Tuesday 5 May 2015

GARA-GARA RAGUT WANITA SEORANG PERAGUT KENA BELASAH OLEH ORANG RAMAI SEHINGGA HAMPIR PUTUS TELINGA.



Tindakan meragut seorang wanita membawa padah kepada dua lelaki apabila bukan hanya ditangkap malah seorang daripadanya hampir putus telinga kiri selepas dibelasah orang awam dalam kejadian di Kampung Tanjung Chat di sini malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Baru, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata dalam insiden kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, seorang wanita berusia 50 tahun, berada berhampiran pintu pagar hadapan rumahnya.

Beliau berkata kedua-dua suspek dikatakan meninggalkan motosikal mereka di tepi jalan berdekatan sebelum seorang daripada mereka mendekati dan meragut beg mangsa.

"Anak lelaki dan seorang saudara mangsa cuba membantu selepas melihat kejadian itu tetapi seorang lagi suspek membawa sebatang kayu dan memukul mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Isnin.

Rohaimi berkata, dalam keadaan tegang itu, kedua-dua suspek melarikan diri dengan motosikal namun hampir sejam kemudian berjaya ditangkap orang ramai 200 meter dari tempat kejadian.

Menurut Rohaimi, seorang daripada suspek yang cedera parah di telinga kiri dan pipi dipercayai kesan hirisan benda tajam, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan dilaporkan stabil manakala seorang lagi suspek cedera ringan dan ditahan untuk siasatan.

"Hasil siasatan menunjukkan kedua-dua suspek berusia 30-an yang berasal dari Wakaf Baharu, Tumpat itu mempunyai rekod kesalahan lampau berhubung kes dadah dan mendatangkan kecederaan," katanya sambil menambah motosikal yang digunakan adalah kenderaan curi.

Beliau berkata setakat ini, polis masih cuba mengesan beg tangan yang dicuri yang dikatakan mengandungi wang tunai RM1,000, buku bank dan barangan berharga.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan kekerasan kepada mana-mana suspek kes jenayah tetapi menyerahkannya kepada pihak polis.

10 comments:

  1. Yang mencuri 1000 ringgit dibelasah dengan teruk...

    Yang mencuri duit rakyat jutaan ringgit kita nak buat apa ye...

    Sila lontarkan pandangan anda di sini.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg curi duit rakyat kita buang ke laut.

      Delete
    2. Gambar Nurul Izzah Di Kuil Hindu, Viral Di Media Sosial


      Permatang Pauh – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar hari ini mengemparkan para pengundi di Permatang Pauh apabila menyertai upacara keagamaan di salah sebuah kuil Hindu di Prai.

      Paling mengejutkan apabila anak kepada Anwar Ibrahim itu turut kelihatan seperti memberi hormat kepada dewa masyarakat hindu di kuil tersebut.

      Gambar Nurul bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer itu kemudiannya dimuat naik di media sosial Facebook sehingga menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.

      Penguna media sosial kemudiannya mengecam tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai usaha terdesak pimpinan PKR bagi memancing undi masyarakat India di Permatang Pauh.

      Ada juga yang menyifatkan tindakan Nurul itu toleransi dalam agama kerana mengambil pendekatan liberal Islam.

      Namun SuaraTV tidak dapat memastikan sama ada Nurul Izzah turut menyertai upacara penyembahan atau hanya sekadar memberi hormat kepada sami kuil tersebut.

      Delete
  2. Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan kekerasan kepada mana-mana suspek kes jenayah tetapi menyerahkannya kepada pihak polis.

    Wakakak... lawak.. peragut pukul kita tak apa yer.. yg pukul peragut d bagi nasihat la pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babi Masih Haram Dimakan!!!!!!!

      Dalam amalan Nepotism Politik PKR, Anak - anak boleh diheret dalam kancah Politik untuk raih undi simpati!!!
      Kenapa Daging Babi Haram? Ianya daging jugak. Sama macam daging lain? Mungkin itu pertikaian yang boleh digunakan oleh anak beranak Si Ketua Penipu tu jika ianya ada kaitan dengan mereka.

      Jika kita lihat dari satu sudut, Si Nurul Izzah tu semalam cuba nak menjustifikasikan amalan Nepotism Politik Longkang yang diamalkan oleh kaum keluarga dia di Permatang Pauh.

      Kata Si Nurul Izzah tu, budaya 'Politik Anak Beranak' yang menjadi amalan PKR selama hari ini bukannya Nepotism Politik yang didakwa oleh sesetengah pihak terhadap mereka sebelum ini.

      Sebaliknya, Si Nurul Izzah kata pembabitan ahli keluarga dia didalam Politik pada ketika ini merupakan satu 'Warisan Perjuangan' yang telah ditinggalkan oleh Si Ketua Penipu tu kepada dia.
      "Saya boleh katakan begini, dalam mana-mana perjuangan memang ada warisannya. Sudah pasti kalau kita nak meneruskan perjuangan, tentunya kita mahu anak-anak kita mewarisi idea-idea perjuangan tersebut. Tentunya kita mahu anak-anak kita memahami kenapa pegang kepada prinsip itu," katanya.
      Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah tu membuktikan bahawa dia cuba nak menutup kemaluan dirinya sendiri yang sekarang ni sudah terdedah kepada khalayak umum.

      Dan dalam masa yang sama, percubaan untuk menutup kemaluan tersebut, Si Nurul Izzah tu mula pusing cerita, dan mengaitkan isu berkaitan dengan syarikat GLC yang didakwa ianya sebagai amalan Nepotisme.

      Pusing - pusing, Si Nurul Izzah ni cuba nak tutup amalan Nepotisme Politik yang diamalkan oleh kaum keluarganya daripada dijadikan persoalan. Sedangkan isu Nepotisme Politik itu yang ditentang selama hari ini.

      Jelas, Nurul Izzah tu cuba nak memesongkan perhatian rakyat dan mengelirukan mereka dengan maksud Nepotisme Politik itu sendiri dengan mengaitkan isu lain demi untuk menjaga kepentingan Politik dirinya sendiri. Bukannya untuk kepentingan rakyat!!

      Delete
  3. Hanya di kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. NURUL IZZAH BERSUARA, PERTAHAN MARUAH KELUARGA!!!

      AHKIRNYA!!! Baru semalam Si Nurul Izzah tu bersuara selepas puak - puak PAS di Pulau Pinang tu membuat siri bantahan terhadap pencalonan ibunya yang bertanding di Permatang Pauh.

      Jika sebelum ini kita dah desak agar Si Nurul Izzah tu bersuara demi mempertahankan maruah keluarganya sendiri. Maka baru itulah Si Ahli Parlimen Lembah Pantai ni bukak mulut.

      TAPI sayang. Bila setiap kali Si Nurul Izzah ni bukak mulut, sudah pasti 'Bau Longkang' jugak yang akan dapat kita hidu. Kenyataan yang dia buat hanya sekadar memalukan diri dia sendiri.

      Dalam satu kenyataan yang disiarkan semalam, Si Nurul Izzah tu cuba nak menutup kainnya yang dah terlondeh apabila puak - puak PAS Pulau Pinang tu tetap berkeras untuk menolak PKR di Permatang Pauh.

      Kata Si Nurul Izzah, PAS tetap akan memberikan sokongan kepada pencalonan PKR walaupun timbul bantahan dari kalangan ahli - ahli PAS diperingkat akar umbi di Pulau Pinang tu sendiri.
      "Kami mendapat arahan sangat jelas daripada hierarki Pas yang kesemua pucuk pimpinan Pas menyokong penuh kami dan kami tidak mahu membangkitkan lagi perkara ini," katanya pada sidang akhbar hari ini.
      Hah! Sekarang korang nampak tak apa yang sedang dinyatakan oleh Si Nurul Izzah ni? Nampak tak betapa Si Nurul Izzah ni seorang manusia yang jenis tak reti nak sedarkan dirinya sendiri?

      Si Nurul Izzah tu kata, dia mendapat arahan dari kalangan hieraki pemimpin - pemimpin PAS yang tetap akan menyokong PKR. Maknanya, arahan tu datang dari kalangan pemimpin tertinggi PAS.

      Tapi persoalannya sekarang ni, Si Nurul izzah tu nak mintak undi dengan siapa? Adakah dia nak menagih undi dari kalangan pemimpin - pemimpin PAS yang duduk diperingkat atasan tu?

      Atau, adakah dia nak mintak undi dari kalangan ahli - ahli PAS yang buat demonstrasi tu sebelum ini? Kalau setakat dia dapat 'arahan' dari kepimpinan PAS Pusat je, baik tak payah!!! Bukannya diorang yang mengundi di Permatang Pauh tu nanti!!!

      Delete
  4. Komen saya untuk tulisan diatas, gang nepotism DLM PKR berhatu buauk. Mereka menfitnah TSKI dan sekarang sedang Cuba sabotage PAS.

    Diharap reformist dan ahli2 PAS dapat mengundi calon bebas sebagai protest kpd wan Azizah. Minggu ini Amat penting untuk kita menghancurkan nepotism dlm parti demi gerakan reformasi yg asli

    Tidak kpd Wan Azizah Tidak Kpd BN

    Warkah penting dari

    Jeff Ulu Bernam
    Reformist yg Originel

    ReplyDelete
  5. Ya! Tidak kpd amno & tidak kpd pkr...biar lantak p depa...

    ReplyDelete
  6. Belasah aje!! Jangan bagi peluang.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...