Tuesday 27 January 2015

PAKATAN RAKYAT BARU BERUMUR 6 TAHUN BAKAL BERKUBUR SEBELUM PRU 14?????



Mereka tidak bersetuju untuk bertemu dan bertelagah secara terbuka berkenaan polisi masing-masing. Adakah ini pengakhiran bagi Pakatan Rakyat (PR)?.. Ditambah burukkan keadaan gelagat para penyokong tertentu yang bertindak lebih sudu dari kuah.

Terdapat kebimbangan PR akan terkubur seperti Barisan Alternatif, yang hanya mampu bertahan selama 2 tahun apabila DAP menarik diri daripada gabungan berkenaan pada 2001, susulan krisis bersama PAS yang mahu mewujudkan negara Islam.

"Pakatan tidak berfungsi ketika ini. Saya tidak tahu sama ada akan terkubur, ada kemungkinannya," kata seorang pemimpin kanan PR yang enggan dikenali, dan menambah, PAS berkemungkinan akan menggunakan isu pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) DAP untuk meninggalkan atau dikeluarkan daripada gabungan berusia 6 tahun itu.

Pilihan raya PBT isu terbaru dalam senarai pertelingkahan yang dibangkitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan ulama konservatif yang selari dengannya.

Dua pergeseran yang timbul sebelum itu adalah Langkah Kajang yang digerakkan PKR untuk menggantikan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahun lalu, yang menyebabkan berlakunya krisis menteri besar di Selangor berlarutan selama 6 bulan.

PAS juga berkeras mahu melaksanakan hudud di negeri yang dikuasainya di Kelantan, sekaligus mencetuskan keretakan dalam hubungan antara parti komponennya kerana mendakwa ia bukan polisi bersama PR.

Malah, memburukkan keadaan, Majlis Presiden Pakatan Rakyat, mesyuarat tertinggi untuk memuktamadkan sesuatu isu sudah tidak bersidang lebih dari 6 bulan, dan dilaporkan Hadi sudah tidak menghadirinya selama setahun.

Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata beliau tidak dapat menghadirinya kerana faktor kesihatan, namun ia tidak membantu menutup khabar angin hubungan renggang antara kepimpinan PR.

Agak lama kepimpinan tertinggi parti – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hadi, dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang tidak duduk semeja.

Malah difahamkan, kali terakhir mereka bersama-sama menghadiri mesyuarat adalah pada 20 Disember 2013, di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur.

Ketika itu mesyuarat dijalankan untuk menghantar surat kepada Khalid untuk menyemak elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), termasuk menteri besar, speaker dan timbalan speaker Selangor.

Sejak itu, Hadi tidak menghadirkan diri dalam 5 mesyuarat, dan PAS diwakili timbalan presidennya Mohamad Sabu.

Dalam sebuah mesyuarat majlis presiden tahun lalu, PR bersetuju menyokong presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Hadi tidak menghadiri mesyuarat berkenaan, dan kemudiannya menolak keputusan mesyuarat.

Sejak itu, DAP menegaskan kehadiran Hadi amat mustahak dalam setiap mesyuarat.

"Tiada petunjuk bila mesyuarat seterusnya," kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua.

"Mesyuarat hanya akan dijalankan jika Hadi hadir. Ini permintaan kami, kerana kami tidak mahu beliau menolak keputusan mesyuarat kemudiannya," katanya merujuk kepada beberapa tindakan Hadi menolak keputusan mesyuarat PR ketika kemuncak kemelut menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bagaimanapun dilihat lebih optimis dengan masa hadapan PR, mengatakan terdapat fraksi dalam kepimpinan PAS.

Muktamar PAS katanya mengesahkan sokongan parti itu terhadap PR sejak pembentukannya pada Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tewas majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

Beliau berkata ini bermakna, PAS akan kekal bersama PR.

"Isu yang melibatkan mereka ketika muktamar dan pemimpin mereka perlu diselesaikan secara dalaman oleh PAS," kata ahli Parlimen Pandan itu.

The Malaysian Insider difahamkan, Anwar cuba menghubungi Hadi dan Lim semalam. Lim bersetuju untuk menghadirkan diri, namun Hadi gagal dihubungi.

Penganalisis, Ibrahim Suffian berkata, pertelingkahan antara kepimpinan PAS menjelang pemilihan mereka yang dijadualkan pada Jun membimbangkan.

Perbezaan ideologi antara kepimpinan parti itu juga mencetuskan kebimbangan rakan-rakan pembangkang mereka.

"Jika kumpulan konservatif kekal dan mempengaruhi pelbagai peringkat, ia akan mengakibatkan Pakatan tidak dapat berfungsi," katanya, dan menambah, keretakan dan perpecahan senario terburuk yang mungkin berlaku.

Bagi mengelakkan ia berlaku, PAS perlu menukar kepimpinan ke arah lebih progresif dan komited kepada PR, kata ketua penyelidik bebas Merdeka Centre itu.

"PAS tidak boleh mendesak semua polisi mereka mahukan, dan pada masa sama, kekal bersama DAP dan PKR," katanya.

Rafizi turut mengakui, isu berkenaan memberikan sedikit kesan kepada akar umbi, terutamanya kawasan dikuasai Hadi dan penyokongnya.

Beliau bagaimanapun melihat, di kawasan-kawasan sentimen pro-PR, pertelingkahan itu tidak memberikan kesan.

"Ada kesannya, tetapi tidaklah begitu besar," katanya.

37 comments:

  1. TGHH patut lepas jawatan presiden tu. Pengundi dah muak dgn kerenah beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengundi mana yang dah muak sangat tu..? pengundi DAPig..? setahu aku ahli PAS takde masalah dengan setiap keputusan beliau.. hanya segelintir ahli & pimpinan PAS & puak2 pasma je yang yang tak suka beliau sbb gelap mata dengan tawaran org dari luar PAS...

      Delete
  2. rakyat lg muak tgk anwar dgn mcm2 kerenah termasuk langkah kajang yg hancusss
    "Kajang Pak Malau Kajang Berlipat, Kajang Hamba Mengkuang Layu, Banggang Pak Macai (PKR) Banggang Tak Kira Tempat, Banggang Pasma Laksana Dedalu"

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini lagi bangang!

      Delete
    2. Hahaha.....
      Semua bangang bin bodoh....
      Apa nak gembira bila pr terbubai..... buruk buat semua party buruk juga buat rakyat malaysia.
      Tanpa pr hancurlah harapan rakyat nak kan perubahan dgn party kuat pembangkang yg berpecah ikut laluan masing2 tak akan mampu kalahkan bn selamanya.
      Kalau party demi rakyat kena fikirkan kebaikkan rakyat bukan party pentingkan diri , ini hanyalah party bermaksud berkepentingan bukan ke arah kebaikkan demi rakyat bela rakyat perubahan utk rakyat.
      Jgn gunakan hukum islam dalam politik kalau keyakinan belum cukup malah semua perkara mesti ada persetujuan bukan semestinya puas kan hati masing2. Fikirkan kebaikkan buat semua rakyat dgn adil malah kalau nak ubah rang undang2 kena ada persetujuan bersama dan kalau boleh rakyat di berikan hak bersuara dgn pendapat persetujuan dgn tindakan atau hasrat bukan sebelah pihak atau kelompok.
      Rakyat tak sukakan perebutan demi kuasa tanpa memikirkan hak dan kepentingan rakyat lebih di utamakan.
      Maka berfikirlah secara keseluruhan bukan berat sebelah demi hak diri semata2 yg akhirnya rakyat keseluruhan di binasakan semata2 kepentingan masing2.

      Delete
  3. Anomaly 08:55
    Banggang Pasma Laksana Dedalu........Mengemut...Ngemut.......

    Kemut Keliling....Nuar Cilako amat suka juboq ke must keliling...jadi nag lah dgn Pasma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dah tahun 2015 bang! tak kan asyik cerita juboq aje bang ...

      Delete
    2. Anonmuose 8.55 dan anonmouse 9.23 adalah manusia yang sama ,jiwanya tertekan sebab Nuar dah belasah mak dia dan bini dia.kesian dia.nuar tak bayar duit selepas belasah.itu sebab dia meroyan macam nak gila

      Delete
  4. Kerana Anwar PKR Rosak,
    Kerana Anwar PAS dan PKR bertengkar
    Kerana Anwar PAS dan DAP bergaduh.

    Puash hati kamu Mr Permatang Pauh, mahu bini jadi MB, cita2 tak dapat, parti tunggang langgang dan PR berpecah.

    Kamu dah tua Anwar, nak masuk 70 dah, silap2 dah dekat dah umur nak expired............. Dari merosak parti sendiri baik kamu buat taubat nasuha diatas kekejaman kamu kpd TSKI, Che Gu Bard, Mat Sabu dll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan kerana Anuar ini kerana TGHH dan segelintir org pas yg bodoh kalau Anuar tamak tak sanggup dia lepaskan jawatannya sebagai TPM angguk saja kepala dan cium saja tangan Mahathir tu jadilah dia PM org yg tak ada otak saja yg suka buat tuduhan macm2 kalau nak diikutkan TGHH pun dah tua juga tapi demi rakyat lawan tetap lawan

      Delete
    2. Oii bodoh..anwar lawan sebab dia disingkirkan...bukan dia suka2 nak lepaskan jawatan TPM tu...

      Delete
    3. Betullah tu! Kalau Nuar angguk-angguk dulu taklah dia kena pecat daripada jawatan TPM! Mungkin Madey pun masih PM sekarang nih!

      Delete
    4. Apapun masalah dalam PR sekarang memang berpunca dari Anwar & the gangs.. dia ingat TG hadi & ulama2 dalam PAS tu suma tak tau politik, sekali pukul terabur semua... hah.. nak sangat.. tak sangka dorg berjaya pertahankan prinsip dorg menentang kezaliman tu sampai skrg.. skrg Nuar pulak yg bermasalah.. masa dh suntuk.. sokongan paling besar semakin kurang.. tanpa sokongan majoriti pengundi Melayu yg sokong PR (kebanyakan dari PAS) laluan ke Putrajaya semakin kelam.. ape nak buat.. Tamak sangat..

      Delete
  5. Yang mengundi TGHH adalah orang marang. Yang muak dengan beliau bukan pengundi PAS pun. Memang cina dan balaci mereka ( melayu la tu?) Tentu benci kpd. TGHH kerana tegoh dengan islam nya. Tentunya orang kapir dan munafik cuba menggulingkannya.
    Mana ada islam konservatif dan liberal? Islam hanya satu. Berpegang kpd. Quraan ,sunnah dan ijmak ulamak.
    Yang ada islam beriman dan islam munafik.
    Kalau nak pimpinan liberal ( kononnya) baik bunar saja PAS. Dalam umno semua nya liberal( kalau itu istilah yang digemari)
    Berbalik kpd. Isu PR. Menagapa hanya PAS yang perlu akur kpd. Keputusan PR? Menagap DAP dan PKR boleh berbuat sesuka hati? Adakah Pas atau orang islam kena ikut keputusan bersama walaupun pun bercanggah dengan islam? Adakah orang melayu kena sokong dasar,walaupun dasar itu bakal menghanvmcorkan melayu?
    Ada otak fikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang yang muak dgn TGHH bukan pengundi pas tapi penyokong pas jangan kata org kapir dan org munafik yg nak gulingkan TGHH tapi dia sendiri yg menjatuh maruahnya untuk dibenci org jadi jgn suka menuding jari manyalahkan org lain

      Delete
    2. bila masa pula TG Hadi menjatuhkan maruahnya sendiri..? memang ada puak munafik dalam PAS yg didalangi ejen2 Anwar yang sengaja menyebarkan fitnah dalam PAS sendiri..

      Delete
  6. Bubar pr! Aku tetap setia bersama pas ....hidup pas! hidup tghh! ....

    ReplyDelete
  7. Biar bungkus.. janji sampai kiamat aku doakan agar Pas jgn bergabung dengan umno.. sbb dlm umno terlalu byk geng2 rasuah dan geng bas sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ko cina bangsat, untuk memecah belah org Melayu

      Delete
  8. Nampak gayenye pas dh dipatuk ular ditempat yg sama jugak. Dulu dgn umno, pas lari dr mulut buaya sekarang ni dgn pr, pas masuk lk ke dlm mulut naga...pas patut bersendirian utk teruskn perjuangan, pengalaman mengajar kite betapa ramainye musuh islam tu sendiri ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musuh islam zaman Skrg adalah yg mengaku islam. Tp menghancurkan islam lihat lah pd parti umno tinggalan penjajah. Mudah... apa mcm betul tak bloger upahan?

      Delete
    2. Betul tu... bangga buat masjid. Tgok isi masjid siapa yg mengimarahkan masjid. Nak harapkan org org umno imarahkan masjid. Sekadar hari jumaat sj lah penuh

      Delete
    3. Banyak le kau yg orang umno pu masjid hari jumaat je..engkau berguru ngan guan eng ye...umno bangga buat masjid engkau dengki...dap suruh laungan azan didiamkan dengan engkau pun terdiam sama...
      Cina dap perleceh khutbah jumaat engkau diam...cina dap dok mengadu domba islam dan kristian engkau sokong...hoi anon 10:37...dap tu bukan kawan muslim...depa ni tak senang hati bila tengok melayu muslim menguasai pelbagai bidang kat malaysia..mereka penentang totok azam pas melaksanakan hudud..mereka kambing hitamkan umno bagi membolehkan mereka memusuhi melayu...mereka perdajalkan mamak2 muslim di penang...mereka menghasut domba kononnya mamak menguasai melayu...
      Dap tu musuh islam yg nyata...wajar sangatlah pas tak endah parti komunis ni...yg sudah tu sudahlah...kita semua dah pun kenal dap tu siapa...spesis yg bila diberi betis nak peha...dah ada kuasa sikit mula tunjuk perangai kaduk naik junjung...
      Hangpa nak sokong pas ke umno ke tabligh ke perkasa ke tu ikut hangpalah...cuma jangan lagi dah dok bersimpati dengan dap...depa musuh yg haram ditolong dan diberi simpati...
      Laungkan ABCD untuk didengar oleh semua muslim...Asal Bukan Cina DAP....

      Dinbt

      Delete
    4. Cina mca tak sokong hukum islam knp tak bising jgn nampak salah cina dap saja kalau nak komen biar adil

      Delete
    5. Mana ada cina mca...cina mca dah disamun komunis dap...adil kepala hotak kau...keadilan bagi dap ialah bila laungan azan disenyapkan...keadilan bagi dap bila melayu boleh dimurtadkan tanpa halangan...

      Delete
  9. Aku mengharapkan kegigihan jef ulu yam yg bekerja kuat selama ini utk memimpin PR. Moga2 anwar dipenjara boleh lah sama2 kita Tgok jef ulu yam mengepalai PR.. Hidup jef. Hidup jef

    ReplyDelete
  10. Keluarlah pas dari PR.Senang nk laksanakan hukum hudud .Pkr pulak senang nk laksanakan kandang babi modennya.Aku pulak senang buat pilihan .hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas keluar dr pr belum tentu hudud dpt dilaksanakan, pas yg kata kena ada sokongan dr umno baru hudud dpt dilaksanakan tapi pm kata hudud tak akan dilaksanakan di msia jd fikirkanlah bab kandang babi tu biarlah yg moden drpd kandang yg bersepah yg tak tentu hala saliran najisnya peninggalan kerajaan bn kalau nak dihapuskan terus mungkin dah terlambat

      Delete
  11. Bina banyak masjid sbb nk bg projek kt kroni tu lh jdnye...tengok kt terengganu sudah lh ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pi lah sembahyang dekat tok kong.

      Delete
  12. Den heranlah pasal asik nak cakap jubor semenjak ni. Orang nogori kata berjubur tu sama dgn bersetubuh. Elok2 cantik lubang dopan apasal lubang blakang yg busuk lak nak dibalun. Poning kopalo den pikirkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabau, river bamboo sedang menunggu

      Delete
    2. Memang river bamboo sdg menunggu tapi agak pening juga tuan2 hakim untuk buat keputusan tu yg ambil masa lama tu puas pikir mcm mana nak pusing

      Delete
  13. yg berjubo dengan antoya kena masuk river bamboo sekali

    ReplyDelete
  14. Dulu aku tabik od TGHH...sbb mcm singa
    Tapi sekarang TGHH dh jadi mcm yaser arafat ketika hujung2 usianya.....menikus dan cuba berkompromi dgn yahudi pula...
    akhirnya dikatakan mati sbb yahudi juga...ha3
    apa...?? Tghh mau jadi mcm tu ka? Akhirnya kojol kerana umno juga.

    So...letak jawatan aja lah
    bagi pada orang muda pulak
    taring mu dah tumpul....
    laripun dah tak bermaya...
    masyuaratpun tak pernah hadir.
    apa punya presiden mcm ni...
    bikin malu saja...
    mau jd presiden sampai langit runtuh ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu pi sound Lim kit siang dulu la cina dap oiii...Hj Hadi mau jadi presiden pas sampai bila2 lu apasal mau sebok??...
      Bila Hj Hadi dah menyampah ngan dap lu pandai2 suruh dia bersara...ahli pas sayangkan dia...lu ahli dap patut suruh kit siang bersara..dia pun dah tua nak mampus dahh..apa mau sebok2 lagi.. .lebih afdal pi jaga cucu babi dia...huhuhu...

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...