Friday 23 January 2015

PERAGUT KENA CEKUP DENGAN BANTUAN ORANG AWAM



Jeritan kuat seorang mangsa ragut dan rakannya berjaya menyelamatkan beg yang diletakkan di atas meja di dalam sebuah restoran berdekatan Jalan Tun Ismail dekat sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa bersama rakannya singgah di restoran berkenaan dan meletakkan beg tangan di atas meja makan.


Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pada masa sama, seorang dua lelaki  bermotosikal melalui kawasan itu manakala pemboncengnya turun dan mendekati pengadu. “Lelaki berkenaan tiba-tiba merampas beg berkenaan dan melarikan diri sebelum disedari orang awam,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, jeritan mangsa dan rakannya menyebabkan orang awam di kawasan itu bertindak membantu mengejar suspek.


Abdul Aziz berkata, ketika itu juga, pasukan Ronda Cegah Jenayah Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuantan menerima maklumat dan terus bergegas ke lokasi kejadian.


“Polis berjaya menangkap peragut seorang lelaki tempatan dengan bantuan beberapa orang awam dan merampas sebuah beg tangan dipercayai milik mangsa,” katanya.


Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan berusia 23 tahun dan beralamat di Perkampungan Sungai Isap dekat sini dan hasil ujian air kencing adalah negatif.

3 comments:

  1. Dia tersilap ambik beg..ingatkan beg gucci FLOP (first lady of penang). Beg FLOP ada letak buluh. Lg mahal dr beg makcik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beg FLOM first lady of malaysia aka baby hippo tentu ada cincin 24 juta beli dari hasil rembat komisen kapal selam....

      Delete
  2. ...Aaaa nk betulkan sikit bukan First Lady la tapi Fat Lady...yg baby hippo tu aku setuju tk kisah lah baby ke mummy ke janji hujungnya ada hippo

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...