Saturday, 9 May 2015

SEBULAN SELEPAS GST APA BARANG YANG TURUN HARGA SEPERTI DIJANJIKAN?????




Menurut iklan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang disiarkan di televisyen, harga barang akan turun kerana cukai ini menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menurut iklan tersebut, 30% barangan harganya akan turun, cuma 10% sahaja yang akan naik.

Tapi selepas sebulan pelaksanaan GST, saya perhatikan lebih banyak lagi harga naik dari yang turun.

Dan cukai lama, SST yang kononnya digantikan dengan GST itu seolah-olah masih kekal, berdasarkan harga barang yang hari-hari orang ramai beli.

Dan undang-undang baru – anti pencatutan – ramai yang tidak faham, apakah kebanyakan kedai runcit dan kedai serbaguna ini mencatut, atau terpaksa naikkan harga kerana tidak mempunyai modal besar untuk bersaing dengan syarikat besar seperti Tesco?

Cuba bayangkan diri kita sebagai peniaga kedai runcit, dan keuntungan kurang dari RM500,000, di mana tidak boleh menuntut semula cukai , jadi bagaimana mahu terus kekal berniaga?

Mahu tidak mahu, sebagai peniaga kecil terpaksa naikkan harga, sebab selain kenaikan kos, juga perlu menanggung kerugian daripada GST ini.

Tetapi, apabila  menaikkan harga, nanti akan dituduh sebagai mencatut harga.

Sudahlah tidak boleh menuntut cukai dari kenaikan harga akibat GST, dan  juga tidak boleh menaikkan harga, kalau tidak, akan didakwa mencatut harga.

Jelas sekali undang-undang baru ini tidak adil kepada peniaga kecil. Dan kalau diperhatikan pun, tidak ada apa pun harga yang turun.

Kalau yang turun harga cuma kereta, rakyat bukan beli kereta setiap hari. Terdapat juga rungutan daripada golongan wanita mengenai harga tuala wanita, dan golongan ibu mengenai harga lampin bayi yang mahal dan dimasukkan dalam harga yang dikenakan cukai GST.

Kalau diperhatikan, harga barangan ini yang mengalami kenaikan mendadak. Bagi pemilik kedai runcit, mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana menanggung beban cukai ini.

Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional ini harus melihat “mood” rakyat dalam pengundian pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh yang menyaksikan penurunan undi BN yang mendadak.

Kalau pucuk pimpinan parti ini tidak memikirkan ini sebagai faktor penurunan undi, nanti rakyat boleh ucapkan padan muka lah jika mereka hanya boleh menjadi kerajaan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Desakan untuk mansuhkan GST nampaknya semakin kuat, dan jika kerajaan ini mahu terus bertahan dalam PRU akan datang, kerajaan ini perlu fikirkan semula, atau dibakulsampahkan dalam tong sampah sejarah, jika enggan mendengar kata rakyat.

35 comments:

  1. Lain kali kalau dengar babi menyalak jangan cepat sangat percaya. Yang wajib kita ingat ialah babi tak boleh tukar jadi kucing. Jangan percaya kalu ada babi bagitahu dia boleh terbang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya naik.
      Termasuk tariff air dipenang.
      Guan eng kata ini untuk penduduk penang berjimat cermat. Maksudnya orang penang nanti jangan mandilah. Solatpun kurangkan sebab banyak guna air.
      Kah kah kah
      BN +DAPigs +PAS+PKR = sama aje
      Penipu rakyat.

      Delete
    2. Secara teori memang barabg akan turun..Sebab cukai dah kurang.
      Tapi pembekal takkan turunkan harga. Sebab mereka akan gunakan ini untuk dapat untung lebih.
      Contohnya rokok. Mula mula naik. Tapi la ni dah turun, sebab memang boleh untung lagi. Walaupun tak naik harga barang.

      Delete
    3. Hahaha.....
      Berapa kenaik harga air dipenang??? Rm 100 ke sebulan??? Bangang guna pakai alasan yg tidak boleh diguna pakai!!!
      Kalau bodoh ekonomi jgn sesukahati berkata peniaga yg jual mahal!! Tahu ke kamu berapa harga dtg berapa peniaga untung kamu peniaga ke??? Berapa kos operasi perniagaan.
      Sebab tu kamu hanya mampu jadi pembeli tak dpt jadi peniaga sebab bodoh tak tahu ekonomi kalau kamu berniaga kecil tepi jln sekalipun tak lama tutup juga.
      Tahukah kamu harga sst + gst berapa cukai kena di campur dlm harga brg??? Dan kenaikkan kos sewa gaji dll lebih tinggi dgn sebelum ini??? Kalau peniaga tidak pandai kira campur tolak kos dan untung maka tutup kedai jawapnya kerana rugi walaupun jualan tinggi tapi untung tak cukup tanggung semua kos peniagaan .

      Delete
    4. Hahaha.....
      Memang sst di tukar dgn gst tetapi barangan yg masih ada dlm pasaran telah di sstkan oleh kerajaan tetapi tidak ditolak atau direbat sebaliknya tambah lagi dgn gst mana mungkin turun..... cuba kamu fikir kalau sebelum ini kamu beli 100 ditambah gst 106 turun ke naik?? Cuba kamu fikir kenapa pra bayar 10.60 bukan 10??? Sebab ditambah 6% gst, ya ya ya.... memang gst ganti sst tetapi sebelum ini sst telah di cukai pada barangan sebelum ini dan skrg gst ditambah maka kenaikkan pasti belaku!! Sebab tu sy kata kalau bodoh ekonomi kenapa nak salahkan peniaga bukan peniaga yg tamak walaupun ada sebilang peniaga jual mahal namun kita boleh beli kedai lain kan byk kedai skrg. Menteri bodoh ekonomi nak laksanakan gst tetapi pandai tambah tak pandai tolak lepas tu salahkan peniaga, ada menteri tolak sst cukai sebelum ini???
      Rakyat malaysia terlalu byk bodoh ekonomi terutamanya melayu sebab tu melayu byk yg miskin susah pandai minta tak pandai berusaha.

      Delete
    5. Harga telah naik di kilang. Bukan di pengedaran.
      Yang untung pekilang. Pekilang kaut untung lebih. Pengedar untungnya sama.

      Delete
    6. Anon 11.29,
      Jangan sebut DAPigs sebab dalam DAP pun ada Melayu Islam. Kalau kita tuduh depa begitu, ianya akan membawa kau tu pun pig juga sebab spesis sama.
      Jangan lupa bahawa semasa kita menunjukkan jari telunjuk kepada orang lain, ada tiga jari lagi menunjuk pada diri kita sendiri.
      Kalau kawan tu kena 1 x pig, maka kita ... 3 x pig.

      Delete
    7. Masuklah islam sepenuhmya. Bukan separuh.
      Seperti fatwa pas. "Tak terima hudud .hukumnya kafir."
      DAPigs atau sesiapa saja tolak hudud hukumnya keluar islam. Kafir

      Delete
    8. DAH HAMPIR SEDEKAD PAKATAN RAKYAT JADI PEMBANGKANG DI PARLIMEN...APA KEJAYAAN TERRBESAR YB-YB PAKATAN RAKYAT MELAINKAN SEPAKAT DENGAN YB-YB KERAJAAN ZALIM UTK BERSETUJU USUL KENAIKAN GAJI SEMUA AHLI PARLIMEN? 2 X 5 JE KORANG DGN PUAK UMNGOK! PTTTUUIIHHHHH!

      Delete
    9. YB TIDUR PUN SETUJU NAIK GAJI.
      HA HA HA HA.
      BETUL TU AHLI POLITIK SAMA AJE .2X5.
      PENIPU.

      Delete
    10. Mana macai? Takmo ke bagi hujah bernas lawan anus 17:13 tu? Pukul keliling plak mamat siot ni....tp aku tak sentap..aku bukan YB..so macai amacam? Ada beran?

      Delete
    11. Kejayaan PR ialah mendedahkan begitu banyak penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dalam negara yang dulu ditutup rapat..jangan lupa kes lembu, konsesi highway, hutang negara, 1 MDB, ptptn, plkn, pembelian jet, kapal selam, cincin, terbaru TH - TRX dan lain2 kes berprofile tinggi datangnya dari MP2 PR....adanya PR yang kuat maka kerajaan terpaksa hulur BRIM, boucer buku dan sebagainya untuk rakyat kongsi bersama yang dulu di kalangan mereka saja memfaraid harta dan hasil negara, tapi oleh kerana kuasa, mahkamah dan agensi penguatkuasaan masih dikawal maka TIDAK ADA yang diseret untuk didakwa kalau adapun sekadar wayang yang sudah diketahui endingnya khir toyo salah satu contoh sandiwara klasik

      Delete
    12. Banyak aku nampak kaboireng pebende kejadah ni.penipu je semua ni.lepas tu nak claim diri dari malaysia? Bahasa sukses karna itu bahasa malaysia? Scam!!

      Delete
  2. Aku bukan bodo nak pecaya cakap 3.85

    ReplyDelete
  3. Tapi ada org yg percaya.......jesse a/k labu dan keturunannya..

    ReplyDelete
  4. Jangan jadi bodoh
    Di bole land tak mungkin ada brg yg akan turun harga.

    ReplyDelete
  5. Hanya Jeff ulu bernam yg turun harga daging babi fresh

    ReplyDelete
  6. Sabar... nanti Najib bagi BRIM ya... rileksss...

    ReplyDelete
  7. mane ostad yg slalu bekap Barang Naik ni.. slalu komen ade je die.
    RINDU

    ReplyDelete
  8. Tahniah Tuanku Sultan Johor. Ahli politik ni tidak lebih hanya rakyat biasa yg tidak sedar diri. Bubar GST di JOHOR. Kelu pemimpin BN di JOHOR terpaksa menjunjung titah Sultan. Mohon JOHOR ujudkan pentabiran sendiri dibawah naungan Sultan. Daulat Tuanku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ahli DAPis , PKR &PAS uang kutuk sultan johor.

      Delete
    2. Sultan pun tak setuju.
      Inikan pulak rakyat!

      Delete
  9. Salam 1rasuah ,

    GST MEMBEBANKAN RAKYAT!, jangan beri sebarang undi kepada BN.

    Iklan cakap harga sepatutnya stabil tapi realitinya pampers dan susu bayi pun kena gst.

    Iklan cakap kesihatan dikecualikan gst tapi realitinya 'semua ubat kena gst' tampal 1 kedai hinggakan orang mereka sendiri pun sudah merungut.

    Iklan cakap pendidikan dikecualikan gst tapi realitinya pusat tuisyen, kertas dan alat tulis kena gst.

    Iklan cakap makanan dikecualikan gst tapi realitinya maggi, kicap dan sardin makanan orang miskin pun bn ambil gst.

    Rakyat berhak mendapat yang terbaik untuk harga barang termasuk servis kerajaan, nurse yang menghormati pesakit dan tenaga pengajar yang pernah skor upsr-spm untuk bimbing anak anak kami skor upsr-spm.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai . Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju GST memang bebankn semua....tp kenapa perenggan terakhir komen anon KEDEPAN ni bunyi mcm kurang cerdik?

      Delete
    2. Tiada yang bodoh.cuma lambat memproses ilmu.tidak kira A banyak mana.beri peluang kepada anak2 belajar.diploma degree tidak dibezakan melalui bilangan A

      Delete
  10. HARGA DIRI MENTERI DAN PENYOKONG-PENYOKONG UMNO/BN YANG TURUN. HA HA HA HA.

    PADAN MUKA LU SEBAB SOKONG BN DAN PADAN MUKA AKU SEBAB TAK BERJAYA TUMBANG UMNO/BN.

    ReplyDelete
  11. Terimakasih atas informasinya :) semoga sukses slalu .. Ditunggu informasi menarik selanjutnya :) senang berkunjung ke website anda, terimakasih. sekali lagi thanks.

    ReplyDelete
  12. Dulu harga kereta tak turun omak kau bising. Bila turun dia lain pulak dia cari kesalahan, bagi aku harga makan turun lagi baik , sila senarai harga barang turun dengan harga barang naik ia kita kan tengok. Tak salah aku tuala wanita ini Antara kilang dan perkedai jadi kilang naik harga, jika pekedai setakat satu kotak harganya lebih mahal jika beli satu pelet harga murah je, perkedai mana manpu beli satu pelet, paling koman pun pekedai beli satu kotak je dari pendedar.sebab itu omak kau tak tahu sistem penedaran barang di malaysia ini, kalau di kedai harga mahal sikit dari pasar raya kalau di pasar harga murah sikit dari kedai sebab diorang beli, kedai hanya beli satu kotak je, pasar raya beli satu pelet atau satu kontena.

    Cuba pergi beli kedai dan pasar raya kita lihat perbezaan harga harga dia kedai lebih mahal dari pasaraya, sebab peraturan menbuka pasar raya meletakan syarat penduduk mesti 500ribu pada satu kawasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiiii bangang..... ko beli kereta hari2 ker? Hebat sangat ker kalu GST dapat menurunkan harga kereta? Barang lain ada turun harga ker bangang??

      Delete
    2. Aku tiap2 bulan guna tuala wanita. Omakkau juga guna tuala wanita. Kenapa barang spt ni dikenakan gst jugak?

      Delete
    3. Betul tu.saya peniaga tahu 1 pelet lebih berbaloi dari 1 kotak

      Delete
  13. setakat 29 juta penduduk pun kerajaan dah pening2 lalat.OUT OF GAS,,mcm2 isu.kwsp,gst,1MDB.ramai rakyat bising.bila.penduduk bertambah saperti,thailand,indo,philpine,bangladesh,burma vietnam,lagi bertambah susah,mampu BN KEKAL MEMERINTAH.nak bagi cukup rakyat dikenakan pelbagai cukai,denda,saman,ini pun masih deficiet..

    ReplyDelete
  14. Hye korang..maaflah..Amar bukan nk cakap apa..act takdelah susah sgt nk beli kereta baru ni..What app je Proton/Perodua ke 0142264506.Insyaallah Amar bantu.Tak perlu duit2 booking segala.Amar tak nak.Amar da 7 tahun pengalaman jual kereta baru.Terutama proton dan perodua.Ingat no Amar 0142264506.Satu Malaysia Amar boleh hantar kereta.Ingat ... nak beli kereta baru..atau nk tanya proses dia mcm mana what app Amar di 0142264506.Ingt yea..hehehe.
    Lagi pun..bg yg berniaga,tapi bermasalah buat loan,yg blacklisted ke..Amar cuba bantu yea.
    Nak trade in kereta atau tak mampu nk bayar bulanan kereta dan nk elakkan blacklisted,bgtau Amar yea.maaf guna cara mcm ni.penat korg baca..hehehe

    ReplyDelete
  15. ujan jer yg turun ....

    Lagi Isu Panas ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete
  16. Bn = barang naik

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...