Friday 23 January 2015

VIDEO KLIP ZAMANI SLAM DI BULI DENGAN TANGAN BERGARI DISURUH MENYANYI "GERIMIS MENGUNDANG" DI SEBARKAN PIHAK KETIGA KATA PEGUAM UMNO ..... PULAK DAHHHHH!!!!!!!



Video penyanyi Zamani yang tersebar, ketika berada dalam tahanan polis berkaitan kes dadah, dipercayai bukan disebarkan anggota polis.

Sebaliknya Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, ia disebarkan pihak ketiga.

Menurutnya, penyebaran itu juga berkemungkinan dibuat ahli keluarga anggota polis terbabit.

“Saya telah adakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya dan katanya, rakaman itu dibuat oleh peminat (anggota polis).

“Penyebaran pula berlaku, selepas video berkenaan dipertontonkan kepada ahli keluarganya,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Daerah Ampang Jaya, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan Zamani sedar aksinya itu dirakamkan dan dia dipercayai hanya mahu menghiburkan peminat.

Kelmarin, penyebaran itu menjadi viral, selepas klip video nyanyian Zamani ketika ditahan dengan tangan bergari, disebarkan di laman sosial serta mendapat kritikan masyarakat.

Sementara itu, menurut Khairul Anwar, penyanyi itu yang kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, memperoleh akses bagi mendapatkan peguam untuk membela dirinya.

Beliau berkata, pihaknya telah menemui Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad yang bersetuju memberi akses tersebut kepada penyanyi itu.

“Dia juga boleh berjumpa dengan keluarga dan pengurusnya, bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan lebih lanjut.

“Ini adalah hak penyanyi tersebut yang merupakan seorang warganegara Malaysia, bagi mendapatkan pembelaan diri. Apa yang dilakukan kepada penyanyi itu mungkin kesilapan pada dirinya yang boleh diperbaiki,” katanya.

Rabu lalu, bekas vokalis itu ditahan polis, kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram dan Mahkamah Majistret Ampang membenarkan tahanan reman empat hari ke atas penyanyi itu, bermula kelmarin bagi membantu siasatan.

Penyanyi berusia 43 tahun itu ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun di Taman Keramat.

Penahanan penyanyi itu kemudiannya menjadi gempar, apabila videonya sedang menyanyi dengan tangan bergari, tersebar di Internet sehingga menimbulkan pelbagai kritikan.

10 comments:

  1. Dh nak kacau keje polis pulak dh ....Hai! umno umno ... biar je polis jalankn siasatan ...org ketiga ke keempat ke tu keje polis ...Hai! kadang2 lebih2 lk puak ni ... binawe

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ... ko tak tau ke polis tu dok bawah ketiak umno...

      Delete
    2. Ini legasi Mamak Kutty...Bila Mamak Kutty letak polis di bawah ketiak UMNO, orang awam mula pandang rendah kepada polis.
      Zaman 70an dulu2 orang respek Polis ..semua orang panggil Polis Datuk tak kira dia pangkat constable . Displin dan akhlak polis dulu2 tinggi. Bercakap dengan berhemah tapi tegas. Memang terbaik polis zaman itu.
      Tidak seperti polis zaman ini...banyak yang baran dan berlagak...Buat muka ketat dan tidak mesra langsung terutama polis perempuan. Harap2 jangan sampai penghinaan Polis ke tahap tanah tumpah darah Mamak Kutty...majority orang India panggil Polis India KUTTA Ka HUKUMAT ( anjing kerajaan)

      Delete
  2. UMNO+POLIS...same koott...???

    ReplyDelete
  3. haduuuuuuiiii aiiiii !! nampak sgt la sama2 bodoh. alaaahai anakkk ai !! apa bangang sangat kau ni nak ooiii ??!!!

    ReplyDelete
  4. ni takde keje lain puak loyar buruk ni,nak tegak bonang basah la tu,nak kata polis tak salah la tu....polis baik konon....hampeh piiiiraaaah. !!!"dah berapa ramai tahanan yg mati dalam lokap woiiii....auta punya woramg oooo.......!tak lih pakai, cap ayam jugak.....

    ReplyDelete
  5. Kite bace lh betul2, peguam tu sebenarnye nk tolong si zamani tu bukan nk backup polis tu ...bace sekali lg pelan2 ye ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pelan dah terkemut2 dah baca. Lebih sudu dari kuah. Nak tunjuk pandai konon orang ketiga (bukan polis) yg sebarkan, tapi sebut 'kemungkinan' pulak. Yg rakam tu siapa? Bila terlepas dgn sengaja dari perakam pertama, tersebarlah namanya tu ... Mangkok hayun.

      Delete
  6. Kepale hotak ko la..UMNO/BN CORRUPT AND NO HOPE..perubahan diperlukan #SELAMATKAN MALAYSIA.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...