Friday 30 January 2015

BEKAS SETIAUSAHA POLITIK IDRIS JUSOH DI JATUHKAN HUKUMAN PENJARA TIGA BULAN OLEH MAHKAMAH RAYUAN ATAS PERTUDUHAN HANTAR SMS UGUTAN DAN FITNAH KEPADA TIGAS BEKAS ADUN TERENGGANU.



Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 41, dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan selepas didapati bersalah atas pertuduhan menghantar SMS ugutan kepada tiga bekas wakil rakyat Barisan Nasional dan SMS fitnah kepada bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar Terengganu, pada 2009.

Keputusan Mahkamah Rayuan menerusi panel tiga hakim  yang dipengerusikan oleh Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menjatuhi hukuman tersebut atas empat pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak terhadap Dr Ahmad Ramzi.

Keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki turut menolak permohonan peguam Hisham Teh Poh Teik Abdullah yang mewakili Dr Ahmad Ramzi untuk menangguhkan hukuman.

Mahkamah memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan.

Hakim Mahkamah Sesyen dalam keputusannya sudah menimbang semua bukti dan keterangan sebelum membuat keputusan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Ahmad Ramzi didakwa mengugut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Mohd Ariffin Abdullah, bekas ADUN Permaisuri Abd Halim Jusoh dan bekas ADUN Ajil Datuk Rosol Wahid di Kampung Kubang Parit, di sini, antara 11.21 malam hingga 11.25 malam pada 13 April 2009.

Tertuduh juga didakwa memfitnah bekas SUSK Menteri Besar Terengganu Datuk Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS ugutan berkenaan melalui nombor telefon bimbit milik Wan Ahamad.

9 comments:

  1. Hari tu banjir kat Terengganu, Anwar tak melawat pun.......................

    Adakah ini namanya De Facto yng Cekap?

    Jeff Ulu Yam
    Reformist Sejati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodo ..orang ulu patut pun.

      Delete
  2. Melayu jumut.....

    ReplyDelete
  3. Ulu yam berdaum kutum

    ReplyDelete
  4. Melayu bodoh sombong mcm geng keris .... Ckp berdegar degar tapi ada tanah yg baik beri Kat ca ya nun alif .... Ulu yam pun 90% tanah cha ya nun alif ...

    Termasuk genting dan byk lagi dahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada balak bagi kat pi ae pi

      Delete
  5. Wowww jef ....ayat mcm jef ni kelulusan tinggi.. standby ganti anuar jef.. wa caya lu jef... lu bakal penyelamat rakyat malaysia. Nanti lu masuk bertanding wa bg satu undi buat lu

    ReplyDelete
  6. Ada jugak Melayu bingai kat Ulu Yam.

    ReplyDelete
  7. Akhirnya ke dalam juga. Main politik kalau niat utk kepentingan diri dan kemewahan dunia semata2, tak kemana jua. Cemerlang akademik tak menjamin cemerlang dlm politik Malaysia.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...