Friday 23 January 2015

PEMULIHAN KELANTAN SELEPAS BENCANA BANJIR SUKAR TANPA BANTUAN PUTRAJAYA AKUI TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN.




Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah mengakui bahawa usaha pemulihan negeri Kelantan selepas dilanda bencana banjir besar sukar dilakukan tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan.

Beliau mengakui proses pemulihan itu memerlukan perbelanjaan yang sangat besar dan akur sekiranya bencana banjir tidak berlaku, semangat bersatu-padu antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan tidak akan wujud.

“Sebelum ini hubungan antara PAS dan UMNO masam-masam manis, namun bila banjir ada kesedaran tinggi timbul untuk duduk berbincang selesaikan semua masalah rakyat.

“Buat masa ini rakyat adalah paling penting, sebab banjir ini menimpa semua rakyat tanpa mengira parti, sama ada PAS, UMNO malah yang tidak mempunyai parti turut terkena musibah banjir,” katanya pada Wacana Sinar Harian bertajuk Kelantan Pasca Banjir.

Bagaimanapun, Mohd Amar tetap menyatakan segala musibah yang berlaku itu adalah ketentuan Allah.

“Bila berbincang mengenai banjir kadang kala kita lupa apa yang ditentukan Allah. Kita setiap tahun berdepan banjir cuma bentuk besar dan kecil itu berbeza antara setiap tahun.

“Apa yang berlaku di luar jangkaan semua pihak dan semua pihak terkejut, walaupun hujan turun empat hari berturut-turut, tiada amaran berlaku banjir besar bakal berlaku. Keadaan semakin kelam kabut apabila keluar berita di internet telah mencemaskan semua orang termasuk di luar Kelantan,” katanya
.

4 comments:

  1. Bersatu padulah org2 melayu...

    ReplyDelete
  2. Dh sebahagian dr tanggungjwb kerajaan pusat utk memberi bantuan lain lh kelantan tidak termasuk dibwh kerajaan pusat ... politik jgn lh di campur adukkn dgn tanggungjwb ...

    ReplyDelete
  3. Cakap je la bahasa mudah...bukan berbrlitbelit macam serbsn...csksp gini....kita jena bersatubuh juga dengan hamno....jika tidak susah nsk pulihkan semola bla bla bla...pastu keluar la sepotong dua ayat...contoh...ya iyyuhallazi na amanu innamalkhomru....wal maisiru...wal....
    Cepatlah bawa usul nak bersatubuh dengan umno kalau berani cepattt!!!

    ReplyDelete
  4. bukan nak bersatubuh la ngok ...tapi nak minta tolong dan kerjasama. nak minta pitih la tu. royalti minyak tu...tak boleh ke....yg ko marah sangat bersatubuh ngan hamno tu nape....bekas janda kau???

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...