap rakyat mereka.

Rakyat Indonesia dan Nepal merupakan sebahagian besar daripada pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor seperti pembantu rumah, pembuatan, pembinaan, perladangan dan lain-lain.

Sistem biometrik diperkenalkan bagi mengelakkan laporan perubatan palsu dan menurut Jabatan Imigresen, ia akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pekerja dari Nepal dan Bangladesh.

Pada Rabu, Bestinet menafikan syarikat itu bertanggungjawab bagi kenaikan terlalu tinggi kadar bayaran pemprosesan visa pekerja Indonesia.

Bernama melaporkan semalam, Parlimen Nepal meminta kerajaannya tidak melaksanakan pemeriksaan kesihatan biometrik Malaysia itu susulan keputusan sebulat suara jawatankuasa Parlimen mengenai hubungan antarabangsa dan tenaga kerjanya yang menentang sistem itu.

Jawatankuasa tersebut menggesa kerajaan Nepal tidak menguatkuasakan sistem itu terhadap pekerja negara itu yang ingin bekerja di Malaysia tanpa terlebih dahulu mengkaji kesannya.

"Sistem itu kelihatan tidak patut dan wajar dilaksanakan ketika ini berikutan tiadanya kemudahan seperti itu di Nepal. Ini akan menyebabkan meningkatnya beban kewangan ke atas pekerja kita," kata ahli Parlimen Nepal, Prabhu Saha yang mengetuai jawatankuasa itu.

Zahid juga dilaporkan Bernama berkata, beliau akan meminta Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim mengeluarkan kenyataan penuh berkenaan FWCMS kerana ia melibatkan soal pengoperasian.

Thursday, 29 January 2015

BEKAS PENGARAH VETERINAR NEGERI SEMBILAN DIJATUHI HUKUMAN PENJARA DUA TAHUN OLEH MAHKAMAH RAYUAN ATAS PERTUDUHAN MENGGUNAKAN DOKUMEN PALSU SEBAGAI TULEN.



PUTRAJAYA
- Bekas Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Datuk Dr Noor Soeraya Norsham dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.

Panel tiga hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Raus Md Sharif menolak rayuan akhir beliau terhadap sabitan kesalahan bagaimanapun membenarkan rayuan supaya tempoh hukuman penjara dikurangkan daripada empat tahun kepada dua tahun.

Dalam keputusannya, Raus berkata, Dr Noor Soeraya, 42, mengetahui bahawa dokuman yang digunakannya bukan dokumen tulen.

"Kami bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi bahawa terdapat keterangan yang jelas bahawa beliau tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dokumen berkenaan bukan tulen, bagaimanapun beliau menggunakannya bagi kepentingan kewangannya," katanya.

Raus, yang bersidang bersama Hakim-Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk Zakaria Sam menjatuhi hukuman penjara dua tahun bagi setiap satu daripada empat kesalahan yang disabitkan terhadap Dr Noor Soeraya namun memerintahkan supaya kesemua hukuman itu berjalan serentak.

Mahkamah turut mengekalkan denda RM10,000 yang dikenakan Mahkamah Tinggi terhadap Dr Noor Soeraya bagi setiap pertuduhan.

Pada 21 Februari tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengetepikan pembebasan Dr Noor Soeraya dan mendapatinya bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan dan satu pertuduhan utama mengemukakan surat kenaikan pangkat dan pengesahan gred jawatan beliau yang dipalsukan untuk memperoleh secara salah penyelarasan gaji serta elaun.

Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjaran empat tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan Veterinar Negeri Sembilan di Jalan Pantai, Seremban dan di bahagian pentadbiran veterinar di Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu, Seremban antara 16 Mac 2009 dan 24 Julai 2011.

Dr Noor Soeraya pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Seremban pada akhir kes pembelaan bagaimanapun berikutan rayuan pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan meminda keputusan Sahkamah Sesyen dan  mensabitkan seterusnya menjatuhi hukuman penjara terhadap beliau.

Dr Noor Soeraya diwakili peguam Faiz Fadzil manakala Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Afifah Yusof mewakili pendakwaan.

Mengikut pertuduhan utama, tertuduh didapati menyerahkan dokumen palsu kepada pembantu tadbir jabatan terbabit yang mengandungi butir-butir palsu iaitu arahan kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan tertuduh bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun, yang masing-masing pada 16 Mac 2009, 5 Januari 2010 dan 2 Julai 2010.

Bagi pertuduhan pertama, Soeraya didakwa telah memberikan kepada seorang ejen iaitu Pembantu Tadbir Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Siti Norhayati Md Yusof, satu dokumen bertarikh 27 Februari 2009 berhubung Arahan Kenaikan Pangkat dan Pengesahan Jawatan Pegawai Veterinar Gred G48 sedangkan beliau masih memangku Gred G44 dan  membolehkan tertuduh memperoleh RM39,536.90 secara salah pada 16 Mac 2009.

Pertuduhan kedua pula, pada 5 Januari 2010, tertuduh didakwa turut memberikan satu dokumen bertarikh 28 Disember 2009 kepada individu sama berhubung Arahan Memangku Jawatan Pegawai Veterinar Gred G52-Khas Untuk Penyandang (KUP) di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tujuan menyelaraskan gaji dan elaun, yang mana tertuduh mempunyai kepentingan serta mengandungi butiran palsu sedangkan beliau tidak dinaikkan pangkat dan menyebabkan tertuduh memperoleh secara salah RM5,013.82.

Mengikut pertuduhan ketiga, Soeraya didakwa melakukan perbuatan sama menggunakan satu dokumen bertarikh 1 Julai 2010 berhubung Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke G52 dan memperoleh RM5,764.86 secara salah pada 2 Julai 2010.

Ketiga-tiga perbuatan itu dilakukan di lokasi sama iaitu di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Jalan Pantai di sini.

Berikutan itu, bagi kesemua pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda suapan atau RM10,000, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh turut didakwa menggunakan dokumen palsu berhubung keputusan pemangkuan Pegawai Veterinar Gred G52 ke G54 bagi tujuan menipu pembantu tadbir di jabatan berkenaan pada 12 April 2011.

Untuk kesalahan itu, beliau didakwa di bawah Seksyen 471 kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya skali.

Manakala, tiga lagi pertuduhan pilihan yang ditawarkan pihak pendakwaan mendakwa tertuduh telah menggunakan dokumen palsu yang mengandungi butir - butir palsu iaitu arahan kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan bagi tujuan menipu Pembantu Tadbir jabatan berkenaan, yang masing-masing pada 16 Mac 2009, 5 Januari 2010 dan 2 Julai 2010.

Bagi kesalahan tersebut, beliau didakwa di bawah Seksyen 471 kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun yang sama.

EDISI PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DI PEDULI ... BANJIR KILAT MELANDA SEKSYEN 13, SHAH ALAM, SELANGOR.



Hujan turun agak lebat selama 2 jam berterusan terus kawasan Seksyen 13, Shah Alam, Selangor dilanda banjir kilat. .. kejadian yang amat jarang berlaku sebelum ini.

Punca???? .. Longkang habis semua kena bersihkan dan diperbesarkan ketika buat terjahan ... sampah tidak berkutip menyebabkan longkang tersumbat mustahil sebab YAB Hj Azmin Ali abang Ummi Hafilda Ali dan Azwan Ali telah mengeluarkan arahan mulai hujung tahun 2014 tiada lagi rungutan dan aduan sampah tidak berkutip.

Jadi apakah puncanya ??????

Apa-apa pun tahniah kepada Azmin Ali atas gerak kerja 80% dilapangan hanya 20% dipejabat berhawa dingin.

HIDUP AZMIN ALI!!!!! .. AZMIN ALI MB TERBAIK DALAM SEJARAH SELANGOR!!!! .. WE LOVE AZMIN ALI!!!! ... CAYALAH AZMIN ALI!!!!

KEMATIAN ALTANTUYA ADALAH KES PEMBUNUHAN BIASA TETAPI ADA PIHAK CUBA MAU KAITKANNYA DENGAN NAJIB DEDAH RAZAK BAGINDA.



Sembilan tahun berlalu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda masih tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya Shaariibuu, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.

Razak dibebaskan daripada bersubahat dengan pembunuhan itu pada tahun 2006 tetapi dua komando polis didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan terakhir bulan ini.

"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," Razak memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya terhadap motif pembunuhan itu.

Mereka ialah Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, bekas kakitangan Unit Tindakan Khas (UTK).

Namun, motif pembunuhan itu tidak dapat dipastikan. Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun, memutuskan keterangan mengikut keadaan sudah cukup untuk menghukum kedua-duanya ke tali gantung.

Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia memohon agar dia diekstradisikan.

Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, Razak berkata spekulasi mengenai kes itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.

"Keadaan ini sudah menjadi agak tidak masuk akal dari segi spekulasi. Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini tetapi kini, lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang.

"Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul melarikan diri dan pergi ke Australia," kata Razak, sambil menambah beliau bersedia untuk bercakap sekarang kerana dari sudut undang-undang, kes jenayah itu sudah berakhir.

Beliau juga menyentuh laporan mengenai luahan hati ibu Sirul Azhar, mengatakan anaknya diperangkap.

"Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya?" katanya.

Razak merujuk laporan anak Sirul Azhar tiba-tiba muncul menulis di laman Facebook, mengatakan dia berada di Australia bersama ayahnya.

Pengguna Facebook yang menggelar dirinya Shuk Sz itu mendakwa sebagai anak Sirul Azhar yang berusia 19 tahun.

Dalam postingnya, Shuk Sz berkata Sirul dipanggil memberi kenyataan tetapi tidak menyebut pihak berkuasa mana yang memanggilnya. Beliau berkata jika kenyataan itu boleh mencemar reputasi Malaysia.

"Kita malah tidak tahu kesahihan akaun Facebook itu, tetapi ia mendapat liputan. Tiada siapa yang terfikir untuk memeriksanya?

"Jika anda hanya menganggap ini sebagai pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, maka ia hanya satu kes pembunuhan semata-mata," katanya.

Razak bertegas dua anggota polis itu bertindak menurut kemahuan mereka sendiri ketika melakukan pembunuhan itu, sambil menambah, "ini yang diputuskan mahkamah".

"Akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pembelaan terbaik turut terlibat, termasuk mendiang Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan."

Beliau mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.

"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.

"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?"

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.

Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Timbalan Superintenden Musa Safri kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.

Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul selepas perbicaraan berterusan selama 159 hari.

Pada 23 Ogos, 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis itu kerana kekurangan bukti.

Malah, Hakim Tengku Maimun Tengku Mat, yang membacakan keputusan berkata, mereka sepatutnya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Hakim memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu.

Tengku Maimun mengingatkan episod buruk dan dahsyat itu bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum Azilah dan Sirul dilibatkan.

Pihak pendakwaan berkata tidak perlu memanggil Musa sebagai saksi kerana beliau hanya seorang sampingan dalam kes itu, dan afidavit Razak yang menyokong permohonan ikat jaminnya mendedahkan peranan pegawai kanan polis itu terhad kepada memperkenalkan beliau (Razak) kepada ketua polis Brickfields.

Malah Sirul, yang memberi kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, berkata Musa tidak terlibat dan tidak memberi sebarang arahan.

Sirul juga merayu hakim agar tidak dikenakan hukuman mati itu.

"Saya kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi orang-orang yang tidak dinamakan," katanya.

Azilah memberi notis alibi kepada pihak pendakwa mengatakan beliau tidak berada di lokasi kejadian jenayah, dan mengemukakan salinan diari stesen menunjukkan beliau berada di Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman pada masa kejadian.

Penghakiman menegaskan Azilah dan Sirul dikesan di hotel di mana Altantuya tinggal dan kedua-dua berada di luar rumah Razak pada malam dia hilang.

Mahkamah juga menerima keterangan maklumat yang membawa kepada penemuan apabila mereka secara sukarela membawa polis ke tempat kejadian yang terpencil itu.

Tambahan pula, Sirul tidak dapat memberi penjelasan berkenaan selipar berlumuran darah yang ditemui di dalam keretanya dan penemuan barang kemas di rumahnya.

Berikut sebahagian petikan wawancara Razak dengan TMI :

TMI: Kenapa anda bersuara sekarang?

Razak: Masalahnya ialah, keadaan sudah menjadi sangat tidak masuk akal. Ya Tuhan, orang pusing dan putar belit cerita. Sekarang tiba-tiba anaknya muncul (anak Sirul Azhar) dan terbaharu yang saya dengar, ibunya kata dia diperangkap. Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya? Lebih kurang spekulasi yang sama, tetapi sekarang lebih berbelit kerana kita sudah hampir sampai ke penghujung proses. Semua spekulasi yang dibuat sudah tentu membuatkan saya lebih marah. Dari sudut undang-undang, kes jenayah kini sudah berakhir dan itulah sebabnya saya bercakap sekarang.

Boleh anda kongsikan pengalaman anda di penjara?

Tiada siapa nak masuk penjara. Saya dengar orang cakap, "Saya tak peduli, saya nak masuk penjara". Jangan cakap macam tu sebab anda tak pernah cuba. Saya sangat kecewa, kerana saya tidak bersalah. Saya terus-terusan menyoal diri, apa saya buat di sini? Satu lagi kekecewaan ialah, kes mahkamah yang berlarutan. Saya benci cuti umum kerana cuti umum bermakna kes itu akan ditangguhkan lagi. Ia satu pengalaman yang dahsyat.

Semasa anda di sana, adakah Azilah dan Sirul dalam kompleks penjara yang sama? Anda nampak mereka?

Sudah tentu mereka (pihak berkuasa penjara) pisahkan kami. Saya tidak pernah melihat mereka. Hanya nampak mereka apabila kami berada di mahkamah. Sebenarnya, saya tidak pernah bertemu mereka sehingga tiga atau empat bulan selepas saya berada di penjara. Hanya bertemu mereka pada hari pertama perbicaraan.

Ini bukan kes pembunuhan biasa.

Ya, kerana ada banyak putar belit. Kalau anda hanya anggap ini sebagai satu pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, ia hanya satu kes bunuh biasa. Akibat keakraban saya dengan Najib, orang-orang yang mahu membunuh Najib (dari segi politik) pada masa itu, melihatnya sebagai peluang keemasan menggunakan keadaan itu terhadapnya. Jika saya tiada sebarang kaitan dengan Najib, walaupun saya seorang penganalisis politik, perkara ini akan reda.

Ada "herd mentality" (sikap menurut) di kalangan rakyat Malaysia. Dari awal lagi, satu gambaran dicipta. Ini sudut pandang yang perlu diambil, dan semua orang turut serta mengambil pandangan yang sama. Saya cabar anda jadi lebih kreatif sedikit dan lihat gambaran yang lebih luas.

Jika anda bercakap mengenai konspirasi polis, tidak mustahil ada konspirasi lain juga berlaku. Kebenaran dalam kes ini ialah satu perkara yang terlalu amat membosankan. Ia hanya kes jenayah bunuh biasa, tetapi masih terdapat mereka yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan. Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan kali terakhir ialah 156 pada 2008, dan angka semakin bertambah. Jadi, siapa yang arahkan semua ini?

Maksud anda, kedua-dua mereka bertindak atas kemahuan mereka sendiri?

Ya, seperti yang diputuskan mahkamah. Kerana, akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pertahanan terbaik turut terlibat, termasuk Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan. Anda boleh kata apa saja tentang sistem kita, tapi ia sangat telus.

Saya sangat kecewa kerana ada begitu banyak penangguhan ketika kes itu. Apa masalahnya jika mereka (Azilah dan Sirul) bertindak sendiri? Lihatlah kes MH370, ada konspirasi? Buktikan. Tiada siapa dapat berikan bukti. Perkara itu boleh terjadi. (Seperti) Segitiga Bermuda.

Ada sesetengah perkara yang tidak dapat dijelaskan. Kenapa tidak dengan kes ini? Mereka bertindak sendiri. Mengapa tak boleh? Mengapa? Kerana rakyat Malaysia disogokkan dengan idea sejak hari pertama yang inilah ceritanya. Inilah cerita yang diputarkan. Semua orang, tanpa berfikir, terus mengambil dan menerima pandangan yang sama dan terus-terusan begitu.

Ada sekali anda menimbulkan kekecohan apabila sesuatu diperkatakan dan isteri anda jua menjerit, "Lihat sini, dia tak mahu jadi PM." Apa cerita di sebalik kejadian itu?

Sangat kelakar. Betul. Kalau anda di penjara, dan anda kata, saya nak selesaikan kes ini, dan kemudian ada orang beritahu anda, kes ini ditangguhkan hingga dua minggu akan datang. Saya marah sangat kerana pada pandangan saya keseluruhan sistem ini sengaja dipanjangkan.

Perbicaraan ini merupakan yang paling disensasikan dalam sejarah Malaysia.  Botak Chin pun tak dapat liputan sebegini. Saya masih simpan semua keratan akhbar. Memang menakjubkan melihat liputan media yang saya terima.

Anda pun tahu... pengarang berita juga terlibat. Kalau saya punya surat khabar sendiri, saya hanya perlu kata, "jangan mainkan cerita ini". Tapi, ada orang cuba siram minyak kat api. Sudah tentu saya kecewa. Saya dalam penjara, fikirlah... Dan semua orang sibuk spekulasi itu dan ini.

Jadi, kekecohan itu hanya kerana perbicaraan kes ditangguhkan?

Ya, sebab, kalau anda tengok tarikhnya, ada dua minggu penangguhan. Anda pun tahu bagaimana keadaannya apabila kes ditangguhkan, anda balik ke penjara, anda tak boleh jumpa keluarga. Ayah saya bisik kepada saya yang kes itu akan ditangguhkan, saya marah sangat.

Ceritakan hubungan anda dengan Bala (penyiasat persendirian P Balasubramaniam).

Hubungan yang menarik. Dua kali saya berhubung dengannya. Pertama, ketika Altantuya datang ke Malaysia buat kali pertama, selepas peras ugut, dia nak jumpa saya. Saya sedar saya perlukan satu bentuk perlindungan. Saya bertanya sekeliling dan ada seseorang mencadangkan Bala.

Arahan dia senang saja - ikut saya, tunggu di bawah, kalau dia (Altantuya) datang, beritahu saya. Dan ketika itu saya hanya mahu mengelak dari berjumpa dengannya. Saya tak mahu berdepan dengannya. Saya tahu apa isunya, dia hendak duit dari saya.

Saya sebenarnya jumpa dia sekali, sebelum saya jumpa Bala.

Ceritanya begini, dia datang. Saya beritahu dia, "Buatlah apa awak nak." Harap anda tak akan kena peras ugut. Kalau anda tengok semua kes peras ugut, sekali anda menyerah diri bila diperas ugut, susahlah. Peras ugut tidak akan berakhir apabila anda kata, "Anda hendak peras ugut saya? Saya tak peduli." Kemudian, habislah.

Apa dia nak buat? Dalam kes saya, saya serah diri pada awalnya, tapi kemudian saya kata, tidak lagi. Masa itulah dia (Altantuya) mula datang. Saya kata saya tak mahu beri duit lagi. Dia jadi sangat marah.

Apa yang dia peras ugut anda?

Ia sesuatu yang peribadi, hubungan itu... Ia sesuatu yang sangat peribadi.

Bagaimana dengan tuduhan komisyen AS$500,000 (dari perjanjian kapal selam)?

Mana datangnya cerita itu? Inilah masalahnya. Orang sekarang ini semuanya malas, wartawan dan semua orang malas. Mereka tak periksa sumber. Tengok dari mana datangnya AS$500,000 itu.

Ia disebut dalam akuan bersumpah pertama Bala.

Ok, sesiapa pun boleh kata begitu. Dari mana datangnya perkara itu? Jujur cakap, AS$500,000 itu perkara baharu bagi saya. Saya tak tahu tentang itu. Dia (Altantuya) peras ugut saya minta AS$5,000, AS$8,000. Sebab itu saya ikutkan.

Tiada yuran untuk khidmatnya sebagai penterjemah?

Yuran penterjemahan apa? Cerita dia sebagai penterjemah itu hanya jenaka. Dia tak boleh pun bertutur bahasa Perancis. Kita semua mangsa satu percaturan politik. Dan kita semua pun peraya. Sejak awal, semuanya satu naratif – pembunuhan, Najib, Razak dan perjanjian kapal selam.

Naratif ini disogokkan kepada rakyat Malaysia sejak hari pertama dan semua orang seperti sekawan kerbau, ikut saja.

Cuba periksa, bolehkah dia bercakap dalam bahasa Perancis? Tiada seorang pun warga Perancis yang terlibat dalam urusan jual beli kapal selam jumpa dia atau kenal dia. Orang Perancis semuanya canggih. Mereka bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Tiada siapa persoalkan. Kenapa perlu ada penterjemah bahasa Perancis yang berbangsa Mongolia?

Cuba fikir. Kalau saya hendak seorang penterjemah, sudah tentu saya ambil seorang berbangsa Perancis, atau warga Britain. Kenapa saya nak ambil seorang warga Mongolia?

Pernahkah dia pergi ke Perancis, tinggal di sana dan belajar bahasa itu? Dan semua orang percaya sahaja yang dia seorang penterjemah bahasa Perancis dan dia dibayar untuk itu. Tiada siapa yang persoalkan perkara itu.

Dalam akuan bersumpah pertama Bala, ada satu lagi tuduhan, iaitu Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada anda.

Itu sebahagian dari naratif itu. Saya sudah katakan beratus kali, saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Najib tak pernah kenal perempuan itu. Najib tidak bersalah. Kalau anda semua rasa ada kaitan antara mereka, mana buktinya? Jangan lupa yang dalam keadaan macam ini, ramai orang ambil kesempatan. Kita dah selalu sangat tengok perkara ini.

Bagaimana anda mengenali Altantuya?

Kalau saya kenal Najib, tak bermakna dia tahu semua tentang saya. Tetapi, kesimpulan dibuat, dia (Najib) tahu semua yang saya buat. Itu satu kesimpulan yang salah.

Saya katakan dalam afidavit saya, dan itulah kebenarannya. Kebenaran itu menyakitkan keluarga saya, dan ada perdebatan di kalangan pasukan guaman saya sama ada saya patut masukkan perkara itu atau tidak. Saya sudah beritahu bagaimana saya jumpa dia. Semuanya ada di sana (dalam afidavit).

Jadi, anda mengatakan isi kandungan akuan bersumpah Bala yang pertama itu mengarut?

Semuanya mengarut. Termasuk juga tuduhan seks luar tabii. Semua mengarut. Semua orang anggap akuan bersumpah itu betul. Tambahan pula, dalam akuan bersumpah itu, Bala kata: “ada orang beritahu saya” atau “saya beritahu dia”. Semua itu cakap-cakap orang sahaja.

Siapa di belakang semua ini?

Drakula, pontianak, serigala jadian, siapa saja lah. Watak kesukaan saya selalunya Drakula.

Tujuan utamanya ialah hendak mengenakan Najib?

Ya, sudah tentu.

Dan anda juga menjadi mangsa?

Tidak, saya tak boleh kata saya mangsa. Ada pembunuhan berlaku, dan disebabkan saya mempunyai kaitan dengan keseluruhan perkara itu, dan ceritanya sangat menarik untuk dilepaskan begitu saja.

Di luar sana ada ramai orang yang mengambil kesempatan. Dan jangan lupa. Najib ketika itu timbalan perdana menteri (TPM), dan di negara kita ini, TPM cuma selangkah sebelum menjadi PM. Semua orang tahu beliau berpotensi menjadi PM.

Adakah anda masih rapat dengan Najib sekarang?

Tidak. Tapi pentingkah perkara itu? Keadaan sudah menjadi sangat tidak masuk akal, kalau saya minum teh dengan Najib, semua orang akan kata "Ya Tuhan..." Jadi, kita kena mara ke hadapan teruskan kehidupan.

Adakah anda rasa rakyat Malaysia akan mara ke hadapan? Hantu Altantuya akan berakhir di sini?

Tidak. Kerana ada ramai pihak berkepentingan di luar sana. Kerana, ini satu percaturan politik. Kita semua mangsa permainan politik ini. Anda tahu ada berapa ramai hantu di luar sana? Orang tidak peduli sebab semua mereka tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Tetapi yang ini, orang peduli, kerana ia bermotifkan politik. Itu saja.

ISU LIM KIT SIANG TUDUH KENYATAAN HJ HADI MENJENGKELKAN ... TIMBALAN KETUA DEWAN ULAMA PAS TEMPELAK LIM KIT SIANG.



PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak sepatutnya membuat andaian berhubung kebimbangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap kesan negatif pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, bantahan yang disuarakan oleh Abdul Hadi tiada kaitan dengan dakwaan kononnya PAS tidak yakin akan menang sekiranya pilihan raya PBT dilaksanakan.

Tegasnya, Penasihat DAP itu perlu memahami kebimbangan sebenar Abdul Hadi tentang natijah buruk yang akan menimpa negara sekiranya hanya satu kaum yang memonopoli kemenangan dalam pilihan raya PBT.

“Saya difahamkan, bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown, Johor Bahru dan Melaka menjadi idaman DAP untuk dimonopoli.

“Perkara inilah yang membimbangkan Presiden PAS kerana dikhuatiri akan mengeruhkan hubungan antara kaum,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Kit Siang baru-baru ini menyifatkan bantahan Presiden PAS bukan sahaja menunjukkan beliau tidak yakin PAS akan memenangi pilihan raya PBT, malah tidak selaras dengan hasrat pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Mahfodz turut mengingatkan DAP agar jangan memaksa parti-parti lain dalam pakatan pembangkang bagi mengikut telunjuknya.

“Pelaksanaan pilihan raya PBT mesti disepakati oleh ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang,” katanya yang merupakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Raja Salman bersama beberapa menteri menyambut kedatangan Obama di lapangan terbang. Setelah berjabat tangan, Raja Salman dilihat meninggalkan Obama untuk menunaikan solat Asar.

BETUL KE NI PESAWAT AIR ASIA MAIN TAMPAL DENGAN SELLOTAPE??????


Mohon pihak berkenaan memberikan respon mengenai rakaman gambar yang kini sudah mulai tersebar ligat dan cergas di alam maya.

Dikhuatiri ada pihak yang cuba menangguk dalam air keruh atas insiden pesawat QZ8501 yang terhempas baru-baru ini untuk memburukkan lagi imej Air Asia.

BUDAK MAUT JATUH DARI TINGKAT 6 FLAT PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR), KOTA DAMANSARA, SELANGOR, AKIBAT PAGAR REPUT.



PETALING JAYA - “Kuyit nak ikut kakak pergi sekolah,” kata kakak sulung Muhammad Hazriq Danish Ain Alden, 5, yang maut selepas terjatuh dari tingkat 6, flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kota Damansara, petang semalam.

Menurut Nur Diyana Alden, 15, Hazriq merupakan adik bongsu daripada lima beradik, mesra dipanggil Kuyit, menunjukkan sikap yang amat berlainan sebelum dia ke sekolah pagi semalam.

“Kuyit berjalan ke bawah bersama ibu dan saya, kemudian salam serta cium tangan saya sebelum ke sekolah,” katanya.

Menurutnya, awal pagi lagi dia sudah bangun dan bertanyakan kakak hendak pergi mana.

Diyana berkata, adiknya itu amat manja dengannya dan ahli keluarga yang lain.

“Biasanya kalau dilarang jangan bermain di luar, Kuyit tidak mendengar kata.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini, saya perasan tingkah lakunya berubah dan akan ikut apa yang disuruh,” katanya dengan nada sayu.

Menurut Diyana, sewaktu kejadian, dia baru pulang dari sekolah dan dimaklumkan insiden yang menimpa adiknya oleh jiran-jirannya.

“Kuyit memang suka bermain dengan rakan-rakannya di balkoni, walaupun ibu dan saya sudah tegah dia berkali-kali," katanya.

Sementara itu, ibunya, Norsahura Sahara Mohamad, 34, berkata, dia sempat makan bersama Hazriq lauk kegemarannya, ayam goreng, sebelum keluar bermain dengan rakan-rakannya.

“Saya sempat makan bersila dengannya, selepas itu dia minum sedikit air dan keluar bermain,” katanya.

Sahura, seorang suri rumah berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah sebelum bergegas turun apabila dimaklumkan anaknya terjatuh.

Difahamkan, polis sedang menyiasat sama ada kejadian itu ada kaitan dengan pengadang besi balkoni yang uzur.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Kota Damansara selepas solat Maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kejadian berlaku pada jam 3.18 petang.

“Mangsa sedang bermain di koridor sebelum terjatuh dari tingkat enam flat itu.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sangka bungkusan sampah jatuh

"Saya ingatkan bunyi sampah jatuh, tetapi terkejut apabila pekerja penyelenggaraan bagi tahu budak terjatuh,” kata Zarina Johan, seorang pengawal keselamatan di Blok B, bangunan itu.

Menurutnya, dia hanya berada beberapa meter dari lokasi kejadian dan bergegas melihat kanak-kanak itu.

“Saya lihat kanak-kanak itu masih lagi bernyawa dan saya cuba mengecamnya.

“Secara kebetulan ada jiran turun dari lif memaklumkan siapa ibu bapa kanak-kanak itu. Saya terus menjerit memanggil ibunya dari bawah,” katanya.

Zarina berkata, sejurus turun, ibu kanak-kanak itu tersembam di sisi anaknya.

“Melihatkan keadaannya itu, saya papah dan cuba tenangkannya. Dia terus menangis sementara menunggu ambulan tiba,” katanya.

Zarina yang sudah lapan tahun tinggal di situ dan menjadi pengawal keselamatan dua bulan lalu berkata, kejadian ini bukan pertama kali berlaku di kawasan itu.

“Sebelum ini ada kejadian kanak-kanak terjatuh, tetapi di blok lain,” katanya.

Wednesday, 28 January 2015

PILIHAN RAYA PBT ... PAS SEKOLAHKAN DAP.



PAS mencabar DAP untuk membentangkan rang undang-undang persendirian pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Parlimen daripada terus mengkritik pihak yang mempertikaikan kesan negatif pilihan raya itu di media.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sama seperti isu Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (hudud) yang timbul baru-baru ini, kelulusan usul di dalam dewan negeri sahaja untuk pilihanraya kerajaan tempatan tidak cukup, kerana ada perkara yang terhalang di peringkat Perlembagaan Persekutuan.

Kata Tuan Ibrahim, hudud dan pilihanraya kerajaan tempatan bukan dasar yang dipersetujui bersama dan DAP telah bertindak menggunakan cara mahkamah untuk mendapat kelulusan bagi melaksanakan pilihan kerajaan tempatan.

“Meskipun ia tidak berjaya, tapi ia jelas menunjukkan konsensus PR tidak diperlukan untuk DAP meneruskan janji manifestonya untuk Pulau Pinang.

“Apakah hanya PAS di Kelantan yang perlu didesak untuk mematuhi konsep konsensus PR, manakala komponen parti lain tidak memerlukannya, untuk mengotakan janji pilihanrayanya untuk melaksanakan hudud di Kelantan?

“Akhirnya, membawa pilihanraya tempatan ke parlimen ini adalah jauh lebih baik dari bertengkar di media, dan mencemuh mereka yang melahirkan kebimbangan terhadap kesan negatif pilihanraya kerajaan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 14 Ogos 2014, permohonan kerajaan Pulau Pinang untuk diadakan pilihanraya kerajaan tempatan telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan atas alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.

Menurut Tuan Ibrahim, sekiranya DAP yakin pilihanraya kerajaan tempatan merupakan usaha menyuburkan sistem demokrasi, mereka perlu berusaha untuk membawa usul itu ke Parlimen melalui rang undang-undang persendirian kerana ia sebahagian dari amalan demokrasi.

“PAS sedia berhadapan dengan risiko ditolak dan ditentang oleh rakan Pakatan Rakyat jika kerajaan Kelantan mengemukakan private bill untuk Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan.

Sebagaimana PAS, DAP juga harus bersedia menghadapi kemungkinan cadangan pilihanraya kerajaan tempatan ditolak di peringkat parlimen.

“Tetapi, membawa perkara ini ke parlimen adalah lebih baik bagi DAP kerana kebarangkalian akan ada ahli parlimen PAS yang akan menyokong pilihanraya kerajaan tempatan adalah lebih tinggi daripada kebarangkalian adanya ahli parlimen DAP yang akan menyokong hudud,” katanya sinis.

LIM GUAN ENG ADA BERANI KAH SAMBUT CABARAN INI??????



Lim Guan Eng dicabar berdebat secara terbuka selepas setiausaha agung DAP itu didapati bercakap separuh benar dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) dan hudud, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha agung PAS itu berkata tuduhan Lim yang mendakwa dirinya tidak jujur ketika membuat kenyataan mengenai pilihan raya PBT tidak benar sama sekali dan ia hanya membayangkan keceluparan Lim.

"Oleh sebab isu hudud terseret begitu lama dan ditambah dengan isu pilihan raya PBT, saya mencadangkan adakan debat terbuka antara saya dengan Lim supaya masing-masing dapat menjelaskan perspektif sebenar mengenainya.

“Supaya orang ramai boleh menilai siapa bercakap benar dan siapa bercakap bohong," kata Mustafa dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Mustafa menjawab tuduhan Lim yang mendakwa dirinya tidak bercakap jujur dalam isu pilihan raya PBT selepas ketua menteri Pulau Pinang itu mendakwa Mustafa dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah dihubungi dan tidak membantahnya.

"Saya akui memang Lim menelefon saya berkait dengan pilihan raya PBT tetapi selepas enakmen itu diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang," kata Mustafa.

"Jadi dia telefon saya, jika ada media yang meminta komen mengenainya, tolong komen yang positiflah.”

Saya jawab, "Insya Allah."

Mustafa berkata menurut Lim, enakmen itu dibuat selepas mendapat tekanan dari NGO yang meminta ia dilakukan kerana ada dalam manifesto DAP.

Beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan komen terlebih dahulu mengenai isu tersebut sebelum apa-apa komen diberikan kepada pihak media.

Katanya, Lim sendiri pernah dimaklumkan SPR tidak akan bersetuju dengan cadangan mengadakan pilihan raya PBT di Pulau Pinang.

"Lepas itu, saya berdiam diri kerana saya jangka SPR tidak akan bersetuju dengannya. Bagi saya tidak perlu kita membuat heboh yang menjadikan suasana tidak harmoni dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Mustafa berkata, kali pertama beliau diberitahu tentang enakmen ini oleh wakil tunggal PAS dalam DUN Pulau Pinang, iaitu Datuk Salleh Man, lebih awal daripada Lim.

“Dia telefon ketika DUN Pulau Pinang sedang bersidang dan memaklumkan ada satu enakmen yang akan dibentangkan dalam DUN dan diminta bercakap mengenainya.

"Dia bertanya, adakah ia sudah diluluskan di peringkat pusat dan saya berkata, tidak ada sebarang 'endorsement' daripada peringkat pusat.

"Saya kata, oleh sebab tidak ada persetujuan tentang perkara ini, sebaik-baik jangan bercakap supaya tidak timbul soal sokong atau tidak sokong mengenainya,” kata Mustafa.

PENGURUSAN JENAZAH MENCECAH RM4,375 .. SETIAUSAHA MASJID LAMA SUNGAI BAKAP TUDUH TUKANG SEBAR KISAH INI SEBAGAI CUBA MENANGGUK DI AIR KERUH.


Rupa-rupanya kos pengurusan jenazah hanya RM2,375 sahaja kata Setiausaha Masjid Lama Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang Sdr Ishak Abu Hassan.

RM2,000 adalah upah untuk baca Al-Quran sekumpulan Tahfiz selama 3 hari 3 malam.

Dia cakap pihaknya tidak pernah mengenakan bayaran yang tinggi bagi pengurusan jenazah anak kariah kawasannya .... RM4,375 bukan tinggi mengikut piawaiannya .. kira mampu bayar dan berbaloi .. kira-kira gitulah dia punya alasan dan penjelasan.

Kalau rasa mahal ... cuba elak dari mati di kawasan kariah Masjid Lama Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang .. Tidakkah begitu wahai Sdr Ishak Abu Hassan???????

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...