Saturday 31 January 2015

SELEPAS MENJUARAI DENGGI TERTINGGI KINI SELANGOR GENGGAM PIALA BANKRAP TERTINGGI PULA.



Selangor merekodkan kes bankrap tertinggi dengan 6,668 kes daripada jumlah 22,305 kes yang direkodkan di seluruh negara, sepanjang tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri (gambar, kanan).

Beliau berkata Kuala Lumpur pula mencatat 3,279 kes diikuti Johor Baharu (2,699 kes), Pulau Pinang (1,579 kes) dan Kedah (1,076 kes).

Berdasarkan data yang dimiliki Jabatan Insolvensi, jumlah kes kebankrapan yang direkodkan sejak 1924 hingga tahun lepas adalah 265,564 kes dengan lebih separuh iaitu sebanyak 144,474 kes direkod sepanjang tahun 2007 hingga 2014, katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Nancy berkata peningkatan kes bankrap dilihat ketara sejak 2007 dengan 13,238 kes direkodkan dan didaftarkan, meningkat kepada 13,855 kes (2008), 16,228 kes (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 kes (2012) dan 21,987 kes (2013).

Antara punca bankrap ialah kes sewa beli kenderaan yang meningkat dengan ketara sejak 2007 hingga tahun lepas dengan mencatat 39,082 kes, katanya.

Ini diikuti pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi yang masing-masing mencatatkan 25,616 kes dan 24,041 kes untuk tempoh lapan tahun tersebut.

Nancy berkata pekerja sektor swasta merupakan golongan terbanyak yang menghadapi kes kebankrapan dengan sebanyak 47,403 kes direkodkan sepanjang 2007 hingga 2014 diikuti peniaga (17,024 kes), pekerja sendiri (9,837 kes), professional (5,295) dan sektor awam (3,959 kes), katanya.


PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI BANKRAP YANG TERTINGGI RAKYAT SELANGOR APA YANG MAU LAGI ... HIDUP AZMIN ALI!!!!

6 comments:

  1. hahahaha....

    Orang bankrap pun salah Azmin....cinta betul Omak kat Azmin

    hahahaha

    ReplyDelete
  2. Aku macam baca blog umno pulak kt sini. Puuuiiiihhhh!

    ReplyDelete
  3. dah takde citer sensasi ker...
    alaaa... azmin tu baru berapa hari je jadi mb, tak kan la bende yg puluh2 tahun dulupun nak di kait dengan dia, tak relevan langsung la omak kau ni... nampak sangat mengada2... lebih2 pulak... eeee meluatnya aku....!

    ReplyDelete
  4. cerita sensasi adaaa..dap usulkan cadangan untuk mendiamkan suara azan dan menghapuskan khutbah jumaat semasa solat jumaat...stop.

    ReplyDelete
  5. Kalo gitu... Apa agaknya omakkau akan lakukan jika jadi mentri beso..... Rasa-rasanya omakkau akan bagi sejuta sorg ye yang bankrup tu ye. Hidup ommakkau.......

    ReplyDelete
  6. Hahahaha.. Omakkau kempunan tak dapat duit pampasan rm2.1 juta. Tu yg meroyan sampai kiamat.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...