Saturday 24 January 2015

BETUL KE AMK NEGERI SELANGOR BERGOLAK KENCANG HASIL PERLANTIKKAN NIK NAZMI NIK AHMAD SEBAGAI KETUA AMK SELANGOR YANG TIDAK MENEPATI MANIFESTO PEMILIHAN 2014?????.



Beberapa hari lepas, Ketua AMK Pusat YB Nik Nazmi Nik Ahmad telah membuat keputusan untuk melantik Ketua AMK Negeri bagi setiap negeri dengan menggunakan kuasa mutlak seperti di peruntukkan dalam perlembagaan parti sebagai Ketua AMK Pusat.

Senarainya seperti berikut:

Perlis: Mohd Sharun Radzi bin Salehuddin (Padang Besar)
Kedah: Mohd Ridhwan Mohd Razali (Padang Serai)
Pulau Pinang: Dr Afif Bahardin (Permatang Pauh)
Perak: Mohd Azlan Helmi (Kampar)
Selangor: Nik Nazmi Nik Ahmad (Kelana Jaya)
Wilayah Persekutuan: Hazrul Fahmi Ahmad (Lembah Pantai)
Negeri Sembilan: Mohamed Afif Anuar (Seremban)
Melaka: Farhan Ibrahim (Bukit Katil)
Johor: Mohd Faizal Mohd Yushak (Batu Pahat)
Pahang: Wong Chun Yuan (Indera Mahkota)
Terengganu: Wan Mohd Farmizi Wan Mohd Nor (Dungun)
Kelantan: Dr Mohd Hafidz Rizal Amran (Tanah Merah)
Sabah: Raymond Ahuar (Pensiangan)
Sarawak: Abdul Raafidin Majidi (Sibu)

Jelas YB Nik Nazmi Nik Ahmad telah melantik diri beliau sendiri untuk mengepalai AMK Selangor .. tindakan ini diberitakan telah mengundang rasa kurang senang dan menerima tentangan diakar umbi AMK Selangor di kalangan pemegang jawatan Ketua AMK Bahagian-bahagian Selangor.

Ini dikatakan bertentangan dengan semangat dan janji ikrar Nik Nazmi Nik Ahmad ketika berkempen semasa pemilihan 2014 yang lalu untuk menyerahkan bulat-bulat perlantikkan ketua-ketua AMK Negeri kepada akar umbi melalui Ketua-Ketua AMK Cabang setiap negeri.

Pada 10hb Disember 2014 khabarnya satu surat telah diutuskan kepada YAB Hj Azmin Ali selaku Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Negeri Selangor oleh Ketua AMK Cabang Petaling Jaya Utara menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kalangan Ketua-ketua AMK Selangor maukan Naib Ketua AMK Pusat Sdr Mohd Radzlan bin Jalaludin diangkat dan dinobat sebagai Ketua AMK Negeri Selangor yang baharu.

Utusan surat itu seolah-olah mau YAB Hj Azmin Hj Ali masuk campur dengan menggunakan pengaruhnya agar keputusan akar umbi AMK Selangor menjadi realiti.

Kini dikalangan akar umbi AMK Selangor di khabarkan bergolak dan berkecamuk .. sama ada maklumat ini benar atau tidak hanya pihak yang terlibat perlu memberi penjelasan dan respon yang yang menyakinkan.

Bagi Omak Kau mudah .. hal parti kena ikut perlembagaan parti .. kalau Ketua AMK Pusat mempunyai kuasa mutlak tanpa boleh dipertikai dan di dakwa dakwi bagi perlantikkan Ketua-ketua AMK Negeri maka tidak perlu dipersoalkan serta tidak wajar pimpinan atasan hatta siapa sekali pun masuk campur... Boleh memberi nasihat dan pandangan tetapi keputusan mutlak abadi yang diberikan kepada Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Ketua AMK Pusat harus dihormati walaupun anggota AMK dari kartel sendiri Keadilan Raya tidak dipilih.

Yang pasti jika pergolakkan ini benar, maka suasana kalangan AMK pasti tidak harmoni dan sepakat... kesatuan sudah tidak seerat .. hubungan semakin renggang dan merekah.

Mohon respon dan jawapan segera dari pihak terlibat bagi memastikan persepsi negatif ini tidak merebak sehingga kepercayaan dan keyakinan rakyat terutamanya kepada AMK terus terhakis dan semakin menipis dalam keadaan kedudukan yang sudah pun menguncup kini.

8 comments:

  1. Otang PKR memang mcm tu perangai mereka...ikut kepala jubo PKR anwar ibrahim....segaka kroni...nepotisma...kepaka rasuah...haprak untuk mereka semuanya...semua milik PKR bila dah buat tuduh orang lain yg kroni dll lagi...butuh la anwar ibrahim tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasil RAPIM-DEDUNTOG ( Rapat Pimpinan Dedengkot Dukun Togel ) yang dihadiri oleh seluruh dedengkot dukun togel dari 234 negara didunia, yang diketua oleh Mbah jambrong dedengkot dukun togel dari Indonesia mengakui ke ahlian Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin, Raja Bomoh SeDunia atau dukun sakti Malaysia .Dapat menembus atau melihat apa yang akan terjadi dikemudian hari termasuk angka yang akan tembus di esok harinya KY memiliki indra ke enam dapat tembus togel DAN KESAKTIAN PARANORMAL , menghasilkan keputusan final bahwa bandar di singapore /hongkong/malaysia/saudiarabia/thailand/china4d/sidney/laos/Asia.akan mengeluarkan angka jitu sbb Syarat-syarat mendapatkan ramalan dari eyang adalah silahkan tanyakan sendiri kepada Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin, Raja Bomoh SeDunia atau dukun sakti Malaysia . call// 085330630905

      Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

      Delete
  2. Wa tak mau lg undi pkr ka pr ka, kalu pru 14 ada calon pr lwn bn alamat satu undi mesti ada rosak punya...msia punya politik mcm hampeh ...hahaha

    ReplyDelete
  3. APA SALAHNYA DIA LANTIK DIRI DIA SENDIRI ? ITU DLM KUASA DIA.

    ReplyDelete
  4. Salam reformasi untuk semua,

    Sebenarnya akar umbi sudah jelek dgan Anuar dan keluarga beliau. Kemarahan ahli akar umbi membawa penolakan total kepada Rafizi dan Nik Nadzmi dimana mereka dicop sebagai pembodek kelas pertama Clan Segam-Boot.

    Ahli bawahan sudah benci dengan perangai Anuar, Bini dana Anak dia yang tidak peduli akan nasib rakyat marhaen khususnya mangsa banjir dan keluhan mereka yang berpendapatan rendah.

    Saya amat berharap Sdr Anuar, Bini dia dan Anak dia dapat mengisi borang ahli UMNO secepat mungkin dan pada masa yang sama berhenti dari jadi ahli PKR.

    Dengan pendek kata, kami sudah mual, jelak dan termuntah dengar retorik mamat Matang Pauh ini.

    Kalau tak tau tulis, saya boleh isikan borang untuk Saudara Anuar. Good Bye and Farewell to Anuar the bad rubbish

    Yang Benar dan Tulis Ikhlas bagi Reformist Selangor
    Jeff Ulu Yam

    ReplyDelete
  5. Wan Jijah,

    Pi la melawat Hospital Kajang tu. Nampak sangat tak pi melawat sampai tak tau apa jadi. Elaun ADUN tu bukan untuk beli tomyam okey

    Sudah bertahun-tahun disuarakan rakyat supaya Hospital Kajang diberi bangunan tambahan. Sebabnya, keadaan di hospital yan terletak di tengah bandar Kajang ini sudah semakin sesak dan ramai pesakit yang terpaksa tidur di kawasan pejalan kaki.

    Sampai bila masalah ini akan diselesaikan? Nak harap Wan Jijah ambil peduli? Sori mori bro

    Jesse Labu, N9ers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. Saya bukan nk mempertahankan yb adun kajang ni. Tapi kita sebagai rakyat kena berfikir secara rasional. Kita yg lantik dia jadi adun kawasan kita.
      Keduanya dulu pun bukan dia nk bertanding sgt cuma mengantikan tempat ketua umum kita yg dihalang daru bertanding bukan dia yg mintak.
      Tak perlulah nk salahkan dia.

      Delete
    2. owh.. macam tu alasannya.. abis tu nk salahkan siapa..? klw dh tanak sgt bertanding aritu tarik diri laa... bg org lain btanding..
      Klw dh tak boleh buat kerja sgt sebab alasan diatas tu, senang je.. letak jawatan... klw letak jawatan sekarang masih dlm tempoh dimana pilihanraya boleh dilakukan lg.. kita pilih wakil lain.. jgn bg rugi duit rakyat menggaji wakil rakyat yg xbuat kerja...

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...