Thursday 22 January 2015

POLIS AKAN SIASAT RAKAMAN, SEBARAN VIDEO KLIP ZAMANI SLAM MENYANYI LAGU GERIMIS MENGUNDANG DALAM LOKAP DENGAN TANGAN BERGARI KATA KETUA POLIS NEGARA.




Ketua Polis Negara menyatakan pihak polis akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang merakam dan menyebarkan klip video penyanyi Zamani Slam ketika dia yang sedang digari di dalam tahanan.

Perkara itu dimaklumkan melalui twitter rasmi Tan Sri  Khalid Abu Bakar sebentar tadi.

Video yang berdurasi 1 minit 21 saat itu menunjukkan penyanyi tersebut telah disuruh menyanyi lagu hitnya ‘Gerimis Mengundang’ dalam keadaan duduk dan tangan bergari.

Sungguhpun dalam keadaan sedemikian, penyanyi bersuara emas itu hanya menuruti permintaan 'peminat' tersebut.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga ada yang simpati dengan nasib penyanyi berusia 43 tahun itu.

Tidak kurang juga yang menyalahkan individu terbabit yang merakam dan menyebarkan video tersebut sehingga mengaibkan penyanyi popular itu.

Pada Rabu telah dilaporkan seorang penyanyi telah ditahan dikediamannya bersama seorang wanita di Keramat kerana dipercayai positif dadah.

2 comments:

  1. Patutnya ko dah senang zamani....ko tewas ngan nafsu..

    ReplyDelete
  2. Masih muda tp sudah kalah...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...