KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 27 January 2015

EZAD EXIST PERNAH DI SURUH MENYANYI DALAM LOKAP KETIKA DI TAHAN KERANA MEMILIKI DADAH.



PENGHUJUNG tahun lalu, bekas vokalis kumpulan Exist ini pernah ditahan pihak polis kerana didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram.

Berkongsi kisah di sebalik tempoh empat hari ditahan reman, Ezad Lazim, 35, mengakui pernah melalui perkara yang sama seperti penyanyi Zamani Slam yang ditahan berkaitan kes dadah dan baharu sahaja dibebaskan atas jaminan polis. 

Menurut penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah, ini, dia juga pernah berdepan dengan karenah anggota polis yang menyuruhnya menyanyi semasa ditahan.

“Memang ada yang suruh saya nyanyi masa itu, namun saya tak boleh menyanyi dan tak ada ‘mood’ kerana memikirkan keluarga, isteri dan anak di rumah.

“Mungkin mereka faham keadaan saya ketika itu dan tidak memaksa untuk menyanyi. Mereka juga tidak merakam sebarang video atau gambar ketika itu kerana saya memakai pakaian lokap dan bergari," katanya.

Bagaimanapun, Ezad meluahkan rasa kesal apabila gambarnya ketika sedang disoal siasat di balai tersebar dengan mudah menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mengenai gambar yang tersebar sebelum itu, saya memang tak tahu kerana ia tersebar sebelum saya dimasukkan ke lokap.

"Tetapi sepanjang berada di lokap, saya sering menangis mengenangkan nasib anak yang baharu setahun,” katanya yang memberitahu kes itu bakal disebut semula pada 5 Februari.

Bertanya mengenai rakaman klip video rakan artisnya yang tersebar, Ezad berkata, pihak berkuasa tidak wajar mengambil sebarang gambar atau rakaman orang yang ditahan.

“Mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana menyalahi etika kepolisan.

“Namun, saya yakin, tidak semua yang berperangai begitu, hanya segelintir sahaja. Mungkin mereka teruja mendengar nyanyian secara live,” katanya lagi.

9 comments:

  1. Anugerah AKAL tak dimanfaatkan sebaiknya.Pilihlah kehidupan yg membawa kebaikkan.Ikutkan nafsu pasti mati...

    ReplyDelete
  2. Dh jd penyanyi dh tentu lh ramai peminat, dh ko dgn zamani kebetulan ramai lk encik polis minat, nyanyi lh ko dlm lokap ... ok lh tu x gitu ...hehehe

    ReplyDelete
  3. Kalau penyanyi yang kena lokap disuruh menyanyi, kalau pelacur yang kena lokap disuruh ape?
    .
    .
    .
    .
    .
    kangkang je le...!

    ReplyDelete
  4. Lain kali ambil banyak sikit natang haram tu. Biar sampai ketali gantung. Baru happy anak isteri

    ReplyDelete
  5. Ezad ngan macai umno same je dua2 taik hanjing

    ReplyDelete
  6. Polis patut diarah tidak membawa telefon berkamera sewaktu bertugas, sekiranya perkara seumpama ini berlaku lagi di lokap.

    ReplyDelete
  7. Anon 15:36 blajo undang2 lagi yer....mana ada menagih di hukum gantung w pun diorang telan sekilo.....

    ReplyDelete
  8. Bertaubat lah sentiasa.. selagi ALLAH bg kita bernafas. Jgn dibuka pintu neraka.. Mmg perit dan azab

    ReplyDelete