Tuesday 20 January 2015

PERAGUT MAUT DI LANGGAR KERETA KETIKA CUBA MELAKUKAN RAGUT



Kajang
: Seorang lelaki maut akibat dilanggar kereta selepas cuba meragut beg tangan seorang wanita di Batu 10 Lebuhraya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam kejadian 8 pagi itu, suami isteri menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurut sumber, mangsa kemudiannya dihampiri suspek yang menunggang motosikal Yamaha 125z cuba meragut beg tangannya sebelum berlaku tarik menarik.

"Akibatnya, motosikal yang dinaiki mangsa dan suspek bergesel sebelum mereka terjatuh.

"Suspek yang terjatuh di tengah lebuh raya berkenaan kemudiannya dilanggar kereta yang dipandu seorang wanita dari arah belakang,"katanya.

Sumber itu berkata, suami isteri berkenaan bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan lutut sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menerima rawatan lanjut.

"Manakala suspek yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,"katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

8 comments:

  1. Weh Azizah, kajang pun Dah Jadi lubuk jenayah Semarang ni. APA nak buat hang tak peduli hal kajang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa peduli lg...kan Kajang Move dah stop...dan tak ada movement lg dah...tunggu next PRU lah baru move balik...kih...kih..kih..

      Delete
  2. Peragut ngan macai umno same je. Tau nak rembat duit org je .dua2 taik hanjing kan dh kena.. Pui !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pujaan mereka meragut cara 'halal'. Undang-undang sendiri bikin. Penyokong buat cara kasar. Kalau macam ni hari-hari mati pun takpe aman dunia sikit. Kalau hidup pun tak guna pemalas!! Orang macam ni kalau bagi projek mesti jual kat tokey Cina. Macam pujaan dia jugak!!

      Delete
  3. Yg susah dan dapat masalah sekarang tuan kereta

    ReplyDelete
  4. Express ke neraka ... hihihi

    ReplyDelete
  5. ingat tu....
    pengajaran kepada semua peragut.... munkin sekali dua awak boleh lepas.. tapi awak tak akan terlepas pembalasan samada masuk lokap atau masuk kubur....cuba la cari kerja lain yg halal...

    ReplyDelete
  6. inna lilllahi wainna ilaihi raaji'uun.....
    patutnya kita rasa sedih biarpun siperagut simati itu bukan bapak kita bukan tok kita,bukan abang kita bukan adik kita,bukan sedara mara bukan waris warah kita,tapi kalau dia tu melayu dan islam....sungguh amat2 menyedihkan.....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...