Tuesday 7 April 2015

PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTENTU DILIHAT BERSAMA DENGAN DAIM ZAINUDDIN MENJADI RIBUT DI MEDIA SOSIAL.



Antara yang dikenali umum dilihat bersama-sama minum petang sambil santai dengan Tun Daim Zainuddin ialah Dato' Seri Shahidan Kassim, YB Dato' Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat, ADUN PAS Batu Buruk, YB Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, blogger APANAMA Firdaus Abdullah.

Kelihatan juga bekas bos NSTP yang sejak kebelakangan ini cukup ligat hentam Najib Razak dan puja melambung Tun Mahathri, Datuk Kadir Jasin.

Telah menjadi perbualan kalangan warga media sosial apa tujuan dan motif sebenar perjumpaan minum petang bersama-sama dengan Tun Daim Zainuddin ini yang cukup terkenal sebagai salah seorang pengkritik ketat Dato' Seri Najib Razak.

Dimana lokasi dan bila tidaklah dapat Omak Kau pastikan lagi tetapi yang nyata memang ada perjumpaan minum teh itu berlaku.

Demi pencerahan ... sewajarnya mereka yang berdala dalam rakaman gambar ini memberikan respon segera agar tidak terbina suatu persepsi yang kurang lunak dan enak.

8 comments:

  1. Shahidan Kassim ada sama ke..........bolih percaya ke ni .....

    ReplyDelete
  2. Bincang macamana mau bungkus itu BN la woi...

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. suka suka sembang kosong sebab yang berisi tak larat nak diteliti
    manusia sebelum mati banyak kerenahnya

    ReplyDelete
  4. Saje je.. cerite kisah di Yemen...

    ReplyDelete
  5. Bincang2 sape pula yg akan meletup selepas ni.

    ReplyDelete
  6. Fahaman politik berbeza takkan tak boleh bertegur sapa. Takkan nak bertumbuk pula di luar. Suami isteri bercerai pun boleh berkawan walau pun masing2 dah berkahwin lain. Bersangka baiklah. Kadang2 kita ni telalu emosi dan berpersangka.

    ReplyDelete
  7. Macam-macam spekulasi...pooooodah!!!!

    ReplyDelete
  8. Klu tghh ada sama,tentu fitnah UG akan disebarkan habis habisan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...