Saturday 24 January 2015

PEMBUNUH ALTANTUYA KOPERAL SIRUL TINGGAL BERSAMA-SAMA DENGAN ANAK LELAKINYA DAN SEORANG SAUDARA KETIKA DI CEKUP PIHAK IMIGRESEN AUSTRALIA.



Bekas komando polis, Koperal Sirul Azhar Umar tinggal di Brisbane bersama saudara dan anak lelakinya yang berusia 19 tahun sebelum dicekup pihak imigresen Australia, lapor media negara itu.

Sirul tiba di Australia pada Oktober tahun lalu dengan pasport dan visa pelancong serta tinggal di Ipswich, Queensland.

Sirul, 43, tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan minggu lalu apabila hakim mendapati dia bersama Azilah Hadri bersalah kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Pihak berkuasa Australia menahan Sirul selepas Interpol mengeluarkan notis merah berikutan kesalahan yang dilakukannya.

Australian Broadcasting Corporation (ABC) melaporkan Sirul dipindahkan ke bahagian keselamatan tertinggi di Pusat Tahanan Villawood di Sydney.

Sirul tidak bercakap kepada ahli keluarganya atau berjumpa peguam sejak ditahan, lapor media itu.

4 comments:

  1. Nk bawak rahsia ke mati x berbaloi ...pecahkn je le ...

    ReplyDelete
  2. Sudah kaya dah cukup tuk tutup malaikat kubur tu kot.

    ReplyDelete
  3. wajah seorang pembunuh begitu rupenye

    ReplyDelete
  4. siapa yg support... x kn setakat kopral boleh
    duduk Australia...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...