Thursday 9 April 2015

RUPA-RUPANYA JABATAN KESIHATAN AKAN MELAKUKAN SEMBURAN ASAP ATAU FOGGING HANYA APABILA KAWASAN TERSEBUT ADA BERLAKU KES DENGGI ... TIADA DENGGI TIADA FOGGING



Pegawai Kesihatan Daerah Sabak Bernam, Jamaliah Jamil bekata, semburan asap atau fogging tidak boleh dilakukan secara kerap dan hanya dijalankan apabila berlakunya kes denggi di sesuatu kawasan yang dilaporkan.

“Penduduk kena faham 'fogging' dibuat apabila ada kes denggi dilaporkan dan tidak berjadual. Bila ada kes, baru kita akan buat semburan kerana matlamat fogging nak bunuh nyamuk dewasa yang ada virus.

“Jika dibuat secara kerap kita bimbang ubat yang digunakan itu akan rentan menjadikan nyamuk imun dengan bahan kimia,” katanya.

Menurutnya, sebanyak tiga kes denggi masih aktif berlaku di daerah itu iaitu di Kampung Sekendi dan akan diisytiharkan tamat pada 10 April ini jika ia dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh dua minggu selepas dikesan.

“Masyarakat memainkan peranan besar dalam membantu menghapus tempat-tempat pembiakan nyamuk. Dulu, kes denggi di Sabak Bernam biasanya di kawasan perumahan, tetapi sejak akhir-akhir ini mula menular di kawasan kampung tradisional.

"Kita sentiasa memberikan penerangan dan memperhebatkan kempen kepada masyarakat supaya sama-sama membantu mencegah wabak denggi,” katanya
.

2 comments:

  1. Salam semua,

    Dinasihatkan Omak Kau dan pembaca2 suruh PKR Fogging kepala president parti kita. Tak habis2 nepotism. Yang jelek mamat ninja turtle pandan mareiiiiii tu kata yg layak Mrs Jijah kipas d Satay Kajang. Ada plakkkkkkkk kutu sewel nepotism kata Nurul Nuha patut. bertanding. Ini semua dakyah2 pendokong nepotism dlm parti.

    PKR perlu direformasikan parti sebelum dapat mereferomasikan negara.

    Part adalah hak ahli bukan hak keluarga mat matang bamboo river villa

    Cukup sampai sini saja. Zuhur sat ni mailah kat Masji Sri Petaling (Markas Jamaat Tabligh), kami dari Jamaah nak buat ghash kat Puchong Permai malam nanti. Hangpa turun surau puchong permai ada majlis ilmu.

    Wokey Dokey

    Yang Benerrrrrrrrrrrrrrrrrrr
    Jeff Ulu Bernam
    Reformist yg Originel

    P/S: Politik2 juga, kerja dakwah jangan berhenti

    ReplyDelete
  2. Tshun lrpas 2 anak perempuan sy msuk wad dan anak lelaki hari2 pg klnk kesihatan utk amik ujian darah krn denggi.. tp langsung x dtg rmh utk fogging ..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...