Monday, 19 January 2015
PENYEWA BB PLAZA BENGANG APABILA DI ARAH KELUAR OLEH UDA TANPA MEMBERIKAN PAMPASAN.
Kekecewaan adalah perkatan terbaik yang mampu digambarkan terhadap perasaan para penyewa di BB Plaza di sini apa mereka diminta untuk berpindah keluar daripada lokasi perniagaan mereka.
Ia bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kondominium mewah 60 tingkat bagi menggantikan pusat membeli-belah yang sudah berusia tersebut.
Bagi peniaga, Nor Lyazazy, 28 yang memiliki tiga kiosk dan sebuah butik pakaian di pusat beli-belah berkenaan, pihak pemaju telah memberi layanan yang tidak memuaskan kepadanya dan juga penyewa-penyewa lain selepas memberikan notis yang tidak munasabah untuk mengosongkan kedai mereka tanpa sebarang pampasan.
Menurutnya, kali pertama notis diberikan kepada para penyewa untuk bersedia berpindah adalah pada 2012 namun tidak ada kepastian mengenai tarikh sebenar mereka perlu berpindah.
Kata Lyazazy, dia bersama-sama beberapa penyewa lain, menubuhkan Persatuan Peniaga Bukit Bintang Plaza dan bertemu dengan pengurusan pemaju UDA Holdings Berhad untuk mendapatkan pampasan.
“Kami menubuhkan persatuan untuk membolehkan kami mempunyai suara dan kebanyakan daripada peniaga mahukan pampasan kerana kami semua diminta untuk meninggalkan premis ini.
“Kami pernah mendengar bahawa UDA telah diberi pampasan oleh MRT Corp untuk diberikan kepada penyewa tetapi ia tidak sampai kepada kami,” dakwanya.
Tambah Lyazazy, sebuah kafe di Jalan Bulan yang telah dikosongkan lot mereka juga diberi pampasan oleh pemaju MRT Corp. semakin ramai peniaga meninggalkan premis berkenaan selepas tidak mengetahui bilakah ia akan ditutup dan dia kemudiannya menyewa sebuah kedai kosong untuk dijadikan butik.
“Saya terkejut apabila pada Oktober tahun lalu UDA akhirnya memberitahu tarikh akhir untuk keluar pada 31 Disember tetapi mereka membenarkan saya untuk menyewa pada tahun 2013.
“Jika mereka tahu bangunan itu akan diambil alih, mengapa mereka menyewa lot kepada saya dan setelah melantik peguam, saya membuat beberapa rayuan untuk tinggal lebih lama dan akhirnya diberikan lanjutan sehingga Mac tahun ini untuk mengosongkan kedai saya,” ujarnya.
Katanya lagi, ramai penyewa mengambil keputusan sama ada berpindah ke Berjaya Times Square atau Sungai Wang Plaza.
“Walaupun ini antara pilihan yang ada namun sewa di sana terlalu tinggi dan Sungai Wang juga dikatakan menaikkan sewa selepas penutupan BB Plaza.
“Kami tidak tahu apa yang akan berlaku dalam tempoh dua hari akan datang kerana pintu yang menghubungkan ke Sungai Wang akan ditutup apabila Metrojaya ditutup mulai esok,” katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi peniaga Wong Wah Tong, yang memiliki sebuah kedai yang menjual cenderamata, batik dan pewter berkata beliau berasa tertipu dengan pemilik pusat membeli-belah.
Walaupun masa yang diberikan mencukupi namun kerja-kerja pengubahsuaian jubin dilakukan awal tahun lalu mengelirukan penyewa yang mana merasakan mereka boleh kekal berniaga di sana.
“Namun selepas mendapat notis terakhir pada Oktober tahun lepas yang mengatakan terpaksa keluar oleh hujung tahun, kami memohon untuk diberikan tempoh yang lebih lama kerana memerlukan masa untuk memindahkan stok barangan.
“Kami sangat kecewa kerana tidak diberi apa-apa pampasan dan selain layanan mereka yang buruk terhadap kami.
“Kami telah beroperasi di sini selama 30 tahun dan mereka melayan kami seperti ini tetapi bangunan ini adalah milik mereka jadi jika mereka mahu kami pindah, kami akan pindah,” kata Wong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati
ReplyDeleteTulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai. Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu..
Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.
Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.
TULANG BADAK (TB)
MURTABAK WAVES
SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)
Amalan atau budaya 'dinasti' dalam PKR ditolak oleh pendokong, kata akar umbi penyokong PKR di Ulu Yam. Sebaliknya, akar umbi menasihatkan PKR supaya menapis dan memilih pemimpin yang berminat untuk diletakkkan di tempat yang sesuai bagi memimpin parti itu.
ReplyDeletePemimpin yang tidak berhati perut dan mementingkan kepentingan keluarga dalam PKR perlu disingkirkan kata aktivis parti yang hanya mahu dikenali sebagai Jeff berasal dari Ulu Yam "Ulu Yam, Semenyih, Broga dan Kalumpang sekarang menjadi nadi kepada gerakan untuk membawa PKR keatas landasan yang asal yakni berbalik kepada semanagat reformasi rakyat bawahan" ulas Jeff lagi
Cuba perhatikan berapa culas Anwar dalam hal banjir ini, betapa kejamnya Anwar memperlakukan CheGu Bard danTSKI dan paling akhir adalah menjadikan PKR sebagai hak mutlak dia. PKR hak ahli bukan hak keluarga dia.
ReplyDeleteSiapa lagi tak nampak macam mana dia menjatuhkan TSKI untuk diberi jawatan kepada Bini dia. Hoiiiiiii Anwar, jangan sangka akar umbi buta hati.
Jeff Ulu Yam
Keadilan Since Year 2000
Padan muka ko!!!;
DeleteSalam Sejahtera,
ReplyDeleteSudah masa De Facto dan keluarga beliau meletak jawatan beramai2.
Sudah nampak yang De Facto hanya pandai berkata2 tapi cakap tidak serupa bikin. Ini boleh dibandingkan dengan Sdr Azmin dan TSKI yang gigih bersama rakyat.
Papa - Kaki Torak
Mama - Kipas Remote Control
Daughter - Hadir di sesi Touch d Hanjing. (Ialah Suami dibenci tapi hanjing dihormati)
Adakah kita dalam PKR mahu bersama famili labu labi ini. PKR akan musnah jika kita masih medokong mereka2 diatas
Masaalah bani melayu pula bila UDA bantu beri ruang sewa...mereka sewakan pula pada orang lain untuk kaut untung atas angin...UDA diminta jual kediaman dengan harga murah pada bani bumiputra...geran gomen pula yielekk...kerana mentaliti bani melayu UDA akhirnya akan jadi bahan sejarah hehehe
ReplyDeleteAnon 9:23 salah topic, orang tengah diskusi isu2 PKR Sekarang ni
DeleteWan Azizah memang tidak menjaga hal ehwal DUN Kajang dengan sempurna. Jalan berlubang, sampah berlonggok, banjir kilat selalu.
ReplyDeleteSepatutnya Safuddin Nasution yang patut betanding kat Kajang. Tapi demi semangat Nepotism yang karat, Wan Jijah dibawa bertanding juga
Piliharaya akan datang, baiklah kita sokong calun bebas saja di Kajang sebagai protest amalan Nepotism dalam PKR
Tulang Badak
Muratabak Waves
PKR kini semakin hilang arah serta berlakunya kerosakan struktur dalaman parti yang tidak mampu diselamatkan lagi. Ini disebakan oleh individu yang membawa ideologi nepotism dalam PKR
ReplyDeleteMelihat daripada perkembangan ini, saya menaruh keyakinan bahawa usia PKR tidak akan bertahan lama. Ini memandangkan sudah ada isyarat bahawa lebih ramai lagi ahli akar umbi PKR di negeri Selangor akan meninggalkan parti tersebut.
Orang tengah yg jadi punca mahu ambil untung atas tangan ia. Dengan beri sewa pada uda dan orang tengah menyewakan balik pada siapa yg sewa ini belaku pada mpaj, dbkl dan uda jika melihat pemilik nya buka orang sepatut menyewa itu ,Oh mak tak penah meniaga mana tahu benda ini . Kita tak mahu perkara ini berlaku lagi di k.lumpur mahu pun selangor orang ambil untung sewa dari orang tengah
ReplyDeleteLari topik lagi. Orang tgh cerita PKR
DeleteKo yang lari topik..OK cerita tentang UDA ko pula spin kat cerita dalam kain PKR tu passaipe bro...lantak PKR laa dia nak kojol ka..nak hidup kaa..orang bodoh jer jadi keldai parti politik keh keh keh
DeleteHa.ha . Pkr bekas macai anwar dulu sangup merusuh dan terperdaya mata lemban anwar itu, itu kebenaran, ini aku lihat setelah dapat kedai sewakan pada orang lain itu macai, tak kira di mpaj ,majilis pembandaran selangor dan dbkl, mana ahli politik pr dan bn sudah menbasmi nya, sekarang siapa lari.topik aku ke kau.macai pkr yg tak puas hati anwar, cuba baca atikal di atas aku 11.35 itu, baca atikal kenapa takut pakara ini ke ini kebenaran ia, kedai milik uda dan milik mpaj itu sepatutnya sewa kedai kuasai bumiputera tak sepatut kuasai kedai apek dan warga asing dan orang tengah ambil untung fikirkan ia
DeleteLagi lama ameno memerintah lagi ramai orang Melayu gila kuasa.
ReplyDelete