Thursday 22 January 2015

KPN TERIMA PINGAT KELAS PERTAMA RAJA THAILAND



Bangkok, 22 Jan - Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, dikurniakan darjah kebesaran kelas pertama Raja Thailand iaitu Knight Grand Cross (First Class) Of The Most Noble Of The Crown Of Thailand oleh Raja Bhumibol Adulyadej.

Penganugerahan itu disampaikan oleh Jeneral Somyot Poompanmoung, Ketua Polis Diraja Thailand, yang mewakili Raja Bhumibol Adulyadej, dalam satu majlis khas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Thailand, Bangkok.


Anugerah itu sebagai menghargai peranan yang diambil Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menjalinkan persahabatan dan hubungan mesra antara Malaysia dan Thailand terutama dalam usaha memerangi jenayah.


CP Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Polis Diraja Malaysia (PDRM), turut menerima anugerah iaitu darjah kebesaran The Royal Decoration Of Command Of The Most Exalted Order Of The White Elephant Of Thailand, di atas usaha dalam menjalinkan kerjasama PDRM dengan Polis Diraja Thailand (RTP).


Melalui penganugerahan itu juga diharapkan dapat mengukuhkan lagi persahabatan, persefahaman serta kerjasama rasmi antara kerajaan Malaysia dan Thailand.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim, isteri Ketua Polis Negara, Dato’ Nazirah Hussain, Duta Malaysia, CP Dato’ Seri Mohammad Fuzi, Pengarah Jabatan Pengurusan bersama isteri, CP Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama isteri dan DCP Dato’ Ramli Din, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM) bersama isteri.

2 comments:

  1. INI SEMUA SALAH UMNO

    -cai pkr

    ReplyDelete
  2. sepatutnya sirrul yg dapat darjah kebesaran kelas pertama tu sebab sampai nak mati pun dia masih taat...haru haru...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...