Friday 30 January 2015

TUDUH KEHILANGAN MH370 SUATU KONSPIRASI PENGGUNA TWITTER DISIASAT



Akibat menulis tweet mengatakan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 merupakan satu 'konspirasi' dan bukannya kemalangan, seorang pengguna Twitter kini di dalam siasatan pihak polis selepas postingnya dipetik ketua polis yang mengarahkan siasatan dijalankan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam tweetnya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pengguna yang dikenali sebagai 'Fazel' di akaun Twitternya @ollie_mollie.

Khalid, yang menulis tweet di @KBAB51, memuatnaik 'screenshot' tweet Fazel dan memberi arahan: "PCIRC @PDRMsia Sila kesan dan siasat 'Fazel' di bawah ini"

PCIRC ialah singkatan bagi Police Cyber Investigation Response Centre atau Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis.

Dalam 'screenshot' itu, Fazel dilihat menulis tweet membalas mesej Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas MH370.

Fazel mengatakan, "@NajibRazak jib jib..it's not an accident, it's a conspiracy (ia bukan satu kemalangan, ia satu konspirasi)".

Bagaimanapun, akaun Twitter @ollie_mollie itu kini dipadamkan selepas beberapa pengguna Twitter lain mencabarnya memberi bukti wujudnya konspirasi dalam kes MH370 itu.

Pihak polis di akaun @PDRMsia kemudiannya bertindak balas kepada arahan Khalid dengan menjawab: "Tan Sri @KBAB51, tindakan sedang diambil oleh pihak PCIRC".

12 comments:

  1. Tu la ko fazel! x de pasal cari pasal ...hee

    ReplyDelete
  2. Tulah ikut sangat dendam ala Anwar. Sekarang mungkin Polis nak tanya mana konsperasinya. Mana tahu dia tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiit! x pasal2 anwar ibrahim lk kene...dendam sungguh ko ye ... padahal dia kenal ko pun tidak ... hee

      Delete
  3. aku taklah nak menyokong si fazel tu, dan bukan nak kata betul ianya konspiras, tapi bukti kukuh kata ianya satu kemalangan pun tadak jugak kan.... pening2....

    ReplyDelete
  4. Sila baca ini untuk buktikan MH370 adalah suatu konspirasi:
    http://topinfopost.com/2014/07/26/mh-17-was-in-fact-flight-mh-370-lost-flight

    ReplyDelete
  5. Selagi x jumpa bukti yg kukuh, selagi tu den x cayo.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. nampak sebijik manggis di laut hindi punjadilah sebagai bukti it accident

      Delete
  6. Hahaha......
    Tiada kebenaran kesahihan maka semua kemungkinan memang ada. Namun siapa kita utk bersuara dan kesalahan mengutara sesuatu mungkin boleh memudaratkan keselematan negara . Negara kita masih aman????
    Negara kita masih makmur???
    Negara kita masih selamat????
    Kita semua ada jawapan masing2 walaupun ada yg berbeda dan sebaliknya.

    ReplyDelete
  7. Ada perkara yg berlaku tanpa ada sesiapapun mengetahui "asbabnya" ...maka turutkan sahaja pada sipemerintah sebagai jln terbaik ...demikianlah kepada golongan yg mahu berfikir.."segitiga bermuda" menelan pelbagai objek tanpa diketahui apa nasib mereka yg terlibat ..dan setiap dari kita pasti akan mengalami sesuatu perkara kecil atau besar tanpa diketahui "asbabnya" dan mesterinya akan dibawa sampai kemati..aku pernah mendengar "suara" yg bergema semasa kecil yg menyeru nama ayahku tatkala aku berak di longkang besar diwaktu dinihari ditemani oleh ayahku sendiri..waktu itu air longkang yg mengalir tenang menjadi berkocak dan alirannya menjadi menongkah arus... nasib baik aku dah berak dulu..sampai ayahku arwah...tak pernah aku tanyakan ayahku samaada dia mendengar namanya diseru ..begitu juga sebaliknya ayah tak pernah bertanya apakah aku mendengar namanya diseru..apa "asbabnya" ..? sesungguhnya Allahswt mengetahui segala sesuatu...itulah tanda adanya sesuatu yg lebih "Berkuasa".. dan sebagai muslim pastinya Allahswt adalah "sesuatu" itu...biarkan misteri mh370 ...iktiqadkanlah itu adalah kehendakNya ..

    ReplyDelete
  8. Ada perkara yg berlaku tanpa ada sesiapapun mengetahui "asbabnya" ...maka turutkan sahaja pada sipemerintah sebagai jln terbaik ...demikianlah kepada golongan yg mahu berfikir.."segitiga bermuda" menelan pelbagai objek tanpa diketahui apa nasib mereka yg terlibat ..dan setiap dari kita pasti akan mengalami sesuatu perkara kecil atau besar tanpa diketahui "asbabnya" dan mesterinya akan dibawa sampai kemati..aku pernah mendengar "suara" yg bergema semasa kecil yg menyeru nama ayahku tatkala aku berak di longkang besar diwaktu dinihari ditemani oleh ayahku sendiri..waktu itu air longkang yg mengalir tenang menjadi berkocak dan alirannya menjadi menongkah arus... nasib baik aku dah berak dulu..sampai ayahku arwah...tak pernah aku tanyakan ayahku samaada dia mendengar namanya diseru ..begitu juga sebaliknya ayah tak pernah bertanya apakah aku mendengar namanya diseru..apa "asbabnya" ..? sesungguhnya Allahswt mengetahui segala sesuatu...itulah tanda adanya sesuatu yg lebih "Berkuasa".. dan sebagai muslim pastinya Allahswt adalah "sesuatu" itu...biarkan misteri mh370 ...iktiqadkanlah itu adalah kehendakNya ..

    ReplyDelete
  9. Cer tnye bomo 1msia ape komen dia lk ...hee

    ReplyDelete
  10. Asal crite pun bknnya org nk pecaya pasal konspirasi..... Tapi bila aircraft boleh cross negara sendiri tanpa disedari TUDM.... Itu yg jadi mcm mcm teori brader

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...