Tuesday 7 April 2015

SATU LAGI PENGAMAL POLITIK PRIMITIF BILA BUKA MULUT .... TUAI RUMAH YANG TIDAK SOKONG KERAJAAN KENA LETAK JAWATAN KERANA ELAUN MEREKA DI BAYAR KERAJAAN.




Seruan kepada tuai rumah tidak sokong kerajaan kerana kerajaan bayar elaun, lantik mereka
KANOWIT: Tuai rumah yang tidak menyokong kerajaan digesa meletak jawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent berkata, ini kerana kerajaan membayar elaun para tuai rumah termasuk melantik mereka.

“Para tuai rumah diminta terus setia bersama kerajaan dan menyokong segala agenda serta dasar-dasar kerajaan.

“Elaun dibayar itu menunjukkan kerajaan menghargai perkhidmatan serta tanggungjawab anda,” ujarnya semasa berucap pada Program Santai Bersama Rakyat di Rumah Anthony Ikus, Pedai di sini, petang kelmarin.

Turut hadir Penghulu Barnabas Angkis, Penghulu Juin Adan dan Tuai Rumah Anthony.

Pada program itu, beliau turut menyampaikan sijil pelantikan tuai rumah kepada Anthony.

Alexander berkata tuai rumah yang dilantik harus memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Jelasnya, tuai rumah juga wajar sealiran dengan kerajaan sebagai mata dan telinga kerajaan.

“Tuai rumah adalah ejen kerajaan sebagai sumber maklumat. Mereka juga akan membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan memberi info yang jelas kepada rakyat. Kita tidak mahu tuai rumah menyalahgunakan kuasa mereka demi kepentingan diri sendiri,” tegasnya.

Beliau menyeru agar para tuai rumah sentiasa mewujudkan hubungan baik dengan semua pihak dan dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan sebagai pemimpin setempat.

Sementara itu, beliau memberitahu bahawa kuota tuai rumah di negeri ini akan ditambah tidak lama lagi.

“Ini menunjukkan kerajaan sudah mula memberi kepercayaan kepada kita untuk membantu mereka dan jangan pula anda melawan kerajaan,” tambahnya.


ULASAN OMAK KAU:-


Pergh!!!! Satu lagi pemimpin berjawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) bila bercakap tidak pandang kiri kanan langsung ... siapa sahaja yang tidak setuju dan bersongsang dengan kerajaan dikerah supaya letak jawatan .. sebelum ini pernah juga kedengaran rakan-rakan beliau yang seangkatan dengannya berkata jika tidak setuju dan sokong kerajaan supaya nyah dari negara ini .. duduk di hutan dan terbaru dari Ahli Parlimen Langkawi merangkap Pengerusi KTMB supaya duduk dibulan kalau enggan bayar GST.

Inilah dinamakan politik primitif .. berpolitik secara guna modal usang dan pupus tarikh .. berpolitik lebih teruk dari spesisi yang menjadi penghuni hutan belantara .... politik diktator.

Bab ini Omak Kau secara ikhlas lagi jujur puji Dato' Seri Najib Tun Razak .. setakat ini walaupun bertali arus diserang sama ada pihak lawan maupun dari kalangan ahli-ahli parti sendiri .. sepatah ayat pun tidak keluar dari mulutnya suapa yang menentang beliau dipersilakan keluar dari negara ini maupun kakitangan awam digesa letak jawatan hatta ahli parti dikerah berdiam diam atau berdepan dengan tindakan disiplin parti .. TIDAK ADA ... ini membezakan antara negarawan dengan yang ingat pemimpin berjiwa haiwan.

Kalau berterusan para pemimpin BN mengamalkan budaya politik diktator dan primitif ini, maka tunggu dan saat ketikanya, bakal menjadi pembangkang selepas PRU 14 nanti .. politik ugut dan hambat sudah tidak ada tempat dijiwa dan minda rakyat yang berfikiran waras.

Hujah lawan dengan hujah bukan dengan terjah  ... berpolitik secara matang bukan ikut cara binatang.

Sebab itu, walaupun Najib diserang secara ganas tanpa henti dan berperikemanusiaan dari Tun M, namun majoriti rakyat terutamanya kalangan ahli-ahli UMNO masih memberikan sokongan padu kepada beliau .. kerana apa????  ... Sebab tidak mengamalkan politik primitif seperti ADUN Ngemah dan mereka yang sewaktu dengannya.

22 comments:

  1. TAK PAYAH LETAK JAWATAN PUN.
    PECAT JE MCM KHALID IBRAHIM TU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INI bukan negara Bapak ko

      Delete

    2. Setuju dg anon 11:21

      Ini bukan masalah politik primitif. tetapi ini adalah apa yang dipanggil sebagai INGKAR ARAHAN, mana2 ketua tentu tidak selesa dg kakiangannya yg inkar arahannya. Samaada dalam kerajaan atau apa2 organisasi. Bukan saja di Malaysia bahkan dinegara maju pun sama
      Masalah imbuhan (gaji/elaun) bukanlah masalah pokok. Mana kakitangan yg INGKAR ARAHAN, ketuanya berhak memecatnya.




      Delete
  2. Pecat je macam Tun M buat kat Anwar dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anwar memang patut dipecat kerana menjubo.heee

      Delete
    2. Sama macam di penang jugak la. Kawasan tak sokong pr, tak dapat kemudahan.

      Delete
    3. 1559...
      Bg contoh kaw mana.
      Tolong jwp komen ni
      Jika benar tindakan akan diambil

      Urgent pls...

      Delete
    4. Macai oh macai kenapa engkau kurus
      Macamana aku tak kurus duit brim dah habis.....

      Delete
  3. KERA-jaan BN bayar gaji kakitangan kerajaan menggunakan wang rakyat maka BN tidak berhak menindas kakitangan kerajaan yang menentang penyelwengan kera-jaan BN !

    Fungsi kerajaan ialah menjaga kebajikan rakyat tetapi KERA-jaan BN menggunakan GST untuk merompak rakyat ! BN mesti pindah ke bulan kalau enggan batal GST

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai pkr pun akan lakukan perkara serupa jika anwar berkuasa ,macam aku tak tahu.
      Berapa ramai pkr pecat sebab tak berbeza pemdapat dengan kepinpinan parti walau pun orang itu taat pada parti .tak salah aku ini dekat itu serawak jadi bukan umno berkuasa, umno hanya boleh menasihat parti dibawah bn itu je ia,

      Delete
    2. Aku lebih yakin Nuar dpd Najib. Mana RAKYAT DIDAHULUKAN?

      Delete
    3. Aku dah tak yakin pada anwar itu sebab berapa ramai pengasas pkr tinggal anwar itu, cari kenapa mereka tinggalkan anwar itu , cuba perhati umno boleh 90% pengasas umno masih ada dalam nya,
      Bukan senbab duit tapi anwar sangup tikam kawan sendiri kita tengok apa jadi pada
      Tun gafar
      Cikgu bat
      Mariah
      Kahlid
      Dan banyak lagi

      Korang cari kenapa mereka tinggalkan anwar itu

      Fikirkan lah Ia

      Delete
    4. Madey suruh siasat balik.
      Ada yang sentap

      Delete
  4. Sebelum pindah ke bulan, BN pastikan dulu PR akan dihanyutkan di Sungai Kelang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bn yg kucar kacir PR pula disalahkn. Madet tgh serang najib. Umno terkapai2. kesian.

      Delete
    2. Seblm BN pindah ke bulan, tolong dengar nasihat tun madey. Siasat sapa bagi arahan

      Delete
  5. Sepatutnya BN masuk dalam lubang bumi dulu sebelum suruh orang lain pindah ke bulan!

    ReplyDelete

  6. Di P Pinang pun ada GST
    Mengapa DAP tak hebh??
    Sebab org DAP membaca akhbar arus perdana.
    Mereka tahu siapa yg kena banyak GST yang kurang.
    Mereka tahu org kaya yang paling banyak kena GST
    Mereka tahu juga yg kaya2 di PP ialah MCA, Gerakan. bukannya DAP
    Jadi korang yang bising2 ni korang ingat korang lebih kayya dp org BN ke???



    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg bising menyalak gst tu anjing siapa ek ?

      Delete
    2. 1432....
      Yg kaya tu peniaga. Mereka seronok sbb boleh claim balik GST. Yg tak seronok ialah rakyat biasa / Muslim / pengguna akhir/ melayu sbb kita x boleh claim.

      1550....
      Kesian.....
      Sia2 puki mak ko lahirkan ko

      Delete
  7. Tunggu sebelah sana kata kalau tak sokong kerajaan BN tak payah sibuk-sibuk bayar cukai.he he ada berani

    ReplyDelete
  8. Menjadi tanggungjawab ketua yang dilantik oleh organisasi untuk taat dan setia pada organisasi...ITUPUN JADI ISU KE?
    Tuai tu dipilih melalui undi ke?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...