Tuesday 5 May 2015

APAKAH TUN MAHATHIR PUN BOIKOT UTUSAN, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3?????


Selain Tun Mahathir dituduh tidak faham GST , Mufti Perlis dan Pensyarah Kanan UKM Prof Dato' Mohd Agus Yusoff pun dikatakan tidak faham GST ... persoalannya adakah mereka juga boikot Utusan?????

Untuk makluman dan pengetahuan Ustaz Kazim Elias .. masalahnya, yang baca Utusan dan Berita Harian sampaii ada yang bawa tidur, serta siang malam tengok RTM dan TV3 pun masih tidak faham dan keliru bercelaru dengan GST.

Yang Ketua Pengarah Kastam dan Pengerusi SKMM bertelagah sesama mereka mengenai kad tambah tambah nilai prabayar sama ada hapus dan kenakan GST .. adakah kedua mereka juga tidak baca Utusan, Berita Harian serta tidak menonton dan mendengar siaran RTM dan TV3????

Nak berikan alasan pun agak-agaklah .... jangan sampai nanti rakyat hentam dan terus merajuk pula nanti.

Penceramah Datuk Kazim Elias semalam menggesa pengundi Permatang Pauh menghentikan boikot terhadap sesetengah media arus perdana supaya mendapat maklumat yang lengkap tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, walaupun sesetengah barangan tidak dikenakan GST, ada pengguna membayar GST kerana tidak tahu tentang perkara tersebut selepas memulau berita dan akhbar yang mengandungi maklumat tersebut.

"Kadang-kadang benda itu memang kosong GST, dikecualikan GST. Tetapi dia (peniaga) tipu kita. Kenapa kita kena tipu? Sebab malas baca surat khabar sedangkan dalam surat khabar tiap-tiap hari dia cakap yang ini kena GST atau tidak," katanya ketika berucap dalam program Ceramah Perdana di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh, semalam.

"Tapi apabila orang kata jangan baca surat khabar, pembohong, maka kita pun boikot jangan dengar berita pembohong itu.

"Berita kita tak dengar surat khabar tak baca, akhirnya kita kena bohong,” katanya.

Kazim berkata negara lain yang dilawatinya banyak mengenakan cukai GST bagi barangan dan perkhidmatan, berbeza dengan Malaysia yang mengecualikan GST ke atas banyak barangan.

"Apabila saya ceramah di negara yang ada GST saya tanya dekat dia, apa GST kamu? (Mereka jawab) semua benda kena GST. Semua benda gula kena, ikan kena, ayam kena.

"Saya kata di Malaysia, benda-benda itu dikecualikan GST. Yang mana menjadi makanan utama, tak kena GST. Yang kena (GST) adalah benda yang jarang pakai. Benda yang tiap-tiap hari dipakai seperti barangan kegunaan harian yang dikawal yang ada harga siling, tak kena (GST).

"Dia kata dekat saya, itu dia hairan - Malaysia ini GST apa? Ada yang kena ada tak kena (sedangkan) kami ini semua kena," katanya.

Dalam program yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, Kazim mendakwa beliau bukan berkempen untuk BN sebaliknya menyampaikan ceramah agama.

Katanya, beliau juga akan menerima undangan ceramah Pakatan Rakyat dan menyampaikan mesej serupa.

"Kalau Pakatan panggil saya pun saya pergi, bahasa saya macam inilah juga - bersyukur dengan nikmat Allah, jangan berpecah belah, jangan gaduh-gaduh.

"Sebab apa? Kita bersyukur dengan nikmat Allah. Kalau kita nak beribadat, di sini tanah air kita, di sini kita berpuasa. Tetapi kalau kita hilang tanah air kita, hilang kita punya kekuatan, di mana kita hendak beribadat?

"Yang ini kita jangan lupa tuan-tuan. Beribadat itu memerlukan keamanan, memerlukan satu ekonomi yang bagus, satu kuasa yang bagus, satu kekuatan yang bagus," katanya.

Kemunculan Kazim di pentas ceramah BN sewaktu PRK bukan perkara asing lagi. Beliau pernah berceramah di pentas BN sewaktu PRK Sungai Limau, Kedah dan Teluk Intan, Perak.

Kazim pernah ditawarkan kerusi ahli Majlis Tertinggi Umno oleh perdana menteri pada 2013 namun menolaknya atas alasan mahu menumpukan perhatian kepada sekolah tahfiz yang diasaskannya di Perak.

Abangnya, Datuk Najmuddin Elias adalah bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kurau sementara adiknya, Ahmad Hasbullah Elias adalah Adun Kubu Gajah, sekarang.

Terkini, Kazim menarik perhatian ramai berhubung kontroversi kenyataannya yang mendakwa Nabi Muhammad makan roti jala.

Kenyataan itu terkandung dalam buku terbitan Karangkraf berjudul "Tuhan Sedang Menguji Kita" yang memetik ceramah Kazim, di mana Kazim berkata kenduri Nabi Muhammad yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Rakaman video ceramah dengan kenyataan sama juga tersebar menerusi YouTube.

Orang ramai mendakwa Kazim menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramahnya.

Mempertahankan dirinya, Kazim berkata, dia membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis sebelum buku itu diterbitkan, namun tidak pasti sama ada ia sudah diperbetulkan.

Kazim juga pernah dihalang berceramah di Perlis atas tuduhan menggunakan riwayat hadis palsu dalam ceramahnya.

17 comments:

  1. astghfirullah...baru aku tau suku sakat sikazim ni tegar BN..penah jdi ADUN BN plak tu..patut la sokong mcm nk mampuih....chisss!!! hampeh...aku dh agak dh..kuat sngat nyanyi...saluran 1 rupa nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaloul....sejak bila Kazim Elias penah jadi ADUN? Mana fakta ko ambik? Lain kali baca dan faham betul2....spesia ko ni memalukan rakyat malaysia...menteri BN pun tak bongok dan tolol macam ko ni...

      Delete
    2. Ko la bahalul..14:11 cakap suku sakat kazim bukannya kazim...baca dan fahami ayat dulu.

      Delete
  2. Ustaz munafik umno ni,belajar pun setakat diploma je tp berlagak mcm lepasan al-azhar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. GST memang haram tetapi disokongnya juga...walau ustaz sekalipun klu dah duduk dlm umno beginilah jadinya.

      Delete
  3. uataz al kazaam.al kazim.ustaz roti jala.

    ReplyDelete
  4. Gerakan anti nepotism berjalan dengan jayanya .saya ucap terima pada pas menbantu kami meneruskan perjuangan anti nepotism .kepada ahli pas di pematang pauh undilah bebas jika anda tak suka pada ideologi nepotisma utara itu .undi anda menbantu kami menghapuskan nepotisma pada parti pkr itu. Kami ingin kembalikan
    pkr kelandasan sebenar anti nepotism dan anti kronima

    beri undi ahli pas di pematang pauh kepada Undi bebas.
    Undi anda amat kami hargai






    Yg benar
    Justice for papa 1998

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undi bebas bermakna undi umno...undi umno brrmakna sokong gst...

      Delete
  5. Hahaha.....yg bodoh tu kamu pak!!!
    Gst tambah kantong umno ckp pula harga turun, mcmmana turun kalau tambah boleh turun kiraan mana pak belajar sekolah mana??? Dah bodoh tak gaku nak kata org pula bodoh tak ke bangang lg bahloi!
    Apa brgan dikecuali gst??? Sayur ikan???? Apa benda hasilkannya??? Adakah racun baja dikecuali gst??? Adakah kos saraan hidup turun kerana gst??? Adakah peniaga harus tanggung perbelanjaan kos gst agar harga brg tak naik?? Adakah ada peniaga tanggung rugi kos operasi syarikat yg naik saban tahun??? Adakah ada peniaga bodoh yg rugi buat perniagaan???
    Kalau peniaga menipu jual mahal menyusahkan pembeli kenapa kerajaan nak laksanakan gst yg menguntung kantong umno bn tetapi dikatakan tidak menyusahkan rakyat???
    Kenapa menteri bodog dan adun bangang mahu kita angkat sebagai pemerintah wahai rakyat malaysia????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat cmna rakyat malaysia bnyak yg bodoh terutamanya spesis jeff ulu yam.

      Delete
  6. Pkr marah sebab ustaz kata undi pkr tolak hudud. 10,000 yang hadir mana tak biol pkr, dap dan pasmas. Depa buat 100 orang saja mari... Omakau yg cakap bukan blog lain.

    Jelas lagi nyata undi pkr 100% tolak hudud, bumi ni bukan PKR dan Dap punya tau. Dalam kubur di padang mahsyar tiada nilai ahli dap dan pkr lagi tak bernilai bila tolak hudud sebab nak undi bukan islam.

    Sampai sanggup pi kuil hindu solat, pegang lilin solat kat mendiang karpal, tolak laksan undang2 islam, sibuk suruh pegang anjing dan babi.

    Rakyat di tong sampahkan, kajang apa cer, permatang pauh apa cer. Dua2 kerusi pkr pegang dalam negeri pkr dan dap berkuasa.

    17 tahun berkuasa di permatang pauh apa dibawa oleh ahli parlimen, apa usul untuk p.pauh di parlimen yang pernah di bawa.

    Siap adun pkr bwh parlimen p.p buat usul di dun pun dap tolak 3 kali sudah. Apa cer usul ditolak sebelum di bawa ke dun. Walhal dun tempat usul setempat di bawa dan dibincangkan.

    ReplyDelete
  7. Sebab itu aku cakap kita lawan gst tak kira pada keluarga anwar dan umno itu.
    Aku ingat cakap ds anwar suruh tangguh gst itu, Selepas menang nanti ds anwar ibraham tetap akan laksanakan gst itu.
    Hanya pas je bakal menbantu untuk menghapuskan gst itu

    Mari lah beramai2 kita jangan undi wan azizah itu, undi calon bebas
    Undi anda menbantu mehapuskan nepotisma berada parti pkr itu

    undi anda adalah amat di hargai



    yg benar
    Justice for papa 1998

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkanlah makan kismis minda supaya cerdik berfikir..

      Delete
  8. HADIS BOLIH DI PUTAR BELIT INI GST LAGI DIA BELIT, KALAU TAK PUTAR MANA BOLIH DAPAT DATO, CERAMAH DIA DIDENGAR JANGAN NANTI RAAYAT TERPUTAR HABIS

    ReplyDelete
  9. inilah padahnya bila golongan yg bergelar ulama dlm negara taksub berpolarisasi mengikut ideologi politik...maka terbitlah kalimah ulama pas, ulama umno, ulama wahabi, ulama sunnah, ulama bebas. Kalu para ulama dah berpolar, tak heranlah golongan oztaz agamawan pun ikut jejak langkah yg sama...

    ReplyDelete
  10. ustaz sampul... takdak sampol takdak ceramah..
    dlm sampol kena ada empat angka.. tak main la kalau rm2, 3 puluh...
    U.Ala Kazam .. utusang ke, berita hairan ke, TV 3/4 ke, utusan meloya ke TV Sembilang ke...org tak minat tengok dan baca.. sebab semua cerita lama zaman filem hitam putih... zaman org pergi kedai pakai seluar silat dan tengkolok tapi tak pakai baju dan tak pakai kasut...
    lebih baik belajar ilmu hadis...palsu ke tak hadis yg nak dibaca depan ramai tu...

    ReplyDelete
  11. Aku semenjak terdengar CD beruk makyek ni kata tak kira siapa memerintah harga barang tetap naik sejak itulah aku tak hormat kat dia. Please don't talk about national economy if you know nuts about it. Just stick to our blabbering on taharah, haid, nifas and how to please yourself.......in bed!! Get it!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...