KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 27 January 2015

PASMA DI PELAWA TINGGALKAN PAS DAN CARI PARTI LAIN JIKA MAU CEPAT MENUJU KE PUTRAJAYA KATA TUAN GURU HADI AWANG.



PETALING JAYA:
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASma) ‘dipersilakan’ untuk meninggalkan PAS sekiranya pendirian pertubuhan itu tidak lagi sehaluan dengan parti.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ‘bahtera’ yang dikemudikan setiap parti dalam pakatan pembangkang adalah berbeza.

Beliau secara berkias meminta semua pihak di dalam PAS agar jangan membocor dan merosakkan ‘bahtera’ parti sekiranya mereka merasakan ‘bahtera’ itu bergerak perlahan serta mempunyai kekurangan.

“PASma ini ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka, yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.

“Pergilah ke kapal DAP, kapal Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO,” lapor Utusan Online yang memetik kenyataan beliau melalui laman Facebooknya.

Pada 26 Oktober lalu, Abdul Hadi membidas PASma kerana mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang melarang ahli-ahli parti menyertai pertubuhan tersebut.

Beliau ketika itu turut mempersoalkan status PASma yang kononnya bergerak selari dengan kepentingan parti dan secara sinis menggambarkan tidak tahu asal usul mereka yang dianggap ‘entah daripada spesies mana’.

PASma yang diketuai Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan pada 11 Ogos lalu ketika PAS dilanda konflik dalaman yang serius ekoran perbezaan pendirian dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya berhubung krisis Menteri Besar Selangor.

PASma yang didalangi kumpulan Anwarinas dan sering mengkritik pimpinan tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi tidak disenangi oleh golongan ulama di dalam parti.

Phahrolrazi dalam wawancara dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini yang disiarkan pada 21 Januari lalu mendakwa, Abdul Hadi seolah-olah tidak berminat lagi untuk berada dalam pakatan pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu membuat andaian tersebut berdasarkan sikap Abdul Hadi yang enggan menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sementara itu, Abdul Hadi turut mengingatkan tentang peranan penting yang dimainkan Majlis Syura Ulama PAS dalam memandu parti agar tidak terbabas daripada sempadan syarak.

“Kita menggabungkan para ulama yang menguasai kepelbagaian bidang dalam memutuskan sesuatu ijtihad mengikut kesesuaian zaman,” ujarnya.

Beliau juga menyarankan ahli-ahli PAS mencontohi pendekatan bekas Timbalan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Dr. Zulkifli Muhammad yang sanggup menarik balik cadangan membuka keahlian bersekutu kepada orang bukan Islam setelah dibantah oleh golongan majoriti dalam parti.

22 comments:

  1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  2. si bahlol razi tu dah la muka hodoh, perangai pun hodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn maki dia bang...dpt dosa kering jek...aku arap si pahrol ni kembali ke pangkal jln dan insaf...

      Delete
  3. Ekele...kesian..

    ReplyDelete
  4. Rasanye Hadi yg patut tinggalkan Pas dan bersara terus .

    ReplyDelete
  5. Hadi tinggalkan pas...mat sabon jadi presiden pas..
    hancor lebor teros pas....bagosssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...mungkin gitu akan jadi agak nya...
      ...bila wak long jadi raja....

      Delete
  6. pasma???...eh ape ke nama spesis ni...datang dari mana...tak tau usul....ishhhh.....shohhh...shoooohhhh...pegi main guli dgn dap dan pkr tuh.....

    ReplyDelete
  7. takyah nak pelawa la weh..halau terus aje..
    di pesila kan kedalam longkang... bye bye...

    ReplyDelete
  8. Doa gampang2 satu stadium dolu-dolu dari tok guru dah nnpk kemakbulanya....ahaks....doa gampang hancurkan parti lain...parti sendiri yg hsncur boncai kesudahnya....anwar pernah dlm UMNO dan atas kebijaksanaan Ayahnda Tun DrM....umno selamat dari proksi yahudi dan pluralisme....anwar tak pernah masuk PAS yg pelik parti PAS ysng hancur lebur dengan pluralisme...lgbt...syiah....bodo sungguh pemimpin PAS nih...banngang tak boleh diajar...pandai tak ada lansung kah ksh...puiii

    ReplyDelete
  9. Ini semua anwar punye cucuk, kalu ikut islam yg syumul lambat lk nk ke putrajaya, kalu yg liberal ni halal haram boleh tolak tepi atau tutup sebelah mata asal matlamat tercapai ... malangnye ade lk pemimpin tinggi pas yg menyerahkn hidungnye utk dicucuk...hehehe

    ReplyDelete
  10. Apa kau sebut, pasma? apa ke bende nye? aku tak tau tak pernah dengar pun. Taik anjing ke atau taik babi, celoteh wak long bila ditanya tentang Pasma

    ReplyDelete
  11. Kami org terengganu yg berada di luar negera mahukan haji hadi berundur demi masa depan pas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bgtau puak2 kamu yg konon kat luar negara, baik jadi beruk je pastu masuk dap jilat tahi lge..skian tk dari PAS Selangor

      Delete
  12. Masa depan pas Hj Hadi letak nombor 2... nombor satu ialah masa depan ISLAM dan bumiputera di bumi Malaysia ni...
    Hanya orang Trengganu dari spesis cina dap je yg gundah gulana bila hj hadi terus memimpin pas...masa depan pas hanya dapat dipertahankan dengan berpresidenkan manusia yg cekal dan istiqamah dlm acuan perjuangan sebagaimana ditunjukkan oleh hj hadi...pas dah hilang ramai tokoh2 yg berwibawa seperti ust. Nasa & Hassan Ali sebab dok dengar sangat gelembong cina dap...Ada dap pecat ahli & pemimpinnya yg kurang ajar selama ini?..eric paulsen yg dibenci semua ahli pas dap sial ni tetap tatang dia...Dap ni dah tak layak diberi simpati...lagi dilayan makin menjadi...pada SEMUA umat muslim...anda nak sokong pas ke umno ke pkr ke itu ikut suka anda...cuma ingatlah...DAP tidak layak dah untuk diberi simpati...noted.

    Dinbt

    ReplyDelete
  13. Hj Hadi ni aku nampak mcm yaser arafat juga.
    masa muda bukan main garangnya pada yahudi. Tapi, bila dah tua berpeluk dgn yahudi. Perjuangan rakyat palastine berpecah pada 2. Akhirnya dikatakan mati ditangan yahudi...
    jadi aku nampak hj hadi ni nanti mcm tu jugak la.

    So..utk kelangsungan pas aku harap sebelum terlambat hj hadi mesti berundur. Rakyat dah bosan dan muak dgn tingkah laku nya skrg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat negare mane lk yg bosan ni...ko sorang yg bosan tu ko punye hal lh...nk hasut2 org lk ko ni ...busuk bau longkang mulut ko tu sampai ke usus lh pulak ...hehehe

      Delete
  14. Ape tunggu lg ust payroll get out lh, ape ade lg agenda nk rosakkn pas belum selesai ke? ust perosak ko ni sebenarnye...muka tebal bibir tebal gitu lh ...kahkahkah

    ReplyDelete
  15. Nk tau ahli pas sokong pasma ke tidak mudah je, ust payroll kuar pas, kita tengok berduyun duyun x ahli pas mengekor dia ...hehehe

    ReplyDelete
  16. Kalau pergi blog greenboc ramai betul ahli2 pasma, pkr dan dapings tengah meroyan kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang...yg tu bukan greeboc...green boar....

      Delete
    2. Greenboc terbaik....

      Delete