Wednesday 21 January 2015

TUANKU SULTAN KELANTAN MELAWAT TGNA DI HUSM.




DYMM Sultan Muhammad IV melawat TGNA yang kini sedang menerima rawatan di Wad Delima HUSM, Kubang Kerian. 


Doakan untuk yang terbaik buat Mursyidul Am PAS merangkap mantan Menteri Besar Kelantan YB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Tuan Hj Nik Abdul Aziz b Nik Mat a.k.a TGNA.


KUALA LUMPUR – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan petang semalam.

Anak beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberitahu, Nik Abdul Aziz dimasukkan ke ICU selepas dikejarkan ke hospital itu sejak malam semalam.

“Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini. Saya akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahanda dari semasa ke semasa. Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Nik Mohamad Abduh meminta orang ramai mendoakan ayahnya kembali sihat.

Beliau dalam satu kenyataan semalam mengakui Nik Abdul Aziz sememangnya berada dalam keadaan uzur tetapi disifatkan sebagai ‘uzur biasa’.

Desas desus mengenai kesihatan pemimpin utama PAS itu bermula apabila kelibat Nik Aziz tidak lagi dilihat turun solat di masjid berhampiran rumahnya seperti biasa,

Nik Mohamad Abduh mengakui kesihatan bapanya memang menurun sedikit selepas peristiwa banjir di Kelantan baru-baru ini.

Perkembangan Kesihatan Ayahanda:

Ayahanda agak uzur ketika dimasukkan ke wad ICU petang tadi. Selepas diberi rawatan, ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan stabil. Walau bagaimanapun, doktor menyatakan ayahanda perlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.


Ayahanda mengidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh para doktor telah berjaya mengawalnya. Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik.


Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kesihatan ayahanda.


Ziarah ayahanda adalah mengikut prosedur yang ditentukan oleh pihak hospital dan dipersetujui oleh pihak keluarga.


Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
21 Januari 2015 / 30 Rabiul Awwal 1436H

2 comments:

  1. Semoga Allah S.W.T. menyembuhkan hambanya yang dicintainya iaitu Tuan Guru Nik Aziz dan semoga TGNA terus meneruskan dakwah kepada seluruh umat Islam.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...