KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 21 January 2015

KOPERAL SIRUL KINI DI TAHAN PIHAK IMIGRESEN AUSTRALIA.



Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar dilaporkan ditahan oleh pihak Imigresen Australia di Queensland berhubung sabitan kesalahan atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu, lapor ABC News.

Sirul yang dijatuhi hukuman mati ditahan di Brisbane setelah pihak berkuasa antarabangsa Interpol mengeluarkan surat merah terhadapnya semalam.

Dia dipercayai masih dalam tahanan di Brisbane di bawah seliaan pihak imigresen, namun masih belum jelas sama ada dia akan diekstradisi ke Malaysia atau sebaliknya.

Koperal Sirul Azhar, yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah kerana berada di luar negara dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota UTK itu selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar Umar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

3 comments:

  1. Kalo baca SD bala najib yang meliwat tuya..hee

    ReplyDelete
  2. Masa diberi arahan bukan main angguk bila terkene macam seribu kali ngeleng pun x guna ...yg bg arahan pun buat x kenal ... kesian nk buat mcm mne dh kalu ajal ko kt tali gantung tu nk lari kemane pun kt tali gantung jugak ...

    ReplyDelete
  3. Iktibar kpd semua penjawat awam. Jgn kejar pangkat & harta dunia dgn mengampu dan jadi kuda tunggangan. Bila tersangkut sendiri juga yg kena tanggung (jadi kambing hitam?). Pihak satu lagi berpeluk tubuh sembunyi tangan.
    Hingga nak kena gantung pun masih takut nak buka mulut. Kenapa? Ada ugutan terhadap ahli keluarga pula ke?

    ReplyDelete