Tuesday 27 January 2015

EDISI ZAHID HAMIDI KANTOI LAGI ... RUPA-RUPANYA RAJA JUDI YANG ZAHID HAMID BERITAHU FBI MEMBANTU PUTRAJAYA DALAM PROJEK MELIBATKAN KESELAMATAN NEGARA PERNAH DISABITKAN KESALAHAN JENAYAH PERJUDIAN HARAM PIALA EURO 2004.



Lelaki yang dikatakan membantu Putrajaya dalam projek melibatkan keselamatan negara dikatakan pernah disabitkan kesalahan jenayah di negara ini.

Sumber polis memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa 'raja judi'  Paul Phua Wei Seng ditahan di Miri, Sarawak pada 2004 semasa perlawanan Piala Euro di Miri.

Seorang sumber yang berada di tempat kejadian ketika Phua didakwa dan disabitkan kesalahan terlibat dalam perjudian haram memberitahu bahawa dia didenda.

Selepas membayarnya, Phua dikatakan meninggalkan negara ini dan kemudian dilarang memasuki Malaysia ketika Piala Dunia 2008

Menurut sumber, Phua, 50, juga dikenali sebagai 'Sabah kia' (budak Sabah) walaupun dia sebenarnya berasal daripada Miri, seperti maklumat dalam kad pengenalannya.

Pua menjadi tumpuan berita selepas ditahan dan didakwa oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat atas tuduhan terlibat dengan operasi judi haram besar-besaran di Caesar's Palace, sebuah hotel lima bintang di Last Vegas pada Julai lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kemudian mengeluarkan yang berkata tidak mempunyai hubungan dengan kongsi gelap 14K dan membantu Malaysia dalam urusan keselamatan negara.

Kumpulan yang berpangkalan di Hong Kong itu terlibat dengan jaringan jenayah antarabangsa dan dikatakan samseng kedua terbesar di dunia dengan keanggotaan lebih 25,000 orang.

Menurut laporan polis pada 2004 yang dilihat Malaysiakini, serbuan dilakukan pada serang bookie bola sepak di Jalan Kelab Golf, Miri oleh pasukan polis pada  3.15 pagi, pada 4 Julai tahun sama.

Dalam serbuan itu seramai 22 lelaki ditahan ketika menjalankan perjudian haram untuk pertandingan akhir Euro 2004 yang disiarkan langsung antara Portugal dan Greece, menurut laporan itu lagi.

Phua sekarang dibebaskan dengan jaminan di Nevada, AS bersama anaknya Darren.

Dilaporkan bahawa mereka berdua dibebaskan dengan syarat memakai gelang tangan GPS, yang membolehkan kedudukannya dikesan.

3 comments:

  1. Apo bondanye "hal keselamatan negaro tu"????
    Zahid hamidi...mu kena jelaskan pado rakyat wei..!!!
    Si Pua ni jadi spy negaro ko???

    ReplyDelete
  2. Diminta Tuan Papurkari tolong komen. Tenkiu

    ReplyDelete
  3. Bongkar lh ape sekali pun, dakwa lh ape sekali pun, x de ape kesan ciput pun .....buang masa je .....pemimpin2 umno ni above the law .....ape sahaja undang2 yg ade di bumi msia ni x lut kpd mereka ....... so lebih baik diam dn tengok je gelagat mereka.....yg akan menghancur mereka ni ada lah di kelangan mereka sendiri ....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...