Thursday 22 January 2015

VIDEO KLIP ZAMANI SLAM DI PAKSA MENYANYI LAGU POPULARNYA DI DALAM LOKAP DENGAN TANGAN BERGARI MENDAPAT CEMUHAN .... MOHON PIHAK BERWAJIB AMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA KEPADA PELAKU.



Kini sudah tersebar di laman sosial video klip penyanyi kumpulan Slam Zamani Ibrahim yang di cekup pihak polis bersama -sama dengan teman wanita atas kesalahan memilik dadah di paksa menyanyikan lagu Gerimis Mengundang didalam lokap dengan tangan bergari.

Kini sudah kedengaran suara-suara keras maukan pihak berwajib siasat dan ambil tindakan tegas keatas pelaku yang merakam dan muat naik video klip tersebut.

Suatu tindakan dan kerja yang memberi malu kepada PDRM sebuah agensi penguatkuasa yang cukup tegas dalam memastikan setiap pegawai dan anggotanya mematuhi setiap peraturan dan prosedur yang di tetapkan lebih-lebih lagi jika rakaman di buat didalam lokap.

Diberitakan rakaman tersebut di buat dilokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an ditahan polis tengah malam semalam kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.

Penyanyi itu yang berusia 43 tahun ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun di Taman Keramat, Ampang kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi setelah pihak polis bertindak hasil maklumat dadah yang diperoleh.

Pemeriksaan di bilik penyanyi berkenaan kemudiannya, polis menemui satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram yang terletak di atas tilam di bilik berkenaan.

Hasil ujian air kencing, vokalis itu juga didapati positif dadah jenis morfin.

Penyanyi terbabit juga mengaku terbabit dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun yang diperoleh daripada seorang pengedar di sekitar Hulu Kelang.

Penyanyi terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952
.

4 comments:

  1. Ramai artis yg berhijrah di cemuh Masitah.. Yg menagih ni nk disanjung ker Masitah oiiiii...

    ReplyDelete
  2. Kwn tu dh lh x sempurne akalnye tengah ketagihan dadah dipaksa menyanyi lk... x kesian ke?, dipermain mainkn gitu? ...

    ReplyDelete
  3. ZAMANI BOLEH SAMAN PDRM 100JUTA KERANA MENGAIBKANNYA

















    ReplyDelete
  4. paling komang pon 15 juta....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...