KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Friday, 30 January 2015

AKHIRNYA JABATAN IMIGRESEN AKUR DESAKAN RAKYAT .... GANTUNG MODUL BAHARU BIOMETRIK, VISA PEKERJA ASING BESTINET.



Jabatan Imigresen menggantung sistem pemprosesan visa dan pemeriksaan kesihatan biometrik pekerja asing, yang mencetuskan kontroversi kerana pengarah syarikat yang diberi kontrak tersebut rapat dengan Putrajaya.

Penggantungan itu dua minggu selepas Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) dan pemeriksaan kesihatan biometrik itu berkuat kuasa, tetapi dikritik oleh agensi pekerja asing yang mengancam berhenti menghantar pekerja ke Malaysia.

Para operator mengadu mengenai kenaikan yuran secara mendadak di bawah FWCMS, daripada RM15 kepada RM250, yang diberi Putrajaya kepada Bestinet Sdn Bhd.

Dalam satu pekeliling bertarikh 26 Januari, Jabatan Imigresen berkata penggantungan berkuat kuasa serta-merta dan visa permohonan pekerja asing akan dilakukan di kaunter seperti amalan sebelumnya.

"BioMedical dan eVDR (FWCMS) yang berkuat kuasa pada 15 Januari 2015 akan digantung berkuat kuasa serta merta," menurut kenyataan itu, merujuk dua modul utama di bawah FWCMS - bio-perubatan dan permohonan secara elektronik bagi Visa Dengan Rujukan (eVDR).

"Sehubungan itu, permohonan visa dengan rujukan di kaunter imigresen kini berjalan seperti biasa."

Pekeliling itu ditandatangani Pengarah Jabatan Pekerja Asing Farah Adura Hamidi, yang mengesahkan arahan tersebut.

Beliau memberitahu, arahan menggantung penggunaan kedua-dua sistem itu datang daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi enggan mengulas lanjut.

"Jabatan Imigresen merupakan pelaksana, manakala yang membuat polisi ini ialah kerajaan. Jadi, kami menerima arahan ini daripada mereka (KDN) dan kami hanya bertindak ke atasnya," kata beliau.

FWCMS adalah laman web dikendalikan Bestinet yang juga akan mengendalikan antara lain, permohonan kuota pekerja asing, Pas Lawatan Kerja Sementara Elektronik (ePLKS) dan insurans mereka.

Semua pusat pemeriksaan kesihatan di negara asal pekerja juga terpaksa menggunakan sistem Bestinet itu.

Kontrak FWCMS dan pemeriksaan biometrik diberi kepada Bestinet, firma IT yang pengarahnya termasuk bekas menteri dalam negeri, Tan Sri Azmi Khalid dan bekas pengarah Jabatan Buruh, Datuk Tengku Omar Tengku Bot.

Pengkritik, termasuk kerajaan asing, mempersoalkan sistem biometrik itu, membangkitkan masalah kos tambahan dan isu keselamatan terhadap maklumat pekerja.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung menimbulkan kebimbangan terhadap monopoli sistem itu, dan berkata maklumat yang disimpan berkaitan kawalan sempadan dan imigresen adalah sensitif dan boleh mengancam keselamatan serta kedaulatan negara.

Mereka juga memberi kata putus kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jawapan bagaimana kontrak itu diserahkan kepada Bestinet.

"Bestinet bukan sahaja akan mendapat keuntungan besar melalui monopoli eVDR dan sistem biometrik, syarikat itu juga akan menyebabkan peningkatan kos untuk mengambil pekerja asing.

"Apabila kenaikan kos tidak dipantau, ia akan mendedahkan pekerja asing kepada risiko eksploitasi dan pemerdagangan manusia," kata Johari dan Lee.

Nepal dan Indonesia, yang menghantar beratus-ratus pekerja asing ke Malaysia setiap hari melahirkan kebimbangan para pekerja perlu membayar kos tambahan dan masih belum memberi keputusan muktamad mereka terhadap sistem itu.

Syarikat pengambilan pekerja di Nepal mengisytiharkan akan menghentikan penghantaran pekerja baharu ke Malaysia sehingga kerajaan Nepal membuat keputusan muktamad.

Agensi pekerjaan Indonesia dilaporkan sebagai berkata yuran terlalu tinggi adalah beban besar kepada rakyat mereka mencari pekerjaan atau belajar di Malaysia, dan juga mengancam berhenti menghantar pekerja ke Malaysia.

Mereka berkata Malaysia sepatutnya membincangkan perkara itu dengan kerajaan Indonesia sebelum pelaksanaan sistem baharu, sambil menambah ia satu bentuk eksploitasi terhadap rakyat mereka.

Rakyat Indonesia dan Nepal merupakan sebahagian besar daripada pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor seperti pembantu rumah, pembuatan, pembinaan, perladangan dan lain-lain.

Sistem biometrik diperkenalkan bagi mengelakkan laporan perubatan palsu dan menurut Jabatan Imigresen, ia akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pekerja dari Nepal dan Bangladesh.

Pada Rabu, Bestinet menafikan syarikat itu bertanggungjawab bagi kenaikan terlalu tinggi kadar bayaran pemprosesan visa pekerja Indonesia.

Bernama melaporkan semalam, Parlimen Nepal meminta kerajaannya tidak melaksanakan pemeriksaan kesihatan biometrik Malaysia itu susulan keputusan sebulat suara jawatankuasa Parlimen mengenai hubungan antarabangsa dan tenaga kerjanya yang menentang sistem itu.

Jawatankuasa tersebut menggesa kerajaan Nepal tidak menguatkuasakan sistem itu terhadap pekerja negara itu yang ingin bekerja di Malaysia tanpa terlebih dahulu mengkaji kesannya.

"Sistem itu kelihatan tidak patut dan wajar dilaksanakan ketika ini berikutan tiadanya kemudahan seperti itu di Nepal. Ini akan menyebabkan meningkatnya beban kewangan ke atas pekerja kita," kata ahli Parlimen Nepal, Prabhu Saha yang mengetuai jawatankuasa itu.

Zahid juga dilaporkan Bernama berkata, beliau akan meminta Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim mengeluarkan kenyataan penuh berkenaan FWCMS kerana ia melibatkan soal pengoperasian.

6 comments:

  1. Warga asing ngan macai umno same je dua2 meyusahkan orang..tahap otak pn same. Dua2 taik hanjing

    ReplyDelete
  2. Sistem ini mungkin hendak menyedari kerajaann Indonesia yang mengenakan RM8000 (lapan ribu) untuk mengambil seorang amah dp Indonesia, (yg dahulunya hanya rm4000 sahaja).

    ReplyDelete
  3. Biarlah Nepal Indonesia dan lain2 negara ugut tak hantar pekerja ke Mesia, dah berjuta kat sini yang cukup untuk mengancam kesejahteraan, peluang, kemudahan dan kualiti hidup rakyat tempatan...tapi dasar umno/bn tak pandang semua tu yang dipandang siapa dapat kontrak!!!! Sial sampai kiamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena fikir masak2 lah, takkan nak biarkan sampah di bandar2 dlm keadaan tak terurus, yg akan menyebabkan penyakit merebak selain dp bau yng busuk. Puak2 nilah yang membersihkan semua ini.

      Delete
  4. Meraung lh pulak kroni ... hee

    ReplyDelete
  5. This Is What You Really Want !!
    Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete