Sunday 25 January 2015

GENG PENCURI LEMBU KANTOI SELEPAS DIKEPUNG DAN DIPUKUL PENDUDUK KAMPUNG.



TEMERLOH – Sekumpulan pencuri lembu yang cuba mencuri ternakan penduduk Kampung Charuk Puting di sini kantoi selepas mereka dikepung dan dipukul penduduk kampung.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, empat lelaki itu dikepung ketika cuba mencuri seekor lembu dalam ladang kelapa sawit di kampung tersebut sebelum kehadiran mereka disedari penduduk kampung.

Difahamkan, kira-kira 10 orang penduduk kampung yang kerap mengadu kehilangan lembu kemudian mengepung kawasan tersebut dan berlaku pergelutan antara mereka dengan kumpulan pencuri berkenaan.

Bagaimanapun tiga daripada mereka melarikan diri dengan meninggalkan sebuah Proton Wira yang digunakan untuk tujuan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, pihaknya  menerima maklumat kejadian kira-kira jam 2.30 petang daripada penduduk kampung yang mengatakan seorang lelaki yang cuba mencuri lembu di Kampung Charuk Puting berjaya ditahan.

"Sehubungan itu, seorang remaja berusia 19 tahun berasal dari Jengka 15 yang sebelum itu ditangkap penduduk kampung ditahan untuk membantu siasata," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian dihantar ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan akan direman di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

““Hasil siasatan polis juga mendapati kereta yang digunakan kesemua suspek adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Karak.

“Polis sedang menyiasat kes ini untuk memburu mereka yang masih bebas,” katanya.

13 comments:

  1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat ni lepas pekena pil kuda ker? orang cerita curi lembu, dia pula melalut ke lain

      Delete
    2. Yer la..xde mngena langsung

      Delete
  2. pencuri lembu ngan lembu sama aje dua2 bodoh macam lembu...dua2 taik lembu...

    ReplyDelete
  3. Hahaha.....
    Pencuri nya......melayu malas tahu curi tak nak kerja halai. Memang patut di pukul biar putus kaki putus tangan baru mrk2 ni tiada harapan nak curi lagi. Makin belas kasian pencuri makin menjadi2 mencuri tak takut undang 2 sebab hukumannya ringan tetapi hukuman rakyat malaysia berat pukul sampai separuh mati sebab kemarahan rakyat siapa peduli dan ambil berat!!!!

    ReplyDelete
  4. Inilah mentality Melayu...Curi lembu ... aper salahnya ko pawah jer lembu kat NFC Ko jaga baik2 dah biak nanti ko jual ler..kan ker tu kejer halal..

    ReplyDelete
  5. ooo..lena terus dia ya...kena belasah sampai koma...kasihan kita tengok, sampai kuar darah ikut mulut,ikut hidung dan ikut telinga...berat berat....! anak atau cucu sape ye... pun tak kisah lah kan....
    tapi adakah terlintas dihati kita atau kita terfikir,kenapa semua ini boleh berlaku dan harus terjadi...??? bahkan terus berlaku dimana2 pun...
    dimana silap dan apakah puncanya semua ini berlaku....? pelbagai pendekatan dan tindakan diambil namun hampa....tetap tak ada penyelesaian....malah semakin parah ....!
    aku cuma sekadar bertanya.....
    tapi ingatlah satu pesanan...umat islam akan jadi hina bila meteka tinggalkan atau tidak beramal dengan ajaran islam itu sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulamak Melayu yang tengah lena tidur dan bermimpi di siang hari bila semua media Melayu menghidangkan cerita dongeng ...seperti Negara Islam yang yang terbaik, Melayu berdislpin bila di Mekah, tiada Melayu yang sesat kerana tidak mengamalkan ajaran dan wahabi....
      Bangunlah....ramai yang sesat di Malaysia walaupun tidak mengamalakan wahabi dan syiah...
      Lihat sekeliling kita...ulamak2 yang sekelian, pergilah melawat penjara2 di Malaysia...siapa yang ramai di sana...kenapa yang majoriti yang menagih dadah, mencuri, mengambil rasuah, melacur, merompak dll adalah Melayu Islam...
      Yang lebih parah, ada golongan yang menjadi Melayu yang tidak berpindidikan sekolah dan sengal menjadi Malay hooligan...samseng menjaga pusat judi, kaki pukul, tukang tarik kereta, boucer night club, merompak dll...yang akhirnya merosakkan akidah dan nilai agama budak 2 sengal tersebut.
      Pendekatan yang mudah...kaji balik sistem pendidikan Islam di sekolah sekarang ....kenapa sistem pendidikan gagal menjadikan budak2 Melayu sebagai umat Islam yang dikehendaki Allah SWT ..buat kajian hasil daripada belajar agama 11 tahun di sekolah, kenapa majoriti masih tidak tahu halal dan haram...tidak tahu solat...tidak tahu niat mandi wajib,tidak boleh membaca Al-Fathihah dan surah Lazim ...majoriti yang tahu solat dan baca al-quran adalah atas initisiatif ibu-bapa yang mengajar mereka di rumah atau mengupah guru2 mengajar al-quran di rumah...bukan hasil daripada sistem pendidikan di sekolah...sepatutnya syllabus seperti Tamaddun Islam harus dikeluarkan kerana tidak langsung memberi munafaat kepada pembentukan akhalak islam atau cara yang tidak betul seperti belajar hafal dan kupasan beberapa surah quran pilihan..
      Akhir sekali, ulamak mesti bertanggung jawab bukan hanya menyalahkan ibu-bapa. Ibu-bapa zaman ini dan dulu lain...sekarang ibu-bapa sibuk berkerja, pulang rumah pukul 9 malam atas tuntutan kerja dan tersangkut dijalan atas traffic jam ..mereka tiada masa untuk mendidik nak2 mereka ..ibu -bapa telah amanahkan guru2 agama untuk menjadikan anak2 mereka sebagai orang islam yang terbaik...Amanah adalah pekara yang pertama Allah SWT tanya di Padang Mashyar kepada guru2 agama, mufti2 dan ulamak2..adakah sudah bersediakan guru2 agama, mufti dan ulamak untuk soalan ini..kami semua akan menjadi saksi kepada kamu semua...

      Delete
  6. Al-kesah maka tersebutlah perkataan curi lemu, maka dipalulah orang yang mencuri itu oleh tuan punya lemu setengah mati adanya
    Marah pun ada kasihan pun ada, itulah kemelut dilema yang menimpa orang melayu belakangan ini. Sunguh malang nasib melayu sorang ini kerana cari sara idup hasil mencuri, suatu cabang kerjaya yang dimarah oleh sekelian orang

    Tetapi berlainan pulak jadinya kepada seseorang yang mengkebas wang atas nama lemu yang dengar kabarnya mencicah RM 250 jota.. sampai sekarang tiada sesiapa menyatakan cadangan pukol atau kerat tangan, malahan orang itu disanjong pulak

    Ajaib sungoh bangsa ku ini

    ReplyDelete
  7. Pencuri ni anak felda generasi ke berapa? Takkan Masitah tak boleh bagi kerja kat ladang lembu laki sarizat!!

    ReplyDelete
  8. Yang curi duit lembu ratusan jota tu ada lesen Ungke Monyet National Organisation! ..tu sbb terlepas...dpt cium tangan lagi...cup cup cup muuuaaah

    ReplyDelete
  9. simpel & sinis...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...