KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 24 January 2015

ISU AZMIN TUDUH NOH OMAR PEMBOHONG .... NOH OMAR TEMPELAK AZMIN SEBAGAI MB BERFIKIRAN SEMPIT, TAK RETI BAHASA DAN PENING LALAT.



Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), Datuk Seri Noh Omar menzahirkan perasaan hairan terhadap sikap dan pemahaman Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berhubung isu pembinaan kampus Universiti Kuala Lumpur-Intitut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL-MIAT).

“Saya kira beliau mungkin pening-pening sikit agaknya,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu mengulas kenyataan Azmin yang mendakwa beliau sebagai pembohong dan mengaitkan isu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, ia menggambarkan ketidakmatangan seorang pemimpin dan menambah: “Mungkin dia lupa bahawa sekarang ini Perdana Menteri Malaysia adalah Datuk Seri Najib. Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri. Kalau dia lupa, saya nak ingatkanlah.”

“Yang beliau nak kaitkan nama Tun Mahathir dalam isu ini kenapa? Apakah ini jawapan seorang yang bergelar Menteri Besar? Jawapan seperti ini seolah-olah menggambarkan pemikiran sempit seorang Menteri Besar,” jelasnya.

Sebelum ini Azmin mendakwa Noh sebagai pembohong kerana mendakwa kegagalan projek pembinaan UniKL-MIAT dan pembinaan bangunan tambahan Maktab Pegawai Polis Diraja Malaysia berpunca daripada kerajaan negeri.

Menurut beliau, kenyataan Azmin yang mendakwa kerajaan persekutuan tidak memberikan kerjasama itu sama sekali tidak benar, bahkan kerajaan negerilah yang dilihat banyak berdolak-dalih apabila diminta bekerjasama dalam perkara ini.

Kata Noh: “Apa yang Azmin kata itu tak betul. Bohong. Kita sememangnya mahukan kerjasama dari kerajaan negeri, tetapi mereka banyak dolak dalih. Kita nak buat prasarana untuk rakyat, bukan nak buat bangunan komersil.”

“Lagi satu, saya lihat Azmin ini seperti tidak reti bahasa. Apa maksud beliau apabila dia berkata boleh beri kerjasama dengan kerajaan persekutuan, tetapi beliau mahu tahu siapa wakil kerajaan,” tempelak beliau terhadap Menteri Besar Selangor.

Noh menjelaskan, semua surat menyurat kepada kerajaan negeri ada mencatat namanya selaku Pengerusi MTPNS, dan menambah: “Sayalah wakil kepada kerajaan persekutuan di Selangor. Takkan itu pun tak faham?”

10 comments:

  1. Mb pendendam mb gila publisiti....apa pun korang berdua 2x5 5x2

    ReplyDelete
  2. Yg sorang kate yg sorang lg pembohong yg sebetul nye dua2 pembohong..org politik mane ade yg bercakap betul...membohong belake...pru14 pkr pun x umno pun x dpt undi...good bye politik msia smuanye mcm hampeh...binawe

    ReplyDelete
  3. Yang tak perlu percaya ada 3..."lawyer...businessman dan politician..." PERIOD!!!

    ReplyDelete
  4. Pemimpin2 yg x dpt pengiktirafan seluruh rakyat selangor perasan berwibawa pada hal hari2 disumpah seranah ....kahkahkah

    ReplyDelete
  5. hahahaha......

    Omak memang cinta sungguh kepada Azmin....tak banyak, secuit pun mesti sentuh pasal Azmin.

    Mendalam sungguh cinta mu wahai Omak...

    hahahaha..,

    ReplyDelete
  6. Noh udang ni mentaliti mcm budak tadika...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same je le dgn mb tu .... x kurang x lebih ...hehehe

      Delete
  7. Ini dua2 samdol, pru14 kasi kick off la ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua dua cap ayam daaa....

      .

      Delete
  8. Dua dua cebok tak bersih da....dua dua bau taiikkk!!!!

    ReplyDelete