Saturday 24 January 2015

VIDEO KLIP ZAMANI SLAM .... DUA ANGGOTA POLIS DI GANTUNG TUGAS



PETALING JAYA
: Dua anggota polis yang memaksa penyanyi kumpulan popular 90-an menyanyi ketika di lokap dengan tangannya digari telah digantung tugas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, pihaknya mengadakan siasatan berhubung penyebaran video penyanyi, Zamani Ibrahim yang menjadi virul menerusi media sosial itu.

“Ketua Polis Negara memberi kebenaran kepada jabatan untuk memindahkan anggota terbabit daripada tugas sehingga siasatan selesai, lapor mStar Online.

“Kami bukan sahaja menyoal siasat mereka, tetapi juga penyelia mereka untuk mengetahui bagaimana kesilapan seumpama itu boleh berlaku dalam prosedur tugas polis.

“Kami menyiasat dari semua sudut,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit, tetapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Senior Deputi Komisioner Zubaidah menambah, pasukan itu tidak akan bertolak ansur terhadap perlakuan buruk itu termasuk menganiaya tahanan.

Malahan, katanya, tindakan yang dilakukan kedua-dua pegawai polis itu adalah sesuatu yang memalukan.

Dalam perkembangan berkaitan, Zamani pada satu sidang akhbar selepas dibebaskan dengan jaminan polis hari ini, meminta supaya tidak mengheret sama nama penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza dalam kisah hidupnya termasuk pembabitannya dalam najis dadah.

Kenyataan tersebut dibuat berikutan, tindakan bekas komposer, Saari Amri ‘mengejutkan’ industri hiburan negara apabila memuat naik status di laman sosial yang mendakwa Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Kenyataan Saari itu kemudiannya mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan para peminat Zamani dan Siti Nurhaliza.

Zamani yang kelihatan kurus dan masih letih pada sidang media itu memberitahu, buat masa ini, dia memerlukan doa dan sokongan moral sambil berazam mahu ‘membersihkan diri’ dengan bantuan ahli-ahli keluarga sebelum kembali semula menyanyi meskipun sudah beberapa kali gagal menangani ketagihannya.

Zamani, 43 ditahan pada Rabu kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di kediamannya di Taman Keramat, Ampang. Penyanyi kumpulan Slam itu ditahan bersama teman wanitanya yang berusia 32 tahun disyaki memiliki bungkusan mengandungi 1.2 gram heroin.

Menerusi video yang dipercayai dirakam sebaik Zamani ditahan itu menunjukkan dia menyanyikan lagu Gerimis Mengundang, salah satu lagu popular kumpulannya, sambil tangannya digari.

Rakaman video itu menjadi viral di media sosial dan mendorong pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

6 comments:

  1. kesian lak yea kat dua abang polis ni...ingat nak suka2 saja tapi jadi duka pulak....nasib baik kena gantung tugas je, kalau kena tali gantung ,lagi naye badan....naknya lari sampai australia...macam si anun...

    ReplyDelete
  2. Ade lawyer kata pdrm boleh disaman 100 juta, kalu ye lh terkencit pdrm ....kahkahkah

    ReplyDelete
  3. bl dh kaya tntu kksih lama cari balik lh kot

    ReplyDelete
  4. Haluuuuuuu. ......
    ikut pakatan rakyat pasti lu x gian lagi zamani..
    selagi dlm umnongok yg ngok jawapanya...

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut pr pasti lu gian minta di jubo suka sama suka.

      Khak tuih

      Delete
  5. Sy sangat berharap PDRM jalankan operasi besar besaran dan tangkap semua pengedar dadah supaya penagihan dadah dapat dihapuskan secara total. Ambil tindakan pada punca nya, tepat dan berbaloi utk kepentingan negara kita. Tk

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...