Thursday 29 January 2015

BEKAS PENGARAH VETERINAR NEGERI SEMBILAN DIJATUHI HUKUMAN PENJARA DUA TAHUN OLEH MAHKAMAH RAYUAN ATAS PERTUDUHAN MENGGUNAKAN DOKUMEN PALSU SEBAGAI TULEN.



PUTRAJAYA
- Bekas Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Datuk Dr Noor Soeraya Norsham dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.

Panel tiga hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Raus Md Sharif menolak rayuan akhir beliau terhadap sabitan kesalahan bagaimanapun membenarkan rayuan supaya tempoh hukuman penjara dikurangkan daripada empat tahun kepada dua tahun.

Dalam keputusannya, Raus berkata, Dr Noor Soeraya, 42, mengetahui bahawa dokuman yang digunakannya bukan dokumen tulen.

"Kami bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi bahawa terdapat keterangan yang jelas bahawa beliau tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dokumen berkenaan bukan tulen, bagaimanapun beliau menggunakannya bagi kepentingan kewangannya," katanya.

Raus, yang bersidang bersama Hakim-Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk Zakaria Sam menjatuhi hukuman penjara dua tahun bagi setiap satu daripada empat kesalahan yang disabitkan terhadap Dr Noor Soeraya namun memerintahkan supaya kesemua hukuman itu berjalan serentak.

Mahkamah turut mengekalkan denda RM10,000 yang dikenakan Mahkamah Tinggi terhadap Dr Noor Soeraya bagi setiap pertuduhan.

Pada 21 Februari tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengetepikan pembebasan Dr Noor Soeraya dan mendapatinya bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan dan satu pertuduhan utama mengemukakan surat kenaikan pangkat dan pengesahan gred jawatan beliau yang dipalsukan untuk memperoleh secara salah penyelarasan gaji serta elaun.

Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjaran empat tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan Veterinar Negeri Sembilan di Jalan Pantai, Seremban dan di bahagian pentadbiran veterinar di Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu, Seremban antara 16 Mac 2009 dan 24 Julai 2011.

Dr Noor Soeraya pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Seremban pada akhir kes pembelaan bagaimanapun berikutan rayuan pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan meminda keputusan Sahkamah Sesyen dan  mensabitkan seterusnya menjatuhi hukuman penjara terhadap beliau.

Dr Noor Soeraya diwakili peguam Faiz Fadzil manakala Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Afifah Yusof mewakili pendakwaan.

Mengikut pertuduhan utama, tertuduh didapati menyerahkan dokumen palsu kepada pembantu tadbir jabatan terbabit yang mengandungi butir-butir palsu iaitu arahan kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan tertuduh bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun, yang masing-masing pada 16 Mac 2009, 5 Januari 2010 dan 2 Julai 2010.

Bagi pertuduhan pertama, Soeraya didakwa telah memberikan kepada seorang ejen iaitu Pembantu Tadbir Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Siti Norhayati Md Yusof, satu dokumen bertarikh 27 Februari 2009 berhubung Arahan Kenaikan Pangkat dan Pengesahan Jawatan Pegawai Veterinar Gred G48 sedangkan beliau masih memangku Gred G44 dan  membolehkan tertuduh memperoleh RM39,536.90 secara salah pada 16 Mac 2009.

Pertuduhan kedua pula, pada 5 Januari 2010, tertuduh didakwa turut memberikan satu dokumen bertarikh 28 Disember 2009 kepada individu sama berhubung Arahan Memangku Jawatan Pegawai Veterinar Gred G52-Khas Untuk Penyandang (KUP) di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tujuan menyelaraskan gaji dan elaun, yang mana tertuduh mempunyai kepentingan serta mengandungi butiran palsu sedangkan beliau tidak dinaikkan pangkat dan menyebabkan tertuduh memperoleh secara salah RM5,013.82.

Mengikut pertuduhan ketiga, Soeraya didakwa melakukan perbuatan sama menggunakan satu dokumen bertarikh 1 Julai 2010 berhubung Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke G52 dan memperoleh RM5,764.86 secara salah pada 2 Julai 2010.

Ketiga-tiga perbuatan itu dilakukan di lokasi sama iaitu di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Jalan Pantai di sini.

Berikutan itu, bagi kesemua pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda suapan atau RM10,000, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh turut didakwa menggunakan dokumen palsu berhubung keputusan pemangkuan Pegawai Veterinar Gred G52 ke G54 bagi tujuan menipu pembantu tadbir di jabatan berkenaan pada 12 April 2011.

Untuk kesalahan itu, beliau didakwa di bawah Seksyen 471 kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya skali.

Manakala, tiga lagi pertuduhan pilihan yang ditawarkan pihak pendakwaan mendakwa tertuduh telah menggunakan dokumen palsu yang mengandungi butir - butir palsu iaitu arahan kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan bagi tujuan menipu Pembantu Tadbir jabatan berkenaan, yang masing-masing pada 16 Mac 2009, 5 Januari 2010 dan 2 Julai 2010.

Bagi kesalahan tersebut, beliau didakwa di bawah Seksyen 471 kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun yang sama.

15 comments:

  1. Alooooo ada brader tu gaji 1 hinggit tapi claim elaun 15 juta. Kerja dia penasihat negeri. Sapa tau sapa dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 7:36.

      Kalau orang yang awak maksudkan salah kenapa awak tak pergi report SPRM.

      Bawak sekali segala bukti yang ada.

      Sudahlah, dapat info tepi longkang nak bagi komen pulak kat sini.

      Kalau bangang jangan tunjuk kat orang. Sekarang tak pasal2 satu dunia tau awak bangang dan teramat bodoh.

      Kesian kat mak bapak awak.

      Delete
    2. Anon 07: 30. . .
      TAK PAYAH PERGI SPRM.
      ADA ORANG LANTIK "RAKYAT HAKIM NEGARA ?"

      Delete
    3. so pegi la ke rakyat hakim negara dengan soalan kamu tu.....resam macai...

      Delete
  2. Jeff, awak kat mana awak kat mana awak kat mana..
    Rindu la nak dengar awak merapu..

    Boy Putra.
    JKK Kg Bintang.

    ReplyDelete
  3. Geng2 keris telanjang memang bangang2 belaka.

    ReplyDelete
  4. Hebat...

    Raja Arab Saudi tinggalkan Mr Obama semata-mata menyahut seruan azan Asar.

    Sesungguhnya Allah itu lebih dari segala-galanya.

    Semoga kita semua mengambil contoh tauladan yang baik ini.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Pergh..ni baru la kejar pgkat dan duit..dosa pahala tolak tepi..bagus la kna jel

    ReplyDelete
  6. minyk ngn air x bcmpur. dosa phla tolk tepi
    tpi dia.lupa kuasa Allah klu dh.murka spndai mna mnusia akn akn dtunjukn.kebodohn mnudia yg rakus kpd pngkt dn wang ringgit. kita jdiknlh iktibr dri memalukn. demi ahli kluarga dn msyrakt.

    ReplyDelete
  7. Dia naikkan pangkat, gred dan gaji untuk diri sendiri memang cerdik semua berdokumen lain kali belajar dari orang politik ketuanan tanpa dokumen tapi income mak datuk segenap penjuru ada mengalahkan jusa A 1000x ganda

    ReplyDelete
  8. Dia belajar dr mane wat ni semua?....hee

    ReplyDelete
  9. hahahaha
    Doktor binatang lebih biul dari haiwan.
    Lain kali jangan tamak sangat. Tak logik naik gred tahun yang sama.
    Kalau iyer pun sabar lah dulu.
    Heran pun makcik ni, kan ke menyusahkan anak anak sendiri.
    Silap haribulan laki ko pun terpaksa kawin lain dek payah nak cari pengasuh menjaga anak anak yang kehilangan ibu yang berehat dipenjara.
    Walaubagaimanapun jumlah ni ciput berbanding kos 1 juta bawa kapalterbang TUDM dari Hawaii ke LAX kemudian indianapolis, kemudian london dan kemudian ke Bangkok.
    Kes macam tu SPRM tak mahu siasat ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak faham dengan makcik ni. Baru keluar penjara tapi masih lagi cari masalah. Sampai skarang masih menipu and fitnah org sana sini. Dah pernah kawin banyak kali tapi mengaku bujang. Makcik dah tua umur dah nak cecah 50 tahun ade hati mengaku umur 27 tahun 🤣.. tengok muka dah tau ko kertu. Apa pun semoga Allah tunjukkan segala penipuan yg ko dah buat selama ni.

      Delete
  10. Jeff ulu yam sdg menikmati ketum dn lubang kunyittt last night

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...