Friday 23 January 2015

ISU FIRST LADY OF PENANG HIDUP GAYA MEWAH ... PERKASA TEMPELAK LIM GUAN ENG.



Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), merangkap Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berkata, tindakan Lim Guan Eng menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional berhubung kritikan terhadap isterinya merupakan taktik basi.

Jelasnya, taktik sedemikian lazim digunakan oleh kepimpinan pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.


Menurut beliau, ia merupakan langkah biasa pihak pembangkang yang akan cuba menyalahkan pihak lain bagi menenggelamkan isu sebenar.


“Ini taktik biasa yang digunakan oleh pemimpin pembangkang termasuklah Guan Eng. Dalam isu isterinya yang dilihat bermewah-mewahan, malah sudah ada yang menggelar isterinya dengan gelaran The First Lady Of Penang, membuatkan beliau tidak senang duduk.


”Jadi, untuk meredakan isu ini beliau seperti biasa menuduh UMNO punca segala serangan terhadap isterinya itu,” katanya, lapor UMNO-Online.


Beliau menambah: “Tapi beliau harus sedar, jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Jika isterinya dan juga beliau tidak bermewah-mewahan, masakan ada orang yang akan mengata.”


Kata Ruslan, Guan Eng akan marah-marah dan melenting apabila perihal gelagat isterinya diperkatakan sedangkan dirinya sendiri selalu menyerang dan mengata hal peribadi isteri pemimpin UMNO dan BN.


“Apabila keluarga dan kroninya dikritik, beliau marah. Tetapi apabila beliau mengkritik, mencemuh dan melemparkan tuduhan terhadap isteri pemimpin lain, tidak salah pula. Isu kritikan terhadap isterinya itu adalah pengajaran buat dirinya,” jelasnya.


Tambah beliau, Guan Eng sepatutnya tidak marah dan melenting apabila isu berhubung kemewahan isterinya itu mula menjadi viral di dalam media sosial.


“Kini bila kemewahan isterinya didedahkan, beliau marah-marah malah cuba tuduh orang lain sebagai punca kepada serangan terhadap isterinya itu. Sepatutnya beliau tegurlah jika benar isterinya itu bermewah-mewahan, dan bukanlah cuba tuduh orang lain,” kata Ruslan.

16 comments:

  1. dia marah la pasal memang tul bini dia tak bermewah,beg tu dipinjam ngan rosmah jap,buat bergaya, lepas tu hantar balik la. lagi pun bukannye ada bende dalam begtu,duit 2,3 kupang je...

    p/s; guan eng malu nak habaq, dia suruh ambo kabor....

    ReplyDelete
  2. LIM KIT SIANG & MAT SABU AKAN DEMO ANTI-HANDBAG BINI GUAN ENG


    CIKGU BARD AKAN BONGKAR SKANDAL HANDBAG BINI GUAN ENG


    ANWAR 'AGREE TO DISAGREE' HANDBAG BINI GUAN ENG


    RAFIZI AKAN KIRA SATU PERSATU JUMLAH PEMBAZIRAN BINI GUAN ENG


    LAWAN TETAP LAWAN

    ReplyDelete
  3. awat la bangang sangat ....lantak dia la naik pakai beg apa pun..duit dia dia punya pasal la...ni yg tanah melayu yg mskin dok hilang kat johor tu...tak pulak menyalak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bodoh 10:25 ini mana dap ini ketika pr berada dalam susah ia, dinasti lim sangup pergi ke euro beli beg ia 24ribu sedangkan dap hanya didermakan kelantan 10ribu aje, bila rosmah belanja mewah kata itu duit rakyat ,bila betty dap belanja mewah cakap duit dia padah lah apa dia ada setelah jadi bini ketua menteri p.p baru dia ada duit sikit lupa diri, lupa pesan ia tanah di johor itu bina kilang ia tanah raja johor bukan tanah rizab melayu, lupa pesan ia kebanyakan 29 kampung warisan di p.pinng dijual untuk bina rumah mewah bukan untuk buat kilang .apa penduduk tempatan p.p dapat tukang simen bangla ada meramai warga asing

      Delete
  4. Roslan Kassim tak tahu baju kurung pm mesia berapa harga sehelai....setakat handbag jenama biasa tu tak layak pun nak dibandingkan

    ReplyDelete
  5. Roslan Kasim boleh belah. Cari makan pah tu dah terok sekarang ini. Macam macam perangai manusia atas dunia ini cari makan untuk hidup sanggup buat fitnah sanggup menipu sanggup bersumpah laknat dan macam macam lagi janji boleh hidup..Allah maha mengentahui dan melihat apa yg kita lakukan jangan sekali kita mengundang bala' Allah dan kemurkaan Allah. Omak kau pun satu buat apa lah mak dedah2 berita camni tak ada menafaat lansung jangan2 jenama beg tangan isteri LGE itu ciplak je buatan cina. Skrg jenama ciplak melambak dipasaran. Cari berita lain lah Omak Kau. Balik balik berita kutok Azmin Ali kutok LGE kutok Rafizi cuba kutok geng BN pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia certia pasal betty...kau yang panas...apa hal..

      Delete
  6. Budak opis gal pun dah ramai yang ade kan. Kan kat Petaling Street ramai bengala, myammar jual gan harga murah. So jangan kaki dengki kalau betty ade dua beg gucci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam dinasti lim suka seludup barang cetak rompak ia, malu kalau betty itu pakai benda cetak rompak.dan mengalakannya beli cetak rompak , aku yakin itu bukan beg cetak rompak, dap suka menipu macam kereta s class yg di dap menipu dinasti lim cakap beli kerata itu 250ribu pada hal harga pasaran 700ribu, kita orang percaya lagi pada dinasti lim ini ia

      Delete
  7. Kasihan saya melihat nasib Roslan Kassim ini...jatuh miskin hina sampai ke tahap kucing kurap jadinya sehingga terpaksa membawa isu remeh temeh untuk sesuap nasi. Itulah...dah tak mampu kau bebini duo...kojo pulak takdo...buek malu anak2;jo....
    Betty Lim can afford gucci or channel or pukki handbag...its just 20% of her monthly allowance as wakil rakyat.
    Ekau yang bebini duo tak bokojo jadi kucing kurap pecacai umno buek apo nak sakit hati jang ooi.......dapek ke upahnyo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihan aku pas ini hanya dapat 10ribu aje bantuan banjir dari dap ini, beg 24ribu boleh beli , melancong euro boleh dia pergi tengok di kelantan pun tak pun ada muka dinasti lim ini ia .yg ada pun lim kit siag naik bot biar amoi redah banjir ia dan bergambar sana sini ia untuk menipu itu dap sekarang ia

      Delete
  8. Cina penang pun dah menyampah ngan guan eng...buat negeri cam msk bapak dia punya...

    ReplyDelete
  9. Bini2 ahli politik ni smua same mcm melaun gak ...kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Correction: Bini2 ahli2 politik umno & dap only ...kahkahkah

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...