KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Friday, 23 January 2015

VIDEO KLIP ZAMANI SLAM DIBULI DENGAN TANGAN BERGARI DI PAKSA MENYANYI GERIMIS MENGUNDANG ... POLIS AMBIL KETERANGAN DAN RAMPAS 40 TELEFON BIMBIT.



Lima individu termasuk seorang isteri kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung sebaran video nyanyian bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani ketika dalam tahanan, semalam.

Menurut sumber, selain lima individu terbabit, polis turut mengambil keterangan Zamani sendiri dan teman wanitanya.

"Siasatan awal mendapati sebaran dilakukan anggota dari Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya dimana anggota pertama telah merakam video tersebut dan menyebarkan kepada anggota kedua dengan menggunakan aplikasi WhatsApp.

Mereka berjanji tidak akan menyebarkan video terbabit."Bagaimanapun video tersebut telah diminta anggota ketiga. Anggota pertama kemudiannya menghantar video berkenaan kepada dua lagi individu termasuk isteri anggota ketiga (yang meminta video tersebut)," katanya.

Katanya, hasil siasatan polis turut merampas 40 telefon bimbit.  "Video berkenaan turut dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," katanya. Kelmarin, penyebaran itu menjadi viral selepas video klip nyanyian Zamani ketika ditahan dengan tangan bergari disebarkan di laman sosial serta mendapat kritikan masyarakat.

Selasa lalu, Zamani ditahan reman selama empat hari, sehingga Sabtu kerana disyaki memiliki heroin seberat 1.2 gram.

Turut ditahan dalam serbuan di Taman Keramat, Ampang itu adalah teman wanitanya berusia 32 tahun.

5 comments:

  1. Isteri polis ngan umno same je dua2 taik hanjing..suke sebar aib org..

    ReplyDelete
  2. Sebar tu 1 hal tapi yg paling teruk paksa zamani menyanyi dlm keadaan mcm tu.. dah zamani berenti disuruh lagi.. dasar takde hati perut binatang pun tau kesian. Org malaysi zaman sekarang pelik2.. terutama polis dan amno yg gelap hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg memaksa dn takde hati perut tu lebih teruk dari taik hanjing.

      Delete
  3. Suh bini polis tu nyanyi gak, sambil mandi, pas tu sebarkan...

    ReplyDelete
  4. This Is What You Really Want !!
    Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete