Wednesday 28 January 2015

ISU ROTAN ANAK SUATU KESALAHAN JENAYAH .. MENTERI YANG SYORKAN UNDANG-UNDANG INI NAIK ANGIN SATU BADAN BILA KENA BIDAS TERUK DENGAN RAKYAT.



Orang ramai tidak perlu melatah dengan cadangan untuk menetapkan tindakan merotan kanak-kanak sebagai kesalahan jenayah dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu, kerana hanya mereka yang menghukum anak sehingga mendatangkan kecederaan sahaja bakal berdepan dengan tindakan itu.

Tambahan pula, kesalahan mencederakan kanak-kanak sememangnya telah termaktub di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ini jelas menunjukkan bahawa bukan dengan tindakan merotan sahaja yang boleh dikenakan hukuman, bahkan dengan menggunakan apa-apa cara sekalipun, yang membawa kepada kecederaan, boleh dikenakan tindakan.

Isu berkenaan menimbulkan pelbagai polemik selepas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan tindakan merotan dalam akta baharuyang dikenali sebagai Akta Kanak-Kanak 2015 bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Hakikatnya, ramai yang tersalah tafsir cadangan itu tanpa memahami keseluruhan cadangan berkaitan rotan berkenaan.

Ada yang menuduh kerajaan memutuskan perkara itu atas desakan luar, meminggirkan syariat Islam, seolah-olah menjadikan ibu bapa penjenayah, bertujuan meruntuhkan institusi kekeluargaan di Malaysia, melahirkan generasi ‘besar kepala’ dan sebagainya.

Berikutan keadaan itu, Menterinya, Datuk Rohani Karim kemudian tampil membidas kenyataan yang disalah tafsir itu dengan menegaskan bahawa peruntukan yang dicadangkan kementerian itu dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu bukanlah bermaksud setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah.

Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu, Rohani berkata, cadangan dalam Rang Undang-undang itu ialah memasukkan peruntukan yang lebih terperinci mengenai tindakan yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau mental kepada kanak-kanak, dan ini termasuklah perlakuan merotan.

Kenyataan balas Rohani itu menunjukkan bahawa tidak mungkinlah hanya disebabkan merotan sedikit sahaja (untuk mendidik) seseorang itu (ibu bapa atau penjaga kanak-kanak) boleh dianggap melakukan jenayah.

Malah dalam agama Islam, sekalipun membenarkan perbuatan itu, ia tetap berlandaskan garis panduan tertentu.

Memang benar terdapat hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebut bahawa ‘perintahlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak solat ketika mereka berumur sepuluh tahun’.

Namun, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul tanpa menyeksa, mencedera atau meninggalkan kesan kepada kanak-kanak itu sendiri dengan niat mendera.

Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, yang pentingnya ialah menggalakkan ibu bapa supaya menggantung rotan di dinding rumah agar anak-anak takut melakukan kesalahan.

“Adab merotan anak di dalam Islam adalah dengan cara membaringkan anak atas dua kerusi. Kalau ayah yang nak rotan, mak mesti ada di sebelah untuk pastikan ayah tidak hilang pertimbangan.

“Bahagian badan yang baik untuk merotan adalah di tapak kaki kerana walaupun sakit, namun tidak langsung mendatangkan bahaya malahan diyakini bagus untuk refleksologi,” katanya, lapor Bernama.

Isu rotan hanya disalah tafsir dan tidak perlu diperbesarkan atau dipolitikkan lagi.

Setiap undang-undang yang akan dilaksanakan, pastinya tidak akan menghukum sewenang-wenangnya, tambahan pula terhadap mereka yang mahu mendidik anak-anak untuk menjadi generasi harapan negara.

20 comments:

  1. bila si bodoh di lantik jadi menteri

    ReplyDelete
  2. Hello Everybody, Are you OK?

    Saya rasa kena buat undang2 meluku orang yang meletakkan manusia lebih dari haiwan.

    Contohnya VVIP Janda Muda anak dua yang tidak peduli hal-hal anak yatim di Pantai Dalam tapi hadir pada sesi touch d hanjing wajar diluku. Hukuman dan hakim dalam hal ini perlu diserahkan kepada ayahanda beliau.

    Hukuman ini penting untuk mendidk dan buka untuk menyakiti. Itu sebab tukang luku patut diberi kepada ayahanda beliau. Ialah suami sudah dinyahkan jadi tanggaungjawab ini bebralik kepada ayahanda

    Bon Jawa A/L Bon Jobi
    Tanjung Karang

    ReplyDelete
  3. Menteri ni satu hal, yg ko guna istilah merotan anak nape, yg sepatutnye mendera anak, dh ade pun undang2 itu pun, ni nk ikut sweden lh ni, cadangan yg bodoh, kalu bwk ke parlimen dh gerenti lulus punye sbb majoriti menteri2 bodoh gk yg sokong ...dh x de keje lh ni ...binawe

    ReplyDelete
  4. Alahai Mat Dangdut dr Tanjung Karang...komen Kau standard Mat Bangla jer.. Kau msti bkn pasal dr Mlysia kan...? Ni msti dpt PR ms election dlu ni.. X hbis2 brdengki dgn org.. Bodoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda masih ingat tak orang yang pi sesi touch d hanjing tapi tak pedulikan rakyat yang pilih dia kat Pantai Dalam tu.

      Amboiiiiii orang miskin kamu tak peduli. Touch d hanjing kamu peduli.

      Tolong ambil Iktibar Okey

      Delete
  5. Menteri bulu kening lukis. Kening dah elok2 dicukur dan dilukis.

    ReplyDelete
  6. Nape ramai na menteri bodoh dlm kabinet najib ni ...menghabiskn duit rakyat bayar gaji dn elaun dia org je ...

    ReplyDelete
  7. menteri yg mentality nya tak berkembang... dok takuk lama je... ni yg najib cakap 'bangang' ni... tahap gaban! kalau buat undang2 pun takdak ke lain... asyik nak 'pekena' rakyat aje la. nak cekik poket rakyat la tu...

    ReplyDelete
  8. Masih ingat lai tak kes suami isteri di Sweden. Bukan main bisng salakan munafik Hamngok pada masa itu tentang undang undang perlidungan kanak kanak Sweden yang konon tak logik. Nak tiru pula. Dan ada se ekor badak pun dapat menemui tentang kanak kanak yang menghadapi autism. Bukan main dia nak buat projek tolong kanak kanak yang menghadapi autism.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda masih ingat tak orang yang pi sesi touch d hanjing tapi tak pedulikan rakyat yang pilih dia kat Pantai Dalam tu.

      Amboiiiiii orang miskin kamu tak peduli. Touch d hanjing kamu peduli.

      Tolong ambil Iktibar Okey

      Delete
  9. Hahaha.......
    Byk undang2 lebih penting tak di utarakan dan laksana, ini rotan nak di jadikan rang undang2 bukan berat sebelah apa???? Kejap hak wanita kejap hak anak, habis suami bapa lelaki tiada hak ke????? Bini pukul laki salah ke tak???? Nanti kata lelaki kena sayang isteri pujuk jgn marah beri apa isteri mahu dll.....adil ke buat lelaki malah lelaki di pandang serong selamanya hanya anak dan isteri betul selamanya....adil ke buat bapa suami????
    Maka biar adil dan seimbang bukan berat sebelah, jadi undang2 rasuah gelap duit curi rompak salah guna kuasa dll.....kena buat rang undang2 yg lebih berat bukan berat sebelah tak setimpal dgn kesalahan malah hukum mati boleh tukar hukuman penjara ,adakah undang2 boleh di pinda sesuka hati ikut kuasa yg ada???? Maka undang2 negara berat sebelah dan salah guna kuasa kucar kacirkan rang undang negara yg ada malah tidak bertanggungjawap dgn apa yg mrk buat.

    ReplyDelete
  10. Anda masih ingat tak orang yang pi sesi touch d hanjing tapi tak pedulikan rakyat yang pilih dia kat Pantai Dalam tu.

    Amboiiiiii orang miskin kamu tak peduli. Touch d hanjing kamu peduli.

    Tolong ambil Iktibar Okey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anjing UMNO ke ni? anjing umno mmg dikenali ramai

      Delete
  11. Anon 0932h ko ni dengki xhabis2 kt keluarga DSAI....Ko dah perfect sangat ke? Cermin lah diri ...atau pun ehm ehm.

    ReplyDelete
  12. Kalau semasa kecil kaki jubor di rotan sudah tentu bila dia dah besar dan tua dia tak buat kerja menjubor...tu ler..kecik2 tak di rotan bila tua menjubor pulak..hehehe

    ReplyDelete
  13. Kalu ade je cite menteri bodoh umno maka berduyun duyun lah macai2 umno dtg ganggu alih cite dgn komen merapu...namun nk komen mempertahankn bos dia x de le pasal x reti silap2 kene balun balik ...sah lh kate si najib, ade menteri pun menteri bodoh ade macai pun macai bangang...memalukan company je...kahkahksh

    ReplyDelete
  14. Bangkangan orang ramai adalah reaksi spontan apabila menteri ataupun media tidak menerangkan secara jelas samada merotan itu ditegah terus ataupun ada ciri merotan yg dibolehkan.

    ReplyDelete
  15. Bangkangan orang ramai adalah reaksi spontan apabila menteri ataupun media tidak menerangkan secara jelas samada merotan itu ditegah terus ataupun ada ciri merotan yg dibolehkan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...