Sunday 5 April 2015

NAJIB KEHILANGAN TIGA TOKOH PENTINGNYA DALAM TEMPUH BEBERAPA HARI


Kesemua enam penumpang meninggal dunia dalam tragedi helikopter terhempas di Semenyih petang semalam, di mana dua daripadanya diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Najib Razak. Mereka ialah Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat merangkap bekas Menteri Kabinet dan Dato' Seri Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri.

Jamaluddin yang lebih popular dengan pangilan JJ, diketahui umum adalah orang kanan Najib, terutamanya berkaitan gerak kerja politik dan hal-hal yang bertujuan meningkatkan hubungan serta penerimaan dan sokongan masyarakat terhadap kepimpinan Najib.

Kematian beliau yang tragis bersama Azlin, sudah semestinya merupakan kehilangan yang amat dirasai Najib sekarang ini. Tentunya tidak mudah beliau menerima kehilangan dua orang kanannya itu secara serentak.

Beberapa hari yang lalu, seorang pegawai khas Najib, Dato' Mohd Po'ad Jelani juga meninggal dunia di Singapura akibat kanser.

Ini bermakna, dalam tempoh beberapa hari ini saja, Najib kehilangan tiga orang pentingnya kerana meninggal dunia.

Takziah kepada Najib dan juga kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh

Marilah juga kita tidak kira dari kelompok fahaman politik mana sekali pun, sekurang-kurangnya menyedekahkan Al Fatihah kepada roh mereka .. Al Fatihah.

55 comments:

  1. Kaki raba tak kena dakwa, semoga dapat balasan yang setimpal

    ReplyDelete
  2. Lepas ni giliran Rosmah Puaka pulak...

    ReplyDelete
  3. Hahaha.......yg lama mesti pergi...malah bermewah dah cukup lama.... bukti harta dunia bukan milik mrk. Mati terbakar neraka tempatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi dia mati terhormat atas udara di atas kayangan. Mana ada orang2 atasan mati macam dia nih susah jumpa beb.

      Delete
  4. Dalam masa beberapa hari sahaja tiga penyokong Najib telah meninggal dunia. Selepas ini siapa pula? Bahkan Fir'aun yang mendakwa dirinya 'tuhan' pun mati lemas dalam laut kerana menderhaka kepada Allah !

    GST telah menjadi bala ke atas pentadbiran Najib kerana Najib dan kroni-kroninya telah memaksa rakyat menerima GST untuk menambah penderitaan rakyat. GST menaikkan harga barangan dan perkhidmatan melampaui batas menyebabkan rakyat bertambah miskin tetapi pemimpin BN dan kroni BN bertambah kaya dan hidup serba mewah kerana penderitaan rakyat.

    Sesungguhnya Allah menerima doa dari orang-orang yang dizalimi:

    Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:

    اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين

    " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama." Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan

    Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

    ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر

    " Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." Hadis riwayat Baihaqi - sahih

    Ramai orang berkata mati itu adalah ketentuan Allah dan saya bersetuju tetapi kita semua mesti ingat bahawa kematian adalah peringatan kepada manusia supaya manusia tidak menindas rakyat dengan GST dll !

    ReplyDelete
    Replies
    1. adapun golongan yg kufur pada nikmat yg ia perolehi .. akan menuduh pada keadaannya sentiasa dizalimi .. GST difitnahkan sebagai satu lagi kezaliman .. sayang sekali kamu begitu kikir pada nikmat dunia ..sehingga kamu memfitnahkan telah berlaku kezaliman pada diri kamu pada nikmat yg telah terlepas dari diri kamu ...

      Delete
    2. Kalau org miskin yg nak beli sardin pun kena bayar cukai GST, itu zalim namanya. Orang miskin mana pemerintah boleh ambil cukai.... Kalau GST untuk yang kaya sahaja kita setuju dan itu baru tidak zalim.

      Kenapa ostat2 sekarang suka tutup sebelah mata?

      Delete
    3. @ Unknown 14:49,

      Siapa yang kufur nikmat?
      Pentadbiran Najib yang berhutang RM740 billion dan membiarkan kebocoran dan ketirisan wang kerajaan berlaku setiap tahun
      ATAU
      rakyat yang dipaksa membayar cukai GST untuk menanggung beban yang dicipta oleh pentadbiran Najib?

      Yang jelas ialah macai-macai BN seperti kamu tidak pernah belajar ekonomi makro dan mikro dan kesan buruk GST ke atas rakyat menyebabkan kamu menulis komen bodoh tahap longkang !

      Delete
    4. Ostat Macai unknown..
      Nak mintak senarai barang yg dulu kena SST tetapi kini sudah turun harga 10% sbb tukar GST.

      Bila boleh bagi senarai tu ostat?

      Delete
    5. dengan GST kamu sebagai pengguna mampu mengetahui pada kadar cukai yg dikenakan terhadap perkhidmatan dan barangan ...sedang dlm sistem SST ia bergantung sepenuhnya pada kejujuran golongan kapitalis dlm menentukan harga pada setiap perkhidmatan dan barangan yg dibekalkan .. mungkin kamu secara kasar tidak merasa adanya "cukai" sebelum pelaksanaan GST ..tetapi kamu tidak mengetahui betapa rakusnya golongan kapitalis yg tamak haloba terutamanya dari kalangan bangsa cina yg berpakat dlm meletakkan harga

      Delete
    6. secara mudah ..jika sikapitalis mendapatkan harga dari pengeluar sebanyak rm50..dan melepaskannya kepada tangan kedua sebanyak rm70 ..seteruskan kepada tangan ketiga sebanyak rm90..dan seterusnya kepada pengguna bernilai rm110.. seluruhnya akan dikenakan GST sebanyak 6% ... dan tahukah kamu bangsa cina menguasai hampir seluruh peringkat ini ... maka kapitalis yg tamak haloba akan mengekalkan harga yg paling tinggi (yg melalui pelbagai pihak sebelum datang kepada pengguna) dengan mewujudkan "pelbagai pihak" yg asalnya sudah tidak wujud lagi .. dengan mendaftarkan anak syarikat kecil ... walaupun terpaksa mencari "cina buta" dari kalangan bumiputera demi memenuhi syarat keistimewaan bangsa melayu ..inilah kelemahan sistem SST..selepas ini adakah sikapitalis sanggup mewujudkan "cina buta" pelbagai peringkat lagi ? yang mana pastilah dia akan menanggung 6% untuk setiap "cina buta" yg diujudkan atas sikap tamak haloba mereka ?

      Delete
    7. atas manipulasi dan kesepakatan pada kapitalis yg tamak dan tidak jujurlah antara sebab mereka menguasai kedudukan 20 individu terkaya di tanah melayu ... kini kamu selaku pengguna berdoalah kepada Allahswt supaya sipemerintah mampu menangani pada peningkatan hasil melalui GST .. agar lembut hatinya...bertambah keimanannya ..dan meningkatnya sifat ehsan mereka kepada rakyat ..ingatlah celaan dan adu domba kamu terhadap GST akan menyebabkan kamu semakin tersiksa zahir dan batin ..

      Delete
    8. sudah cukupkah sesi penerangan mengenai GST ?...akta pencatutan akan menilai pada perjalanan harga barang dan perkhidmatan .. berapa pihak yg terlibat dari pengeluar sehingga kepada sipengguna .. lebih banyak pihak yg terlibat maka semakin banyaklah hasil GST kepada sipemerintah ... maka aku redha jika ini jln yg terbaik demi memerangi pada ketamakkan para penguasa ekonomi .. dan aku berdoa agar sipemerintah kekal dlm panduan syariatNya ... mungkinkah sipenguasa ekonomi kekal pada sifat tamak dengan mengadakan pelbagai peringkat sebelum sampai kepada pengguna ? atau mereka kembali menjadi manusia yg waras demi survival mereka dlm sektor ekonomi ?... tetapi jika banyak org yg kufur nikmat ..maka menanglah seluruhnya kapitalis dlm meneruskan sifat haloba mereka..masih lagi kikir pada 6% yg kamu keluarkan demi jihad ekonomi ini ?...masih lagi mahu bertempik dan dikumpulkan oleh sipenyangak ilmu laksana sekawan binatang ternak di kaki2 lima berkaitan perihal GST ?..terpulang kepada kamu

      Delete
    9. kamu hanya berjaya mengelak 6% dari jumlah perbelanjaan rutin jika GST dimansuhkan atau 0% GST seperti yg dijanjikan oleh para penyangak ilmu yakni kembali kepada SST.. sedang golongan kapitalis kekal pada sifat tamak dan kembali "berahsia" pada kadar keuntungan yg sanggup mereka istiharkan .. dan mereka pasti akan mencari2 jln untuk memuaskan nafsu tamak mereka dari masa kesemasa ..harga minyak pernah menjadi "punca" mereka bersepakat sekali lagi untuk meningkatkan kadar keuntungan mereka

      Delete
    10. (1) Kapitalis itu adalah pemimpin BN sendiri kerana mereka terlibat dalam pelbagai perniagaan sebagai pemilik syarikat perniagaan, pemegangang saham, rakan kongsi atau menjadi ahli lembaga pengarah. Maka berdasarkan komen kamu di atas, merekalah yang melakukan kecurangan dalam sistem SST . Dan sekarang mereka juga menikmati kredit cukai input dari kerajaan sedangkan pengguna tidak boleh menuntut apa-apa dari kerajaan. maka tidak hairanlah SST dan GST menguntungkan peniaga dan pemimpin BN dan merugikan rakyat !

      (2) Jika benar GST membantu rakyat dengan penurunan cukai kepada 6%, mengapa harga barangan dan perkhidamatan semakin tinggi sebaik sahaja GST dilaksanakan iaitu harga selepas GST lebih tinggi dari sebelum perlaksaan GST?

      (3) Macai-macai upahan seperti kamu cuba menipu rakyat untuk menerima GST tetapi kita semua orang terpelajar dapat mengetahui tipu daya kamu !

      Delete
    11. (4) Jika GST dilaksanakan konon untuk membantu rakyat, mengapa semakin banyak barang dikenakan cukai GST? Ini bererti rakyat terpaksa membelanjakan sebahagian besar dari pendapatan mereka untuk membayar barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Bukankah ini amat membebankan rakyat?

      (5) Jika benar kerajaan mahu membantu rakya, mengapa kerajaan memulakan GST pada kadar 6% walaupun pendapatan rakyat Malaysia masih rendah sedangkan kerajaan Singapura memulakan GST pada kadar 3% walaupun pendapatan rakyat Singapura adalah lebih tinggi dari pendapatan rakyat Malaysia? Selepas 9 tahun barulah cukai GST singa[ura dinaikkan kepada 4% ! Ini bererti kerajaan BN menindas rakyat sedangkan kerajaan Singapura lebih bertinbang rasa terhadap rakyat Singapura.!

      Delete
    12. para ahli politik yg memegang jawatan dlm GLC pusat atau negeri sama ada dari BN atau PR.. atau bumi putera yg sekadar menjadi "cina buta" dlm syarikat swasta mempunyai perbezaan yg sangat ketara ...mengapa kamu tidak menyebut pada kepimpinan PKR PAS dan DAP yg juga mengamalkan perkara yg sama ? kesan GST hanya dirasai oleh kapitalis yg haloba di akhir penutupan akaun tahunan mereka ..cukai input yg diperolehi mereka bukan sumber survivalnya .. sebaliknya bergantung pada pembuktian berlakunya urusan jualbeli ..lebih banyak diujudkan "pihak yg tidak wujud" lebih banyak tertanggung kepada mereka cukai GST...mungkin kamu "sangat" terpelajar ...ingatlah GST sudah ada lebih dari 20 tahun yg sudah dan telah dilaksanakan oleh 160 buah negara yg mempunyai pelbagai status ekonomi .. melebihi 80% dari seluruh kerajaan yg masih ada dimuka bumi .. zalim atau tidak GST bergantung sepenuhnya pada sipemerintah

      Delete
  5. Tak kisah punya -- 3 hilang 30 ganti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu juga tak kisah jika rakyat negara ini muflis kerana GST ! Hati macai BN telah mati !

      Delete
    2. GST menutup ruang manipulasi para penguasa ekonomi ... telah berzaman mereka mengaut laba atas penipuan dari hasil jual beli yg mereka lakukan ... GST bukan dihasilkan ditepi kaki lima ...dan mereka yg bertempik untuk menolak GST adalah para penyeleweng cukai dan golongan yg bodoh ...cermin diri ..dimanakah kamu berada ..sama ada sibodoh atau si kapitalis yg memutarbelit pada sistem cukai SST

      Delete
    3. GST mula dilaksanakan oleh kerajaan diluar tanah melayu lebih 20tahun yg lepas .. atas kajian oleh mereka yg berilmu..betapa para kapitalis yg tamak mengaut sebanyak mungkin laba dengan nilai modal yg paling sedikit .. caranya menekan siorg awam kemudian memanipulasikan sistem percukaian SST ..melalui perbuatan rasuah mahupun dengan taktik "money loundry" .. Kini lebih 160 buah kerajaan mengakui dan menurut pada GST

      Delete
    4. @Unknown 14:58,

      Kamulah yang bodoh kerana menyokong GST yang telah menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melampau di negara ini dan penderitaan rakyat miskin dan sederhana !
      Kamu tidak peduli penderitaan rakyat sebab kamu pentingkan diri.

      SST dan GST melambangkan kegagalan pentadbiran najib untuk membantu rakyat yang sedang dihimpit oleh inflasi yang dicipta oleh pentadbiran Najib sendiri !

      Delete
    5. Tak nak cakap banyak la.
      Senaraikan barang yg dulu ada SST dan kini sudah turun harga 10%...
      Bila ostat boleh bagi agaknya?

      Delete
    6. semua barang dan perkhidmatan ada didlmnya SST .. cuma kamu yg tidak mengetahui .. kerana ia menjadi "misteri" tatkala sikapitalis berpakat sesama mereka meletakkan harga dan mempunyai tempoh selama 12 bulan untuk memanipulasikan kadar keuntungan yg diperolehi .. sebelum SST datang pula kepada mereka untuk ditaksirkan pada jumlah yg perlu dibayar kepada kerajaan .. GST adalah pemecah kepada "misteri" kadar keuntungan sikapitalis ..

      Delete
  6. Eloklah najib batalkan GST kalau tidak nanti akan lebih banyak musibah akan menimpa. GST cukup memeritkan rakyat miskin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ahlil Nujum ke?... atau nujum pak belalang

      Delete
    2. @Anon 13:22,

      Kesan buruk GST adalah terlampau jelas untuk dinafikan maka tidak hairanlah jika ramai rakyat mengutuk pemimpin BN dan mendoakan kerajaan BN tumbang segera !

      Mengapa macai-macai BN seperti kamu dan boss-boss kamu masih percayakan bomoh dan nujum sedangkan bomoh dan nujum itu diperdayakan oleh jin, syaitan dan iblis? Ini zaman sains dan teknologi , bomoh dan nujum BN adalah milik muzium ! !

      Delete
    3. Sebab aku dapat BRIM RM1000..... ada aku congak tengok GST yg aku kena bayar setahun tak sampai un RM30...... untung lagi RM970 ..... Aku tinggal di cerok tok badak.

      Delete
    4. @ Anon 14:06,

      Jika kamu bayar GST sebanyak RM30 untuk setahun, kamu sudah pasti membelanjakan wang sebanyak RM500 setahun untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Ini bererti kamu menggunakan RM41.67 setiap bulan untuk keluarga kamu. Perbelanjaan kamu tidak masuk akal !

      Kesian macai-macai BN tidak tahu matematik, sebab itulah mereka kena kencing dengan bos mereka.

      Delete
    5. Engko lain la...
      Engko lembu kondo makan rumput free
      30 hinggit tu pun pasal ko beli tisu tandas kan?

      Delete
    6. anon 15:26

      Ko tau dak banyak barang tak kena GST , beras tepung, gula, ikan segar,
      ron95 untuk kapcai aku, yang rm500 ko kata tu kekadang aku bawa keluarga ak pi makan piza ke kfc atau beli pakaian atau yang kena GST. aku mempunya pendapatan sekitar rm2000 sebulan...

      Ko kira sendirilah ...senarai barang tak ber GST ada di web Kem Kewangan

      Delete
    7. @ anon 16:23,

      Penerangan kamu masih tak logik di zaman GST ini !

      Beras tepung, gula, ikan segar, ron95 adalah terlalu kecil bilangannya berbanding dengan terlalu banyak barang yang dikenakan GST ! Dan kamu mesti ingat beras , gula dan tepung apabila diproses menjadi teh tarik, roti canai, kek dll dikenakan GST juga.

      Spare part dan insuran motor dan upah baiki kena GST. Kfc dan piza dikenakan GST ! Adakah kamu makan piza bersaiz piring untuk dikongsi dengan isteri dan anak-anak kamu?

      Adakah kamu order dua ketul ayam kfc untuk dikongsi dengan isteri dan anak-anak kamu?

      Pakaian sekarang mahal dan bertambah mahal bila kena GST ! Jika kamu mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak, wang RM500 setahun tidak cukup untuk membeli pakaian di zaman GST ini. Anak-anak kamu tak pakai pampers kah sebab mereka telanjng bulat dan kencing merata dalam rumah ?

      Kamu tak beli kasutkah? Kamu pergi kerja dan makan angin pakai selipar jepun sahaja?

      Komen kamu memang tidak masuk akal !

      Delete

    8. Anon 17:00 hari2 ke? ko baiki moto, ambil insuran, makan piza.

      Aku cadangkan ko ambil sekeping kertas ko kira dalam SETAHUN berapa kalikah ko:
      1. Baiki motor/kereta
      2. Makan piza
      3. Beli Pakaian yg kena GST
      4. Gerai roti canai tak ada GST. Nak adakan sesebuah kedai keada cash register dg resit. yg tertulis no. pendaftaran GST.
      5. dan barang2 lain seterusnya ....

      Adakah jumlahnya memlebihi RM16 rubu. Kalau pun 16ribu GST nya cuma RM960 ... boleh offset dg BR1M. rm1000.

      Tapi kalau perbelanjaan tersebut lebih dp 20 ribu aku ktogeri kan ko sebagai org kaya. pendapatan ko mungkin melebihi 5 ribu sebulan.


      Delete
    9. Inilah masalah kamu anon 17:37 yang tidak tahu apa-apa tiba-tiba mencelah dan buat kesimpulan karut ! Bacalah dulu perbahasan dari atas hingga kebawah sebelum gatal campur tangan.

      Delete
    10. Kalau ko tak boleh jawab maknanya ko KALAHHHH

      Delete
    11. Komen anon 17:37 menunjukkan kebodohan anon 17:37 itu sendiri. Sebagai contoh, BR1M RM1000 tidak wujud ! Mungkin macai ini mabuk ketum. Macai ini juga membuat kenyataan yang salah iaitu roti canai tidak dikenakan GST. Pergilah ke restoran mamak di Kuala Lumpur dan jangan terkejut jika roti canai yang kamu makan dan roti tarik yang kamu minum dikenakan cukai GST ! Anon 17:37 fikir dia boleh hidup dengan beras dan gandum sahaja di zaman moden ini. Dia juga lupa bahawa setiap keluarga menggunakan lebih banyak wang untuk menampung kehidupan keluarga apabila GST dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan.

      Kita tidak membincangkan kesan GST ke atas satu barang atau perkhidmatan tetapi kita mengambil kira kesan terkumpul GST ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh manusia moden untuk terus hidup di zaman moden ini.

      Dan manusia moden tidak boleh hidup selesa dengan makan beras dan gandum sahaja tanpa membeli pakaian, kasut, barangan elektrik dan makanan yang telah diproses dan menggunakan perkdhimatan yang diwajibkan ke atas mereka oleh syarikat-syarikat korporat dll !

      Para peniaga telah menaikkan harga barangan sebelum GST dilaksanakan yang telah menyebabkan harga barang meningkat lebih tinggi lagi apabila dilaksanakan pada 1/4/2015. Dan seperti biasa kerajaan Bn gagal mengawal kenaikan harga barangan yang dikenakan ke atas pengguna !

      Apa yang berlaku hari ini ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melampaui batas yang disebabkan oleh GST iaitu GST 6% dikenakan kepada setiap peringkat pengeluaran, pemasaran dan peruncit dan semua cukai output itu diserap ke dalam harga jualan yang mesti ditanggung dan dibayar oleh pengguna sedangkan peniaga boleh mendapatkan kredit cukai input dari kerajaan !

      Dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah memberi amaran bahawa perlaksanaan GST akan menyebabkan kesan yang teruk ke atas orang miskin dan sederhana kerana mereka terpaksa menggunakan sebahagian besar dari pendapatan mereka untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST.

      Ini bererti GST amat membebankan rakyat ! Dan kerajaan BN memaksa rakyat membayar cukai GST ini adalah untuk membayar hutang kerajaan BN sebanyak RM740 billion dan menampung kebocoran dan ketirisan wang kerajaan yang disebabkan oleh kesalahan kerajaan BN sendiri !

      Kesimpulan: Rakyat Malaysia sedang hidup menderita kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang disebabkan oleh kerajaan Bn yang memaksa rakyat menerima GST untk membayar hutang kerajaan BN dll. Pemimpin BN dan macai-macai upahan BN tidak memperdulikan penderitaan rakyat kerana GST memberi keuntungan kepada BN !

      Delete
    12. Pembetulan: teh tarik bukan roti tarik

      Delete


    13. Ooi Anon 20:58 ko faham dak apa yg ko cakap berkaitan dg hutang negara

      Ko telah di tipu oleh org yg pandai bercakap tapi tak faham dg ekonomi

      ko lihat sendiri di web ini
      http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_public_debt

      Data itu agak dah lama sikit ... tapi statistiknya tak banyak berubah

      Negara mana kah yang paling banyak berhutang ko akan lihat di situ Negara jepun hutang lebih 200% dp GDP nya
      Singapore lebig dp 100% dpp GDP
      Malaysia cuma 55% peratus saja.

      Ko misti tanya dp org yg ahli dlm bidang berkenaan.
      Kalau ko nak tau berkaitan dg ekonomi ko tanya ahli ekonomi bukan peguam atau bukan yang pakar dlm Malay Studies.


      Delete


    14. Ko boleh dak memberi satu web site untuk menyokong dakwaan bahawa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah memberi amaran bahawa perlaksanaan GST akan menyebabkan kesan.......

      Tolong bagi --- aku nak lihat




      Delete
    15. Korang baca sendiri rencana berkaitan dg hutang negara ini -- aku petik dp Malaysian Insider
      (aku juga boleh petik dp akhbar2 lain tapi korang tak percaya)

      dari:
      http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/setiap-bulan-rakyat-malaysia-menyumbang-kenaikan-hutang-negara-mohamed-azma



      Tidak dinafikan hutang negara berada di paras yang tinggi ketika ini. Namun masih ramai yang tidak mengetahui atau tidak memahami permasalahan sebenar disebalik dua perkataan ini, “hutang negara”.

      Terdapat banyak cakap-cakap yang menyatakan negara akan bankrap jika kerajaan tidak mampu mengawal kadar hutang negara. Saya bersetuju dengan dakwaan ini. Benar, jika hutang negara begitu tinggi, risiko negara untuk menjadi sebuah negara bankrap ada kemungkinannya.

      Walaupun begitu, melihat senario hutang negara ketika ini, untuk menyatakan negara mungkin menjadi bankrap adalah sangat tidak tepat. Ini kerana ramai tidak memahami atau tidak mengambil kira penjelasan yang diberikan kerajaan.

      Hutang negara merangkumi hutang dalam negara serta hutang luar negara. Untuk rekod sehingga September 2013, hutang negara adalah RM529.2 billion atau 53.6% dari KDNK negara. Dari jumlah ini, RM512.3 billion adalah hutang dalam negara manakala RM16.9 billion adalah hutang luar negara.

      Untuk memahami lebih lanjut, lebih baik kiranya kita memahami terlebih dahulu hutang luar negara. Hutang luar negara adalah hutang berbentuk pinjaman sama ada untuk membiayai projek mahupun pinjaman dari pembelian asset untuk negara.

      Hutang luar negara ini yang mungkin membankrapkan negara atau negara mungkin terpaksa dikawal oleh negara asing. Melihatkan peratusan yang rendah iaitu hanya 3.2% dari keseluruhan tanggungan hutang negara, adalah mustahil negara ini akan jatuh atau dikawal oleh negara asing.

      Namun begitu, tidak semua dari hutang ini dibayar melalui pertukaran wang tunai. Terdapat juga beberapa perjanjian yang dijalankan antara negara Malaysia dan negara lain tidak memerlukan sepenuhnya pembiayaan melalui pertukaran wang.

      Sebagai contoh, ketika Malaysia membeli 18 buah jet pejuang Sukhoi buatan Rusia untuk kegunaan TUDM, pembiayaan yang digunakan adalah melalui pertukaran minyak sawit mentah dengan 18 buah jet pejuang tersebut. Tambahan lagi, pihak kerajaan Rusia juga turut membiayai latihan untuk angkasawan pertama negara melalui perjanjian yang dimeterai ini.
      ( bersambung)

      Delete
    16. Sebagai contoh, ketika Malaysia membeli 18 buah jet pejuang Sukhoi buatan Rusia untuk kegunaan TUDM, pembiayaan yang digunakan adalah melalui pertukaran minyak sawit mentah dengan 18 buah jet pejuang tersebut. Tambahan lagi, pihak kerajaan Rusia juga turut membiayai latihan untuk angkasawan pertama negara melalui perjanjian yang dimeterai ini.

      Berbalik semula kepada hutang dalam negara. Ramai tidak menyedari setiap bulan majoriti rakyat Malaysia menyumbangkan kepada kenaikan hutang dalam negara.

      Jika tidak percaya, sila lihat penyata gaji anda setiap bulan. Pasti adanya penolakan gaji anda untuk caruman KWSP. Ramai tidak menyedari, KWSP adalah penyumbang utama kepada hutang negara.

      Jika benar dakwaan negara semakin hampir kepada bankrap, pernahkah terdapat masalah KWSP tidak mampu membayar simpanan rakyat pada usia 50 tahun? Tiada!

      Selain itu juga, ramai dari kalangan rakyat tidak mengetahui ASB serta pelbagai lagi jenis amanah saham dari PNB turut menjadi penyumbang utama kepada hutang dalam negara.

      Sekali lagi tanya pada diri, adakah ASB tidak menguntungkan serta tidak memberi pulangan kepada pemegang akaun? Untuk tahun 2013 sahaja, dividen yang diberi kepada pemegang akaun ASB adalah 8.7%. Ianya boleh dianggap pulangan yang tinggi bagi sesuatu bon kerajaan.

      Ramai yang tidak mengetahui wang rakyat yang dicarum melalui KWSP dan amanah saham (ASB, ASN, AS1M, ASW, AHM dan lain-lain) adalah berbentuk pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

      Pinjaman inilah yang digunakan kerajaan bagi membiayai pembangunan serta projek-projek kerajaan. Seperti yang dikatakan tadi, tiada masalah yang dihadapi kerajaan untuk membuat bayaran balik kepada rakyat. KWSP misalannya, apabila pencarum berumur 50 tahun, mereka boleh terus mengeluarkan simpanan mereka.

      Begitu juga dengan ASB. Apabila pemegang akaun hendak mengambil keuntungan yang diterima, tanpa masalah mereka boleh mengeluarkan wang tersebut.

      Kombinasi antara KWSP dan amanah saham melalui PNB ini merangkumi lebih 70% keseluruhan hutang dalam negara. Kita perlu faham, KWSP dan ASB atau ASN mempunyai kecairan yang tinggi maka adalah mustahil jika kita mendakwa negara menghampiri kepada bankrap.

      Kepada rakyat Malaysia, diharap penjelasan di sini mampu menjawab tuduhan serta dakwaan yang dibuat beberapa pihak kononnya Malaysia gagal mengawal hutang negara serta negara mampu menjadi bankrap dan berkemungkinan besar dikawal negara asing.

      Jika anda tidak percaya penulisan di sini, terpulang kepada anda. Teruslah mempercayai penipuan, dan teruslah hidup dalam penipuan. Akhir kata, berkatalah benar, walaupun ia pahit. – 26 Januari, 2014.
      - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/setiap-bulan-rakyat-malaysia-menyumbang-kenaikan-hutang-negara-mohamed-azma#sthash.y9GrTFO4.dpuf


      Delete
    17. Fakta yang tidak boleh dinafikan oleh macai-macai bodoh BN ialah hutang luar negara Malaysia telah meningkat mendadak sebanyak tiga kali ganda kepada RM740 bilion dalam suku ketiga tahun2014 daripada RM196 bilion pada akhir 2013. Ini bererti pentabiran Najib hanya pandai menambah hutang kerajaan kerana pentadbiran Najib gagal mentadbir negara dengan cekap dan tidak mampu menjana pendapatan negara !

      Mengapa macai-macai BN dan kerajaan BN begitu terdesak untuk menggunakan KWSP dan PNB untuk menjamin hutang luar negara sedangkan wang KWSP dan PNB adalah milik rakyat bukan milik BN? Dan kita tidak merasa hairan melihat kerajaan BN memaksa rakyat menerima GST yang membebankan rakyat semata-mata untuk membayar hutang kerajaan BN yang terlampau banyak dan kebocoran dan ketirisan wang kerajaan setiap tahun.

      Rencana-rencana yang ditulis oleh macai-macai UMNO bertujuan untuk memperdayakan rakyat dan menyembunyikan kelemahan dan kesalan UMNO dan BN !

      Delete
  7. BILA KORANG BAYAR CUKAI GST, KORANG KENA PASANG NIAT. NIAT TU TERPULANG KAT KORANG MASING-MASING.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali aku bayar cukai GST, aku berniat " Semoga kerajaan BN tumbang dengan cepat kerana menzalimi rayat dengan GST".

      Delete
    2. Boleh tak niat macam ni, " Aku bayar GST tak halal dunia akhirat kerana dipaksa kerajaan."

      Delete
  8. Tiga hilang berpuloh boleh cari. Rakyat tak rugi pun keluarga mereka pun dapat harta-harta peninggalan simati. Silap-silap anak-anak semua jadi jutawan segera. Janda-janda pun jadi jutawan. Porsche baru bos!! Yang sedihnya ialah dari 25 April 69 hingga 13 Julai 2007, 18 atau eighteen helikopter Nuri terhempas dan mengorbankan 95 orang anggota tentera dan polis. Dari prebet hingga ke Mej Jen. Nilai mereka tak terkira. Belanja membeli aset dan melatih mereka beratus juta. Berapa ramai waris mereka yang hidup susah kerana kehilangan suami dan bapa. Ade kelian peduli? Ini orang politik, bersepah boleh dapat kat warung dan kedai kopi. Pandai bodek boleh jadi calun. Tapi kalau nak lantik seorang komando macam mana? Kalau nak pilih seorang pilot heli macam mana? Tak jadi de kalau setakat SPM cakap Inggeris tak pandai!! Jadi natijahnya orang politik kalau ramai mati pun kita tak perlu sedih. Lagi pun kini diorang kaya-kaya. Pergi kenduri kahwin boleh naik heli kira kaya lah tu. Yang kita sedih ialah bila perajurit kita tak kira apa bangsa atau ugama macam 95 orang tu mati kita sedih. Bukan senang nak cari calun tentera dan bukan senang nak latih menjadikan mereka profesional. Anyhow suma orang akan kensa "GAME OVER"!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. betol ambo setuju ngan anon 16:13

    ReplyDelete
  10. tapi org mati perlu sedih juga....
    sedih kerana tak ada bekalan ke akhirat...
    kekayaan dunia yg melimpah ruah ditinggalkan..

    ReplyDelete
  11. masih ada peniaga kenakan cukai servis 10% + GST 6%. Tugas pengguna ke nak memantau ni!

    ReplyDelete
  12. Anon 7:36... buat je la report.. tak kan tu pun nak berkira.. lagi pun, penguatkuasa pun manusia biasa.. dan bilangan dorang pun bukannya ramai.. dorang pun de gak jadual tugas kat mana yang perlu dorang pantau.. kalau ko buat report, ko akan dapat pahala secara tidak langsung (kalau ko ikhlas la) coz ko bukan sahaja membantu penguatkuasa, malahan ko membantu orang awam yang lain..

    korang ni, semua nak dipolitikkan.. pasal kematian pun nak dipolitikkan.. bawak2 la mengucap.. kita ni yang hidup belum tentu cara mati kita.. yang penting tempat kita di mata Allah swt ntah kan syurga atau neraka.. ingat bahaya nya dosa memfitnah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu....Pemimpin BN yang menipu rakyat tentu masuk neraka jika tidak bertaubat ! GST menindas rakyat bukan fitnah ! Bawak2 la mengucap !

      Delete
    2. Pemimpin BN tu sapa? semuanya nye ke? pemimpin2 lain maksum ke? kita ni yang bukan pemimpin pun belum tentu masuk syurga..

      the main point is kematian mereka ni, kenapa nak campurkan aduk kan dengan GST?

      de bukti ke si mati ni semua penyebab berlakunya GST? hati2 bila bercakap, jangan sampai timbul fitnah. jangan sebab fitnah ni, kita x dapat masuk syurga.. alam yang kekal di sana nanti..

      Delete
  13. Gst tahik puki.

    ReplyDelete
  14. Kalau selalu macam ini kan senang. Ada pilihanraya, ada orang naik pangkat, ada orang dapat duit insuran, ada orang jadi kaya, ada orang kecewa kerana tempat membodek dah takde, ada orang dapat duit tampal posta, ada orang dapat duit petrol bawa pengundi, ada orang dah lama tak ke masjid pergi masjid dan macam-macam ade. Ade sesiapa nak naik helikopter lagi? Jangan malu-malu beli insuran dulu!!

    ReplyDelete
  15. Halo, Ramadan adalah di sini sudah tidak Anda berpikir itu adalah waktu untuk mendapatkan berkah dari Allah bisa conected hari ini dan Anda yakin akan bahagia dengan kasih karunia Allah.
    Nama saya adalah Cynthia Johnson. kita hipotek, pinjaman rumah, kredit mobil, pinjaman Hotel, tawaran komersial Umum Mr John Carlson, orang harus memperbarui semua situasi keuangan di dunia / perusahaan untuk membantu mereka yang terdaftar pemberi pinjaman uang pinjaman pribadi, kredit, kredit konstruksi, rendah suku bunga 2% dll kredit modal, pinjaman usaha dan pinjaman kredit buruk bekerja, start up. Kami membiayai proyek di tangan dan perusahaan Anda / mitra dan saya juga ingin menawarkan pinjaman pribadi untuk klien mereka. hubungi kami melalui e-mail untuk informasi lebih lanjut: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...