KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Friday, 23 January 2015

INSPEKTOR POLIS WANITA MENANGIS APABILA MAHKAMAH MELEPASKAN DAN MEMBEBASKAN DIRINYA DARI TUDUHAN RASUAH.



Seorang pegawai polis dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas tuduhan bersetuju menerima rasuah RM4,000, dua tahun lalu.

Hakim, Nasir Nordin membuat keputusan itu terhadap Inspektor Suriati Mohd Shafie, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes.


Dalam keputusannya, Nasir berkata, terdapat percanggahan keterangan saksi pendakwaan pertama dan kedua berhubung barang rasuah yang dimasukkan dalam beg tertuduh.


Suriati, 34, didakwa bersetuju menerima RM4,000 daripada seorang wanita Nurullizean Yahya bagi melepaskan suaminya Tchouanseu Tchounga Armand, warga Cameroon, yang disyaki terlibat kes samun.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bilik Pejabat Tingkat 3, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields (Balai Polis Petaling), jam 1 tengah hari pada 22 Januari 2013.


Pendakwaan dilakukan oleh Pengawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, R Lakshumana Rao mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.


Suriati yang diwakili peguam, G Subramanian Nair menerima keputusan itu dengan tangisan.

9 comments:

  1. nangis lah sebab bersalah tapi masih bernasib baik tidak disabitkan kesalahan kerana sedikit percanggahan fakta....cuba kalau dia memang tidak bersalah mahu dimakinya pendakwaraya SPRM tersebut..

    ReplyDelete
  2. Hanya yg punye diri tau dia mkn x mkn rasuah, ye undang2 berdasarkan bukti dn fakta tp kalu lawyer pndai spin yg salah boleh jd betul ... cite spin2 ni di dunia je le ....

    ReplyDelete
  3. Halu, mana perginya Jeff Ulu Yam????????

    Peminat2 Omak Kau amat rindu komen2 berasap dari Jeff Ulu Yam. Bro Jeff ni Bro Jaafar dari Ranting Ulu Yam ka?

    Minta Omak Kau bagi penjelasan. Kalau betul bro Jaafar kenal sangat la, habis Kuala Kubu di kempen gang Jeff ni waktu piliharaya 2008. Reformist otai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeff tu kalau ko nak tau...reformist cap ayam ma....

      Delete
  4. Hukuman dunia dia bebas lah hukuman akhirat belum tentu dia bebas. Mungkin Allah nak uji takat mana iman Inspekter ini kalau lepas ini dia buat lagi tak insaf Allah akan timpakan musibah lagi berat. Lepas ini Inspekter kena buat doa selamat dan bertaubat nasuha jgn ulang lagi perbuatan yang bertentangan dengan hukum Allah. Usia masih muda gunakan hak keistimewaan usia anda ke jalan yg benar dan di redhai Allah. Insya'allah anda akan selamat didunia dan akhirat. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. inspektor ni klu dbnarkn brtugs patut dtukarkn ke unit PGA (stor ration) unit yg kurg bcmpur org awam dn trfedh kpd unsir rasuah. jka tidak mugkin perangai lma brulng kmbali.

      Delete
  5. Sudah kaya , nangis sikit sikit kira senang saja....

    ReplyDelete
  6. Rasuah x kira jantan ke betina ...ye x ...tp bila betina baham rasuah lain mcm je rupenye ...kihkihkih

    ReplyDelete
  7. This Is What You Really Want !!
    Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete