KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 31 January 2015

RON97 RM2.00, RON95 DAN DIESEL RM1.70 SELITER MULAI 1HB FEBRUARI 2015.



Harga runcit petrol RON95 diturunkan 21 sen kepada RM1.70 seliter. .. manakala RON97 (11 sen kepada RM2) dan diesel (23 sen kepada RM1.70) mulai tengah malam ini.


Harga bahan api itu ditetapkan mengikut sistem pengapungan terkawal sejak Disember tahun lalu.

Sistem apungan itu diperkenal selepas kerajaan memansuhkan sistem subsidi bagi menghadapi trend kejatuhan harga minyak mentah.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menulis tweet mengatakan: "Minyak turun lagi mulai 1 Februari. RON95 seliter RM1.70, diesel RM1.70 dan RON97 RM2. Wang lebih untuk belanja lain/tambah pelaburan!"

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan berkata, Putrajaya pada 21 November lalu memutuskan penetapan harga runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember.

"Harga baru bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang," katanya malam ini.

Beliau berkata, kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang bagi menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diingatkan mematuhi penetapan harga baru ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baru yang ditetapkan kerajaan ini," kata Hasan
Malek.

11 comments:

  1. Hye hanisa,awk sudi x kawin dgn saya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama dia pun awak salah eja

      Delete
    2. Cintaku pada hanisa tak pernah salah

      Delete
  2. Terima kasih Dato Sri Najib.

    ReplyDelete
  3. Anuar tak memperjuangkan rakyat pun dengan mendesak harag minya turuk ke RM1.00 satu liter. Adakah ini De Facto yang Cekap.

    Jeff Ulu Yam
    Reformist Tulin

    ReplyDelete
  4. Menurut kawan saya, memang orang minyak itu menceroboh masuk ke dalam rumah. Beberapa hari lalu, orang kampung terjumpa kesan tapak kaki dan tangan dia," kata Mohd Suhaimi Rosli.



    Remaja itu berusia 16 tahun, anak taukeh restoran.

    "Nanti abang masuk ke Kampung Laksamana masuk ikut lorong di sebelah tempat mencuci kereta," tambahnya.

    Berdasarkan maklumat itu, saya dan Suhaimi kemudian bergegas ke arah Kampung Laksamana. Kenderaan dipandu secara rawak mengikut gerak hati.

    "Kalau terjumpa sahaja orang Melayu, kita berhenti," ujar saya.

    Hidup lebih 40 tahun, tidak pernah saya mendengar perkhabaran orang minyak mengganggu mangsa selain orang Melayu.

    Lebih 15 minit kami berlegar-legar di kampung kelihatan seperti taman perumahan itu sebelum berhenti di hadapan rumah besar.

    ReplyDelete
  5. tgk pd selipar nmpak biase je...tp x sngka 8tahun berkhidmat utk kak mia...mmg tahan la,sapa kata brg lama xde kualiti..tp mngkin dh smpai masa die putus,rasenye kalau die putus bahagia biji bawa tu buleh lg repair dgn letak paku,,,tp cuba kak mia try letak paku,tp bleh bt pakai dkt umah je la kak,,nk pg opis tu x jamin la tahan ke x...

    ReplyDelete
  6. wahai rakyat malaysia..negara perlukan perubahan #SELAMATKAN MALAYSIA.

    ReplyDelete
  7. wahai rakyat malaysia..negara perlukan perubahan #SELAMATKAN MALAYSIA.

    ReplyDelete
  8. Bukan turun harga, tapi kerajaan tambah subsidi, kikiki

    ReplyDelete
  9. minyak turun ker, tak turun ke,kita orang tadak heran la maslan weh, kita cuma ada basikal tua aje... tak ada kesan pun....
    lain la kalau tambang teksi atau bas, atau barangan keperluan harian ikut turun ,baru kita "terasa".... ko guano gu...!

    ReplyDelete